9 Sep 2012

Bab 3


Alhamdulillah, sampai pun di rumah! Aku terus sahaja naik tingkat atas dan masuk ke dalam bilik.  Aku meletakkan beg plastik berisi barang-barang yang telah kubeli tadi di atas meja belajar. Aku menghidupkan suis kipas lalu merebahkan badanku di atas katil sambil memerhatikan kipas yang sedang berputar. Semakin lama, semakin laju.  Penatnya! Nasib baik mama bawa singgah makan tadi sebelum pulang.
Fikiranku tiba-tiba melayang teringatkan lelaki yang telah melanggar ku tadi, di Extra Shop. Alangkah kacaknya lelaki tu.. Dah lah muka sebijik  macam Ok Taecyeon, rapper dan penari dalam kumpulan 2PM tu. Alahai, cair aku! Saranghaeyo Taecyeon oppa!! Hmm.. Inikah yang dikatakan cinta pandang pertama? Ya Allah Ya Tuhanku.. Kalau aku dapat suami sekacak tu, terima kasih Ya Allah…
Eh, apa yang aku merepek malam-malam ni? Ahh! Lupakan je lah pasal dia tu. Buang masa je fikir pasal dia. Lebih baik aku tidur.

**********

 
“Aku terima nikahnya Nurul Alya Binti Ahmad Arif dengan mas kahwinnya dua ratus ringgit dibayar tunai….”
Sah!
Aku tersenyum gembira. Tak sangka lelaki yang seiras dengan Taecyeon itu telah menjadi suamiku. Sekarang aku telah bergelar seorang isteri.  Tak sangka doaku telah dimakbulkan oleh Allah SWT.. Terima kasih Ya Allah..
“Terima kasih  ya bang, sebab sudi terima Alya jadi isteri abang.” Kataku sambil menyalam tangan lelaki yang baru sahaja bergelar suamiku.
“Ya, sayang.. Terima kasih juga sebab sudi terima abang jadi suami Alya..” Kata suamiku sambil tersenyum manis memandangku. Aku mengangguk-anggukkan kepala sambil membalas senyuman itu.
Krrrriiinnnggg!!! Bunyi loceng apa pula tu? Secara tiba-tiba, suamiku hilang dari pandangan.
 
“Abang.. Abang nak ke mana?  Jangan tinggalkan Alya, bang. Abang.. Abang kat mana? Kenapa tinggalkan Alya??” Jeritku. Tanganku dan lelaki yang baru bergelar suami itu terlepas dari genggaman begitu sahaja.
“Alya! Alya! Bangun…” Aku bangun terus duduk. Aku pandang keadaan sekelilingku. Aku menarik nafas panjang. Uh! Mimpi rupanya. Tapi, kenapa lelaki tu..? Dia! Kulihat mama sedang memandangku sambil ketawa berdekah-dekah. Apa kena dengan mama, ni? Aku tiba-tiba teringat akan mimpiku. Takkanlah mama dengar?
“Kenapa mama ketawa?” Aku hairan melihat mama.
“Hahahaha! Alya.. Alya.. I wonder.. Ke mana agaknya husband Alya tu pergi, ek?” Mama meletakkan jari telunjuknya di bibir seperti orang sedang memikirkan masalah besar.  Mama mengambil jam penggera yang masih berbunyi lalu mematikannya. Mama katawa lagi. Aku hanya berdiam diri sambil mencebik bibir. Pipiku menjadi merah. Terkantoi lah pula.. Malunya aku!
Setelah beberapa minit aku berdiam diri, mama bersuara. 
 
