31 Okt 2012

Bersyukur

Assalamualaikum.

I got 2A for Exam II ni. Agama Islam and my favourite subjek, English Language!



Now, English mark at my hand! Memang tak sangka. Why? Sebab time paper II English, aku gelabah habis!! Yalah, idea semua terkumpul di Section A, jadi banyak masa terbuang di situ. Last-last tinggal 30 minit sebelum pulang, aku baru di section B.. Nah, siapa tak 'gemuruh jiwa semangat membara', kan? Tapi, alhamdulillah. Aku bersyukur dengan markah yang aku dapat.

LUPAKAN DULU PASAL ENGLISH AND AGAMA ISLAM. I WANT TO SHARE SOMETHING WITH YOU!



Dua bulan sebelum exam, my BFF bagi pinjam aku novelnya, tapi aku tak mahu baca dulu! Sebab EXAM SEMAKIN MENGHAMPIRI! Dari cover aku tengok macam terlalu matang tajuknya. Jadi, tak pinjam dulu lah. Last-last time mau cuti ni, aku baca! Wooo, Fantastic baby! Tip tip gila ceritanya. Lucu / Lawak Antarabangsa + Fakta & banyak lagi. Mesti tertanya-tanya, kan novel apa yang aku maksudkan.

Ni lah novel tu!

Sinopsis :  

"Oi cicak kobeng! Ayat aku tu! Yang kau sibuk-sibuk ciplak buat harta sendiri pulak apahal? Ayat aku tu milik aku secara rasmi tau tak!" Aku semburkan ayat-ayatku dihadapan wajahnya.
Nur Alia Airysha, seorang gadis yang datang dari kampung ke Kuala Lumpur dengan niat untuk mengumpul duit demi keluarga dan membiayai kos pembelajarannya. Dengan bantuan sahabat Alongnya, Kak Yati, Airysha bekerja di sebuah butik terkemuka yang dimiliki oleh Datin Aleeya.
Muhammad Danial Franz, seorang pemuda kacukan Perancis yang berkelulusan dari luar negara kembali ke Malaysia dan bekerja di bawah daddynya, Dato' Eddy disebuah syarikat besar.
Takdir menemukan Airysha yang brutal dengan Danial yang ego di butik mommy Danial, Datin Aleeya! Danial cuba mendapatkan Airysha tanpa merendahkan egonya. Danial membawa Airysha untuk bertemu orang tuanya untuk dikahwinkan. Tetapi perkahwinan ini bersyarat! Kontrak yang direka Danial dipandang remeh oleh Airysha.
Disaat akad nikah hampir tiba, Airysha menyusun strategi untuk lari!, Airysha mengambil keputusan untuk membatalkan kontrak tersebut. Lantas sekeping kertas yang tertera kontraknya, dibuang. Apa yang bakal terjadi seterusnya? Adakah perkahwinan masih diteruskan? Bagaimana kehidupan Airysha selepas ini? Adakah masih terkurung disangkar yang disaluti emas? Bahagiakah dia? Bagaimana pula penerimaan Danial terhadap perangai brutal Airysha? Bila senduk bertemu kuali, bila api bertemu sumbu bom, apa yang akan terjadi?
"Kontrak! Kontrak! Kontrak! Tu je yang kau tau nak sebut? Yela! Yela! Aku yang buang. Aku tak puas hati dengan syarat-syarat dia. Ada ke aku sebagai seorang perempuan, kena tido atas sofa? Kau ni manusia takde hati, takde perut!" selorohku. Dalam masa yang sama, aku cuba melepaskan diri daripada rangkulannya. Danial mendengus perlahan. 
Dah baca? Kalau belum, mai lah beli di kedai buku yang berdekatan. [Ceh, dah macam buat promote pulak aku ni!] Memang tak menyesal punya, siapa yang sudah baca. Aku berani jamin 1000000 % [adakah sejuta % ?]

Ni penulis novel Cinta Kontrak.


Pot pet pot pet pulak aku ni! Sedangkan kerja kursus Geografi aku belum siap lagi! -_-

Ok lah, sampai sini saja. Bye-bye! Have a great day!

