20 Feb 2014

Sukan sekolah tahun 2014

Assalamualaikum, readers. Apa khabar? Kalau sihat, alhamdulillah. Tapi, kalau ada yang sakit, jangan lupa makan ubat atau pergi jumpa doktor.

Hari ni, aku mau kongsi cerita pasal sukan tahunan di SMK Bukit Garam, Kinabatangan, Sabah ( Itulah nama sekolah ku! ^^ ) untuk kali ke-27 yang diadakan pada hari Selasa, Rabu dan Khamis (18-20/2/2014). Dipendekkan cerita, aku upload gambar untuk aktiviti perbarisan (hari ni/hari terakhir) sajalah. OK? Sebab, sepanjang acara sukan (untuk hari ke-2 dan ke-3) tu, aku jadi sukarelawan (PBSM). Tolong angkat orang yang pengsan dll jadi tiada masa mau ambil gambar. Gambar-gambar yang akan di-upload ni mewakili unit beruniform dan rumah sukan masing-masing.

p/s - Hari pertama sukan, aku ndak hadir.

Harap bersabar, gambar dalam proses upload-ing.

Walaupun PBSM kalah, yang penting semangat untuk bertanding tu ada ^^

Disebabkan aku Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM), jadi aku ambil gambar untuk unit beruniform sendiri lah saja. Hehehe! Oh ya, pemenang acara perbarisan untuk unit beruniform ialah PPIM (pemenang untuk unit beruniform setiap tahun).

Ok, sekarang acara perbarisan untuk rumah sukan.

Alamak, rumah sukan Perdana (Merah) tiada dalam gambar!!
Mungkin tema tahun ni alam fantasi sebab ada maskot pari-pari, nenek sihir dan.. Dan...? Cuba teka, maskot apa lagi yang akan keluar lepas ni? Sabar! XD

Ini rumah sukan Iswara (Hijau). Mungkin maskot dorang thumbelina versi lelaki XD Ooppss!

Rumah sukan Perdana (Merah). Maskot dorang naga (atau kepala naga saja? wkwkwk)

Inilah rumah sukanku, Satria (Kuning). 

Maskot kami pari-pari dan nenek sihir! :) Comelkan? ^^

Rumah sukan yang terakhir Wira (Biru). Dan... Maskot rumah sukan ni ialah....

Hiarrrrggghh!!!!
HAHAHA! Aku pun ketawa tahap 'kucing' tadi tengok maskot ni turun padang. Ndak apa, yang penting dia berani untuk sahut cabaran ni jadi wira sekejap. Kan kan? ^^

Btw, cuba teka siapa yang jadi pemenang acara perbarisan untuk rumah sukan tahun ni?

Yeaaaaaaaaah! 
Tahniah, Satria! :) Tahun depan, jadi juara lagi. OK? ;) Kalau mau tau, Satria ni juara bertahan untuk rumah sukan setiap tahun.

Okey lah, itu saja. Tahniah diucapkan untuk semua pemenang ^^ Yang ndak menang tu, jangan putus asa. Tahun depan masih ada lagi. :) Biasalah tu, adat bertanding, mesti ada menang, ada kalah :) Bagi yang menang, kekalkan kemenangan! ;)

12 Feb 2014

love

Love.

Love made people crazy,
Love made people hurt deep inside,
Love made people cry,
Love made people laugh,
And Love made people happy.

So,
No need to find Love,
Or force to Love,
Let Love find you,
By fallin' Love.


8 Feb 2014

sahabat selamanya

Assalamualaikum.

Hari Isnin nanti, 4 orang classmates aku tiada sudah di kelas. Dorang pindah sekolah ke MRSM (Sandakan [3] & Tawau [1]) Sedihla jugak, sebab baru sebulan kenal dengan dorang. Sebenarnya lama sudah kenal, tapi berlainan kelas. Tapi tak apa lah. That's for their own future. Aku tiada hak mahu halang ^_^

Ucapan dari aku,
Aku sayang kamu semua.

2 Feb 2014

Mereka

Assalamualaikum.

Mereka adalah kawan-kawan aku. Kawan seperjuangan aku tiga tahun dan hampir dua bulan di sekolah menengah ini. Banyak kenangan yang telah tercipta antara kita. Cat kelas, makan nasi lemak, buat reunion di KFC, ketawa, buat kerja rumah sama-sama, dan banyak lagi. Terima kasi untuk kenangan itu. Aku akan sentiasa ingat semua kenangan indah itu. Mungkin lepas ni, ramai yang akan berpindah sekolah ke MRSM, SM Sains dan Sekolah Agama, tapi aku tetap akan ingat dengan kamu semua. Semoga menjadi pelajar yang cemerlang di tempat yang baru dan sentiasa jaga diri.

Ikhlas,
Hidayu.