“Dah lah, jom turun bawah. Kita breakfast dulu. Papa dan adik kamu dah lama tunggu.” Mama mengajakku turun untuk bersarapan.
Opps! Sebelum kamu turun, cuci muka dan berus gigi dulu. Understand?” Sambung mama lagi.
Yes, mom.” Mama keluar dari bilikku. Aku segera mengambil tuala, lalu pergi ke bilik mandi. Selesai bersiap, aku turun ke bawah untuk breakfast. Aku segera mencuci tangan lalu duduk di bangku untuk menjamu selera. Kulihat papa, mama dan juga Mirah sedang memandangku sambil menahan ketawa.
“Abang nak tau, tadi Alya dah kahwin. Tapi dalam mimpi, hahahaha.”  Mama ketawa memandangku. Begitu juga dengan papa dan juga Mirah. Mukaku menjadi merah. Aku tertunduk malu.
“Ma, please.. Dah lah tu. Tu kan mimpi je. Please, mom. I don’t have mood right now.” Kataku sedikit merajuk.
“Oh, okey.. My bad. Sorry, Alya. Eh, jomlah makan, nanti sejuk pula nasi goreng tu.” Mama mengaku kalah. Papa mula makan, begitu juga dengan Mirah.
Sebelum makan, aku memilih sayur yang ada dalam nasi goreng itu untuk di asingkan dan meleletakkannya di tepi pinggan. Setelah memisahkan nasi dengan sayur, aku mula makan. Dalam beberapa minit sahaja, nasi goreng yang kami makan telah habis.
Papa segera mengangkat pinggan dan gelas, lalu meletakkannya di dalam sinki. Begitu juga dengan mama kemudian mama menyalam tangan papa. Selepas mama menyalam papa, aku dan Mirah pula. Mama mengikut langkah papa sehingga ke muka pintu. Setelah papa pergi kerja, mama segera menutup pintu rumah.
You’re my everything
The sun that shines above you makes the blue bird sing
The stars that twinkle way up
In the sky tell me I’m in love
Tiba-tiba, telefon mama berdering lagu You’re my everything dari Santa Esmeralda. Mama bergegas ke dapur semula untuk mengambil telefon bimbitnya yang ada di atas meja makan. Mama menjawab panggilan tersebut sambil menuju ke ruang tamu. Entah siapa yang menelefon mama. Setelah mama selesai bercakap di telefon, mama memanggil kami berdua.
“Alya, Amirah.. Sini kejap sayang. Mama nak cakap sesuatu dengan kamu berdua.” Mama memanggil kami. Aku berasa pelik. Kenapa muka mama nampak serius semacam je ni?
“Ya, mama.  Ada apa?” Apa agaknya yang mama nak cakap, ek? Jantungku berdebar-debar.
“Tadi Cikgu Shafiqah call mama. Dia cakap… Mama akan dipindahkan untuk mengajar di Sabah. Jadi mama nak kamu berdua ikut mama pindah ke Sabah, okey sayang..” Terang mama.
What! Pindah? Kalau papa, ma? Tak pindah, ke?” Tanyaku inginkan kepastian.
“Ya, papa tak pindah.” Sambung mama lagi.
“Oh… Kalau macam tu, Alya tinggal dengan dengan papa je lah kat sini ya, ma.. Jadi mama tak perlulah nak susah payah uruskan surat-surat perpindahan Alya. Kan, Mirah?” Aku meminta pendapat adikku dan berharap dia akan mengiakan apa yang diperkatakan olehku. Tapi, sangkaanku meleset.
“Alaaa, akak ni.. Kita pindah je lah sama-sama ikut mama. Lagipun kak, kan best kalau dapat kawan baru. Lagipun di Sabah tu kan banyak tempat-tempat perlancongan. Jadi kalau cuti.. Kita bolehlah pergi..” Apa yang diperkatakan oleh Amirah itu memang betul tapi, aku pasti akan merindui kawan-kawan lamaku di sini.
Best tu memanglah best, tapi Mirah tak terfikir ke akan ingat dengan kawan-kawan lama Mirah kat sini bila dah sampai kat sekolah baru nanti?” Aku menanyakan lagi Mirah soalan dan berharap kali ni dia akan menyokong aku.