30 Okt 2012

Mix Entry

Assalamualaikum. Today, I want to make more than one entry at the same day.





1. I'm free : OK! Yesterday was the last day for exam. Uh! Lega kepala otakku. Now, masa untuk mengosong  minda dari fikir 1001 masalah. Tapi bila lepas exam ni, takut untuk tunggu result pulak.. Sabar je lah ~ !

2. Selamat Hari Raya Aidiladha : Hari ni 9 Zulhijjah bersamaan dengan 25 Oct 12, dan esok 10 Zulhijjah. Selamat hari raya aidiladha.. Actually I miss my grandparent. Actually, my grandparent at Makkah.. Miss them so much! :'|

                              [Sorry lambat update, hehehe]

19 Okt 2012

Takut frust untuk exam II

Assalamualaikum.

I don't know how to start this. But,
Aku adalah orang yang cepat fobia, tak kiralah apa. Bila mahu start exam, aku memang happy. Tapi sekarang ! Aku orang yang paling takut. Mungkin  akulah yang paling takut sekarang ni bila exam di dunia ni. Takut perkara yang terjadi time ujian II, berulang. Nauzubillah!
Sekarang, exam II dah mula. Target dapat 3 A untuk exam ni, tapi time paper English. I felt down! Yalah, Sudahlah cikgu lambat masuk kelas. Masa tamat papaer pula, tepat ikut  masa dalam jadual. Jadi masuk kelas, tak mahu ikut masa yang ditetapkan lah! Arggh! Memang bercelaru fikiranku! Banyak kesalahan di Section A yang aku tak dapat mau betulkan balik. Harap-harap lulus lah juga. Amin .. :'(


9 Okt 2012

Touching, kan ?

Assalamualaikum.

Apa khabar? Semalam aku ada baca status di Facebook dalam group yg aku join. Memang tersentuhlah. Kejap ya, aku copy-cat dulu!

TAJUK : "IZINKAN SAYA BERZINA DENGAN ANAK PAKCIK?"

Kenapa? Terkejut, kan baca tajuk? Same like my situasion last night.






Gadis : Masuk lah dulu, jumpa dengan ayah saya
Teruna : Boleh ke?
Gadis : Masuk je lah, saya nak siap

Menyusup masuk si teruna melalui pintu utama. Pintu yang siap terbuka mengaluka-alukan kedatangan si Teruna.

Teruna : Assalamualaikum.
Bapa G : Waalaikumusalam.

Melihat pada lantangnya suara bapa si gadis, terus si teruna kaku membatu. Lantas si gadis menarik tangan si teruna menyedarkan dari lamunan itu.

Gadis : Mari, duduk kat kerusi
Teruna : eh.

Setelah tangan dihulur dan salam bertaut, duduklah si teruna di kerusi hampir menghadap bapa si gadis. Hanya surat khabar yang menjadi tabir antara mereka.

Bapa G : nak jalan kemana hari ni?
Teruna : Bandar je cik, dia nak carik barang katanya. Barang apa tak tau lah saya
Bapa G : oh..
Teruna : ??

Hampir 5 minit senyap tanpa suara. Dan ibu si gadis keluar dari tabir ruang utama dan ruang belakang membawa air serta biskut kering. Si teruna senyum kelat.

Ibu G : minum la ni sikit. Kamu sudah sarapan?
Teruna : ehh. Sudah cik. Terima kasih.
Ibu G : kamu malu-malu pula dengan kami.
Teruna : segan cik. Hehe
 Bapa G : bila kamu nak hantar rombongan?
Ibu G : eh. Apa ayahnya ni?
Teruna : ehh. Duit takde lagi. Hehe
Bapa G : kamu bawa anak kami kehulu-kehilir. Apa orang kata nanti
Teruna : (eh. Malu ngan orang ke malu ngan Allah, lagi takut orang kata dari Allah yang menghukum) Kami naik kereta je cik, tak de la nampak berkepit sangat. Boleh saya tanya cik sikit
Bapa G : boleh takda masalah
Teruna : pakcik ngan makcik nak letak wang hantaran berapa ye?
Bapa G : kalau boleh 20 ribu
Ibu G : ehh. Tak kisah la, tapi kalau boleh acik nak lebih tinggi sikit dari orang sebelah ni
Teruna : Berapa tu cik?
Ibu G : dalam 25 ribu ke atas dan dulang 25 keatas pihak lelaki
Teruna : (amboi, ko melantak dulang ke ape? Wuhaa.. 25 ribu. Mana nak dapat, aduh) Tingginya acik, tak boleh rendah lagi ke?
Bapa G : itu nasib kamu la, kamu yang nak kat anak kami. Lagipun dialah satu-satunya anak perempuan kami, kene lah market sikit. Nak grand-grand camtu.

