27 Jan 2018

Kesepian yang berbalas dengan kejayaan



Seperti mimpi. Aku kembali lagi ke tempat ini --- 
sunyi --- 
sepi ---
penuh sesak di jiwa, namun, harus ditempuh demi ilmu untuk menjadi insan berguna. 

Harus kuat.

Demi keluarga dan diri sendiri,
tempuh pancaroba.

Semoga hati jiwa dan raga kekal kuat
hadapi dunia kejam yang bertopeng kebaikan.




2018: Akan datang semester baru - Semester dua. Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak. Semoga tercapai dengan jayanya menjadi seorang pendidik.





AMIN YA RABBAL ALAMIN.


8 Jan 2018

Mimpi celaka

Mimpi celaka yang tidak menyenangkan itu datang lagi. Aku benci takut marah kecewa. Aku tidak mahu mimpi celaka itu beertukar menjadi realiti ngeri yang menyesakkan nafas pada realiti, nanti. Entah pada siapa perlu dikongsi dan entah kenapa perlu datang kembali mimpi seperti itu pada kondisi yang boleh dikata dalam separa sedar. Ya aku sedar waktu mimpi itu berlangsung "live" dalam dunia minda. Mohon tiada apa-apa yang buruk berlaku. Amin.