“Ingatlah, tapi apa susah? Mirah call je lah, bila Mirah rindu kat kawan-kawan Mirah. Tak pun Mirah chat kat Facebook.” Kata Mirah sambil tersenyum gembira apabila mendengar khabar yang kami akan berpindah sekolah dan tinggal di Sabah, Negeri Di Bawah Bayu itu. Sekali lagi aku hampa. Mirah langsung tidak menunjukkan apa-apa reaksi bantahan malahan gembira.
Budak umur sepuluh tahun, biasalah. Semua dianggap best. Tapi aku? Yang dah berumur enam belas tahun ni. Mestilah akan ingat dengan kawan-kawan.. Terutamanya Eza.
“Alya?” Panggilan mama itu  menyedarkan aku yang telah jauh bermimpi.
“Mama nak Alya dan Mirah pindah ikut mama ya, sayang..  Lagipun kalau kamu berdua tinggal di sini dengan papa, siapa nak jaga makan minum dan keperluan anak-anak mama ni kat sini? Alya dan Mirah pun tau kan kerja papa sebagai pilot macam mana. Selalu je pergi luar negara.” Pujuk mama sambil memandang  tepat ke arahku. Kemudian, mengalihkan pandangnnya ke arah Mirah.
“Ya, Alya tau. Alya akan ikut mama pindah.” Jawabku buat muka kesian agar mama berubah fikiran. Tapi langsung tidak diendahkan mama. Kulihat adikku begitu senang mendengar khabar berita itu.
Hoooraay! Kita pindah!” Jerit Mirah.
“Tapi ma, bila kita pindah ke Sabah?” Aku inginkan kepastian.
“Hujung bulan Februari ni.” Jawab mama acuh tak acuh. Aku menarik nafas panjang.
“Oh!” Jawabku ringkas. Aku bingkas bangun lalu menuju ke bilikku. Aku merebahkan badanku di atas katil.
Aaaaarrrrgggghhhh!!!! Aku betul-betul tak percaya yang aku akan berpindah ke Sabah. Hujung bulan ni pula tu..
Masih segar di ingatanku sewaktu berpindah ke sekolah baru dulu. Aku duduk je diam-diam  di dalam kelas sebab malas nak bercakap, maklumlah pelajar baru. Masih malu-malu kucing, hihihihi. Disebabkan bosan dan tak tau nak buat apa, aku mengeluarkan buku cerita yang papa belikan untukku. Sedang aku duduk baca buku, datang dua orang pelajar perempuan ke arahku.
Eleh! Baru je masuk, dah tunjuk lagak. Baca buku konon!” Kata salah seorang pelajar perempuan itu kepadaku.
Aku tetap diam. Buat tak tau. Malas aku mahu melayan perangai budak berdua tu. Pelajar perempuan itu hampir mahu merampas buku yang aku baca dari tanganku, tapi tidak sempat disebabkan ada seorang pelajar perempuan datang ke arah kami lalu memarahi mereka berdua kerana mengganguku. Aku mengucapkan terima kasih padanya sambil tersenyum mesra. Dia membalas senyumanku sambil menghulurkan tangan. Aku menyambut mesra tangannya.
“Hai.. Awak tak apa-apa? Nama saya Nurul Ezani Binti Adam. Saya ketua pengawas di sekolah ni. Saya pun belajar dalam kelas ni. Hah! Mereka berdua tu memang pembuli, jadi awak tak payah layan sangatlah perangai mereka tu. Eh, nama awak siapa? Lupa pula nak tanya, hehehe.” Panjang lebar penerangan yang Eza bagi. Terlebih peramah pun ada jugak, hihihi. Tapi tu yang aku suka, sebab aku ni pun terlebih peramah sebenarnya orangnya macam dia.
Hihihi.. Saya tak apa-apa. Nama saya Nurul Alya Binti Ahmad Arif. Sekali lagi terima kasih sebab tolong saya. Kalau tak ada awak, tak tau lah apa akan jadi tadi dengan buku kesayangan saya ni.” Aku tersenyum sambil menunjukkan buku yang kubaca tadi kepadanya.