Si teruna hampir hilang akal apabila disebutkan harga si gadis itu. Dan si teruna cuba berbincang untuk merendahkan harga si gadis.

Teruna : nak Tanya lagi, kenapa anak acik tak pakai tudung?
Bapa G : itu kenalah Tanya maknya
Teruna : (ehh. Boleh pas-pas pulak dah)
Ibu G : ehh. Awak lah. Apa pulak saya. Awak yang sepatutnya didik anak
Bapa G : saya kan kerja. Mana ada masa
Teruna : (pulak dah, gaduh nanti) Ehh-ehh. Makcik pakcik. Kita lupakan dulu soalan tadi sebab kalau ikut makcik pun tak tutup kepala jugak. Maksudnya lebih kurang jugaklah. Nak Tanya lagi, anak acik pandai masak?
Bapa G : hmm.. haram. Tau-tau bangun tido pukul 12 lebih, bukan bangun pagi dah tu. Bangun tengahari. Terus makan tengahari.
Ibu G : apa la ayahnya, orang ni nak buat anak kita bini, dia cerita buruk-buruk pulak.
Bapa G : maknya pun sama suka bangun lambat juga.
Ibu G : abahnya!
Teruna : (kah kah kah.. bengong. Camtu pun nak cerita) Ehh.. acik sekarang saya da tau. Okeh. Soalan lagi. Boleh tak dia baca quran?
Ibu G : boleh sikit-sikit kot
Teruna : kali terakhir bila?
Ibu G : err. Darjah 1 agaknya.
Teruna : hmm.
Ibu G : kenapa?
Teruna : takda apa makcik. Soalan cepumas. Dia solat tak?
Bapa G : apa motif kamu Tanya semua ni. Dia kan selalu ikut kamu. Kamu tau la.
Teruna : kalau kat luar saya ajak dia solat, dia cakap datang bulan. Hari-hari datang bulan. Dia tau solat atau tak?

Hampir terkedu si bapa dan si ibu. Dan pada raut wajah mereka berdua terdapat tanda-tanda kemerah-merahan menahan amarah.

Teruna : boleh saya sambung lagi. Dia tak reti masak, tak reti solat, tak reti mengaji, tak reti nak tutup aurat sebelum dia jadi bini saya lagi. Dosa-dosa dia terang-terang pegi kat makcik ngan pakcik. Lagipun tak berbaloi harga 25 ribu untuk dia. Lain lah dia ni hafizah, 30 juzuk dalam kepala, bertutup litup habis dari bawah sampai ke atas dan tau jaga batas, haa.. itu barulah berbaloi 100 ribu pun saya sanggup bayar. Tapi orang macam tu kalau kahwin mereka memilih untuk serendah-rendah mahar. Sebab sebaik-baik perkahwinan adalah serendah-rendah mahar. Mata bapa si gadis direnung tajam oleh mata ibu si gadis. Keduanya senyap tanpa suara. Ketiga mereka menundukkan kepala. Lumrah adat untuk menjadikan anak perempuan untuk dijadikan objek pemuas nafsu hati menunjukkan kekayaan serta bermegah-megah dengan apa yang ada. Terutamanya pada majlis perkahwinan. Adat mengatasi agama. Dibiarkan anak perempuan dihias dan dibuat pertunjukkan di khalayak ramai. Sedang pada waktu itu akad telah dilafaz si suami, dan segala dosa anak perempuan sudah mula ditanggung oleh si suami. Amatlah rugi. Mahar berpuluh ribu dibayar pada isteri dan sepatutnya hanya si suami seorang yang berhak melihat, tetapi pada hari pertama perkahwinan iaitu semasa persandingan sahaja berpuluh ribu mata yang melihat si isteri. Seolah-olah si suami membayar mahar untuk mereka sekali.
Bapa G : tapi kan. Pakcik nak anak pakcik rasa sekali. Benda seperti tu kan sekali seumur hidup.
Teruna : pakcik nak anak pakcik rasa ke pakcik yang rasa grand?
Ibu G : tentulah kami berdua pun turut gembira.
Teruna : yeke? Saya sambung lagi ya. Acik, saya bukan apa. Sekarang dosa anak pakcik, pakcik yang tanggung. esok lusa lepas akad nikah terus dosa dia saya yang tanggung. pastu pakcik nak buat bersanding pulak. Setiap mata yang memandang saya akan dapat dosa. Lagilah saya berdosa sangat-sangat. Ibu si gadis segera mengambil langkah mudah dengan menarik diri daripada perbualan itu. Si ibu tahu, si teruna bercakap menggunakan fakta islam. Dan tidak mungkin ibu si gadis dapat melawan kata si teruna itu.
Bapa G : kau memandai pulak nak cakap agama ngan kami.
Teruna : ehh. Sory pakcik. Bukan saya nak cakap pasal agama. Tapi itulah hakikat sebenar. Kita terlalu pandang pada adat sampai lupa agama.
Bapa G : camni lah. Kamu sediakan 25 ribu, ngan 31 dulang. Kalau takde, kamu tak boleh kahwin ngan anak aku!
Teruna : lama lagilah camtu. Dalam umur saya 30 lebih, baru dapat masuk meminang. Kalau camtu pakcik, ‘izinkan saya berzina ngan anak pakcik’?
Bapa G : hoi! Kau dah melampau, ko baik-baik sikit cakap tu. Jangan main sedap mulut je.
Teruna : dengar dulu penjelasan saya pakcik. Pakcik tau tak apa sebab orang berzina dan banyak anak luar nikah? Sebab benda nil ah pakcik. Selalu ibu bapa perempuan yang meletakkan berpuluh ribu ringgit sampai pihak lelaki terpaksa menangguh hasrat untuk berkahwin. Tetapi cinta dan nafsu kalau tidak diiringkan dengan betul, syaitan yang jadi pihak ketiga untuk menyesatkan manusia. Akhirnya mereka mengambil jalan pintas memuaskan nafsu serakah dengan berzina. Mula-mula memang ringan-ringan dahulu pakcik, pegang-pegang tangan, peluk-peluk, pegang pinggul, dan sebagainya. Tapi lama-lama jadi berat-berat. Yang berat-berat tu pakcik sendiri pun boleh bayangkan.
Bapa G : apa kaitan kamu nak berzina pula
Teruna : yalah. Dah pakcik tak bagi kami kahwin sekarang, biar ada duit dulu baru boleh kahwin. kami nak lepaskan nafsu camna pakcik? Tiap hari saya tengok dia, dia tengok saya. Susah pakcik. Nafsu. Sebab tu saya dengan rendah hati minta izin pada pakcik untuk berzina ngan anak pakcik. Apa yang penting pakcik tahu yang saya dan dia nak berzina. Sebab rata-rata orang yang berzina ni ibu bapa tak tau. Nampak je biasa-biasa sedangkan da berzina. Err.. berzina bukan sahaja yang ehem-ehem je. Ada yang zina-zina ringan. Tapi sebab ringan tu yang akan jadi berat.
Bapa G : hmm. Kamu ni peliklah. Nasib baik pakcik cool je. Kalau orang lain, da lama angkat parang. Tapi kalau takde duit, camna kamu nak bagi dia makan
Teruna : hehe. Pakcik. Pakcik lupakah dengan apa yang telah Allah bagitau.

“Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui.” (an Nur 32). Takkan la kita tak yakin dengan apa yang Allah janjikan. Lagipun pakcik, kalau makan dan minum tu insyaAllah, berdaya lagi untuk saya beri pada dia. Tempat tinggal tu kita boleh bincang lagi. Kalau benda ni boleh menghalang kami dari melakukan perkara dosa dan sia-sia. Baiklah disegerakan. Pakcik pun tak mau perkara-perkara tak elok kan. Senyap tanpa kata bapa si gadis, merenung kata-kata si teruna. Segera bapa si gadis memikirkan cara untuk mematahkan kata-kata si teruna. Dan bapa si gadis mendapat akal.

Bapa G : kamu tau la zaman sekarang ni. Kalau ikut cara kamu tu. Mungkin kamu tak suka dengan persandingan, pakcik boleh terima. Tapi kamu kena la ambil kira apa orang lain yang akan kata. Tau-tau orang akan mengata anak aku kena tangkap basah dan kena nikah paksa dengan kamu. Mana nak letak muka ni.
Teruna : bagus juga cadangan pakcik tu. Kena tangkap basah 2 ribu je denda. Kat Malaysia takde hudud, dan kalau untung. Boleh nikah masa tu jugak. Bagus-bagus.
Bapa G : serius lah sikit.
Teruna : betul dah tu pakcik. Hehe. Tapi pakcik, saya tak kata pun takde walimatul urus. Sedang walimatul urus itu perlu untuk hebahkan yang anak-anak dah kahwin. itu cara islam. Ok. Tapi yang tak oknya, bersanding tu ha. Kesian saya pakcik, saya seorang bayar mahar untuk anak pakcik, orang lain pun dapat tengok. Siap kalau berhias secara berlebihan dan orang lain yang lihat menaikkan nafsu syahwat mereka, saya yang berdosa pakcik. Saya yang tanggung dosa dia. insyaAllah pakcik. Kita bukan nak buat apa pakcik. Syariat memang camtu. Maha baiknya Allah sebab jaga kita selama ini, tapi benda remeh-temeh camni pun kita masih pandang ringan dan kita tak menjaga apa yang telah Allah janjikan. Susah lah camtu pakcik.,Sory lah pakcik kalau ada kata saya yang membuat pakcik kurang senang ngan saya. Segala-galanya kita serah pada Allah, kita merancang je. Azan zohor berkumandang, jaraknya tidak sampai 10 dari surau berdekatan rumah si gadis. Si teruna memohon untuk ke surau dan mengajak bapa si gadis untuk pergi bersama. Namun ajakan ditolak dengan lembut. Lantas memberi salam dan memohon untuk keluar. Di birai tingkap bapa si gadis melihat si teruna mengeluarkan kopiah dari poketnya dan segera di pakainya. Masuk ke dalam kereta dan hilang dari penglihatan bapa si gadis tadi. Sedang si gadis yang sedari tadi berdiri di balik tirai bersama ibunya menitiskan air mata mendengar luahan kata-kata si teruna terhadap ayahnya. Tudung pemberian si teruna sebagai hadiah pada hari jadinya yang lepas digenggam erat. Ibu si gadis juga menitiskan air mata melihat pada kelakuan anaknya. Segera ibu dan si gadis ke ruang tamu menghadap ayahnya.
Ibu G : apa yang budak tu kata betul. Kita ni tak beratkan pada agama selama ni. Kita sambil lewa abahnya.
Bapa G : hmm.. ntahlah, tak tahulah saya. Keras betul budak tu kata tadi. Satu-satu kena. Dia pesan tadi, suruh bersiap, lepas zohor dia amik kamu.
Gadis : takde mood nak pegi la ayah. Ntah,,

Si gadis terus mencapai telefon bimbitnya dan menaip mesej.

Si teruna yang selesai mengambil wuduk tersenyum apabila membaca mesej yang baru sahaja diterima daripada si gadis

“andai Allah telah memilih dirimu untukku,
aku redha dan akan terus bersama mu,
aku juga akan terus pada agama yang ada padamu.” “ : )”

“petang ni takde mood nak keluar, Sory.

Minggu depan ayah suruh
hantar rombongan.

8 Okt 2012

Kelebihan - kelebihan Bismillah .

Assalamualaikum .

Malam ni aku mahu kongsi ilmu. Untuk yg beragama Islam. Ni aku jumpa di facebook. Sharing is caring, kan.
Copy-cat, hehe.