Itulah kali pertama detik perkenalanku dengan Ezani. Dari tahun enam aku dengan dia jadi kawan rapat sampailah ke tingkatan empat. Sekarang ni lah! Dia memang baik. Tanpa aku sedari, mataku berkaca. Setitis dua air mataku telah jatuh. Lama-kelamaan menjadi deras. Tiba-tiba..
Tok!! Tok!! Tok!! Pintu bilikku diketuk.
“Ya, ma. Masuk je.” Jawabku ringkas sahaja. Aku mengelap air mataku yang menitis tadi.
“Alya.. Kenapa Alya nangis ni? Alya tak suka pindah ke sekolah baru?” Tanya mama sambil memandangku.
“Alya bukan tak suka, ma.. Tapi, Alya tak nak  berpisah dengan Eza. Mama sendiri pun tahu kan, Ezani tu satu-satunya kawan yang Alya rapat sejak Sekolah Rendah lagi..” Aku berterus-terang dengan mama.
“Oh, macam tu! Alya ingat tak waktu mula-mula Alya masuk Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Sri Damansara dulu?” Tanya mama bersungguh-sungguh.
Hmmm, kenapa?” Jawabku memandang mama.
“Waktu Alya mula-mula pindah situ, Alya beritahu mama, Alya dapat banyak kawan, kan? Tapi Alya rapat dengan Eza je.” Terang mama lagi.
“Ya. Tapi apa kena-mengena dengan ni, ma?” Aku mula berasa pelik.
“Kalau kat sekolah lama Alya dapat banyak kawan. Kat sekolah baru pun mesti Alya akan dapat banyak kawan juga. Okay now, listen here. Setiap apa yang berlaku, mesti ada hikmahnya. Mungkin Alya akan jumpa dengan ‘abang’ Alya yang hilang tu di sekolah baru nanti. Hah! Siapa tahu, kan?” Mama tersenyum seketika memandangku. ‘Abang’? Sudah!
 Bila difikirkan balik, apa yang mama cakap tu, memang betul.
“Okey, ma. Thanks understand me!” Jawabku ringkas. Aku membalas senyuman mama.
You’re welcome! Okeylah Alya, mama nak keluar kejap. Nak pergi sekolah, urus surat-surat perpindahan ni. Kamu jaga rumah baik-baik ya, sayang. Jangan gaduh dengan adik. Promise?What! Mama nak pergi sekolah? Terpaksalah aku berbaik dengan budak yang cerewet ni! Bluurrr!
“Okey, ma. Tapi hari ni kan Ahad. Ada ker guru kat sekolah?” Aku tersenyum. Air mataku yang menitis tadi telah kering dengan tiba-tiba setelah mendengar perkataan ‘abang’ tadi. Sungguh ajaib! Ish, apa aku merepek ni!
“Yes!” Jawab mama. Mama keluar dari bilikku. Aku hanya mengikut sahaja langkah mama dari belakang hingga ke pintu.
Bye, ma. Hati-hati..” Teriakku dan Mirah serentak. Mama hanya tersenyum melihat gelagat kami. Setelah kereta mama hilang dari pandangan, aku keluar lalu mengunci pagar. Aku masuk ke dalam rumah semula, lalu mengunci pintu.
“Mirah, kalau nak makan apa-apa, ambil je kat dapur tu. Akak ada di bilik. Nak bungkus hadiah untuk kawan akak. Jangan buat macam-macam, faham?” Tegasku. Mirah kelihatan takut. Haha, padan muka! Kalau ada mama, berani pula kau, ye.
“Ya, kak.” Jawab Mirah ringkas. Kemudian dia mengalihkan pandangannya ke rancangan yang sedang di tayangkan di kaca televisyen. Aku membiarkan sahaja lalu naik ke atas dan masuk semula ke dalam bilikku.
Uh! Nasib baik Eza tak tau yang baju ni untuk dia. Kalau dia tau, kantoi aku. Tanpa membuang masa, aku mengambil gunting, sellotape paper dan pembalut hadiah berwarna pink, iaitu warna kesukaan Eza. Aku mengambil  sehelai baju yang telah dipilih oleh Eza kelmarin, lalu membalutnya. Dalam beberapa minit sahaja, aku siap membalutnya. Nasib baik sempat singgah di Giant semalam untuk beli pembalut hadiah ni.