1. Yang pertama ditulis Qalam adalah
BISMILLAH. Maka apabila kamu menulis sesuatu, maka tulislah
BISMILLAH pada awalnya kerana BISMILLAH tertulis pada setiap
wahyu yang Allah turunkan kepada Jibrail.

2. “BISMILLAH untukmu dan umahmu,
suruhlah mereka apabila memohon sesuatu dengan BISMILLAH.
Aku tidak akan meninggalkannya sekejap mata pun sejak
BISMILLAH diturunkan kepada Adam.” (Hadith Qudsi)

3. Tatkala BISMILLAH diturunkan ke dunia, maka
semua awan berlari ke arah barat, angin terdiam, air laut
bergelora, mendengarkan seluruh binatang dan terlempar
semua syaitan.

4. Demi Allah dan keagunganNya, tidaklah
BISMILLAH itu dibacakan pada orang sakit melainkan menjadi
ubat untuknya dan tidaklah BISMILLAH dibacakan di atas
sesuatu melainkan Allah beri berkat ke atasnya.

5. Barangsiapa yang ingin hidup bahagia dan
mati syahid, maka bacalah BISMILLAH setiap kali memulakan
sesuatu perkara yang baik.

6. Jumlah huruf dalam BSMILLAH ada 19 huruf
dan malaikat penjaga neraka ada 19 (QS.AL
Muddatsir:30) .Ibnu Mas’ud
berkata: “Sesiapa yang ingin Allah selamatkan dari 19
malaikat neraka maka bacalah BISMILLAH 19 kali setiap
hari.”

7. Tiap huruf BISMILLAH ada JUNNAH
(penjaga/khadam) hingga tiap huruf berkata, “Siapa
yang membaca BISMILLAH maka kamilah kekuatannya dan kamilah
kehebatannya. ”

8. Barangsiapa yang memuliakan tulisan
BISMILLAH nescaya Allah akan mengangkat namanya di syurga
yang sangat tinggi dan diampunkan segala dosa kedua orang
tuanya.

9. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH maka
akan bertasbihlah segala gunung kepadanya.

10. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 21
kali ketika hendak tidur, maka akan terpelihara dari
gangguan syaitan, kecurian dan kebakaran, maut mendadak dan
bala.

11. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 50
kali di hadapan orang yang zalim, hinalah dan masuk
ketakutan dalam hati si zalim serta naiklah keberanian dan
kehebatan kepada si pembaca.

Let's play a game!

Assalamualaikum.

Today we will play a game. Jom join aku! :]



Sbg hiasan semata-mata .



Kita cari perkataan tersembunyi. Aku baru habis cari tadi dalam satu jam jugalah. Kalau BM senang mahu cari kan, jadi aku pilih BI. Senang saja ni.

Pembayang : 'Out' In Front

44 Perkataan yang mesti di cari:

BOARD , BREAK , BURST , CAST , CLASS , COME , CROP , DATED , DISTANCE , DOORS , FIELD , FIT , FLANK , GOING , GROW , GUESS , HOUSE , LANDISH , LAW , LAY , LET , LINE , LIVE , LOOK , LYING , MODED , NUMBER , PLAY , POST , RAGE , RANK , RIGGER , RIGHT , RUN , SELL , SHINE , SIDE , SKIRTS , SMART , SPOKEN , STANDING , STRIP , WEIGH , WIT



OK, try to find it! Good luck!

W H D A T E D Q H S T H G I R
E V I L F L A N K R D L S X Z
G B S D S T G B A O E Y I G K
T Q T S R U B M E O D B D N L
S L A N D I S H R D O K E I E
A L N L A Y H G B A M K N D T
C X C V L J O I R E B M U N A
D H E T G E U D I J F V R A D
F J P J P D S E G A R T U T F
G F T I F W E I G H S K J S O
C O E C R O P J E H N S P K W
F L I J G T Y H R A T O E I O
D A E N I H S T R I K S T U R 
F W Q H G L C O M E T J O I G
D H K O O L Y I N G Y A L P K





Ok, itu saja. Nanti beritahu di ruangan komen berapa kamu dapat. OK? 

Assalamualaikum . Bye - bye ! :]