**********

 
Pagi itu cukup sederhana dengan cuaca yang tenang. Matahari bersinar seadanya. Angin pula berhembus lembut, sehingga mata terasa mahu terpejam apabila ia singgah di wajah. Bunyi burung pula bersahut-sahutan seolah-olah meraikan pagi yang serba sederhana itu. Namun semua itu tenggelam oleh deringan loceng sekolah yang menandakan tiba masa untuk pelajar-pelajar tingkatan empat hingga tingkatan enam untuk berhimpun di tapak perhimpunan. Aku dan Eza melangkah longlai ke tapak perhimpunan.
“Hari ni mesti lama kita perhimpunan, kan Alya.. Sebab, tadi saya ada nampak kereta pengetua.” Eza berjalan beriringan bersamaku.
“Mungkinlah. Saya pun ada nampak tadi kereta pengetua. Harap-haraplah dia tak berucap lama sangat.” Jawabku. Aku menarik nafas panjang. Hari ni adalah hari Isnin, hari pertama persekolahan selepas bercuti hujung minggu.  Hari di mana sekolah akan mengadakan perhimpunan. Semua pelajar sekolah sudah sedia maklum, apabila pengetua berucap pasti akan memakan masa yang lama, sebab banyak info yang hendak disampaikan.
“Alya, tunggulah! Saya nak ikat tali kasut ni, jap!” Jerit Eza apabila menyedari aku sudah berada jauh di hadapan.
“Cepatlah, Eza.. Nanti kita lambat.” Jawabku sambil menunggu Eza.
“Okey, jom!” Aku dan Eza mula berbaris. Hari ni aku nak dengar ucapan guru-guru di sekolah dengan kusyuk tanpa bercakap sepatahpun perkataan, seperti apa yang selalu ku lakukan sewaktu perhimpunan. Sebab mingggu ni merupakan last week aku bersekolah di sini.
 Bla.. Bla.. Bla.. Bla.. Bla….
Akhirnya, kami masuk ke dalam kelas dan belajar seperti biasa.
“Eza, minggu ni kan, last week saya sekolah kat sini sebab saya akan berpindah ke Sabah..” Tanpa aku sedari, air mataku mula menitis.
“What!! Kenapa tak cakap awal-awal yang awak nak pindah? Eza terkejut.
“Saya pun baru tahu, Eza. Hari Sabtu tu, mama gitau.” Titisan air mata yang jatuh  telah kulap. Aku mengeluarkan bungkusan berwarna pink itu lalu kuberikan ke Eza.
“Happy birthday, Eza. I hope we will be good friend today, tomorrow and forever. Saya tau, mungkin time birthday awak nanti, saya dah pindah. Jadi, saya beri ini untuk awak. Harap awak suka.”Sambungku  sambil menghulurkan bungkusan itu. Aku memeluk Eza. Eza juga membalas pelukanku.
Thanks my friend. You always in  my heart, forever. Saya akan ingat awak sampai bila-bila. Kalau awak dah pindah Sabah, jangan lupakan kat saya ye..” Pelukan Eza semakin erat. Lama-kelamaan, setitis dua air matanya jatuh.

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan