24 Apr 2018

Bila nak move on?



CRUSH? (informal) a person with whom someone is infatuated. 

Untuk yang kesekian kalinya, entri celaka kali ini perihal crush; orang yang kita minat tanpa pengetahuan orang itu. Ya, mungkin aku mengaku. Masih ada sisa perasaan dalam hati ini, pada orang yang sama --- sejak Jun, 2011. Tapi syukur; perasaan celaka ini mengajar aku untuk tidak terburu-buru perihal hati. Tapi, tetap -- masih ada perasaan yang kurang enak ini meski tinggal sebesar zarah dan debu tanah. Kerana rasa celaka ini juga inilah aku memutuskan untuk tidak mempunyai apa-apa hubungan istimewa, buat masa sekarang. sampai bila? Entah. Jangan ditanya, aku juga masih samar dengan jawapan yang tepat. Kerana itu, aku sering kali sebut nama orang yang aku rasakan layak menduduki takhta hati gadis cerewet seperti aku ini pada Dia. Persoalannya, bila hati ini akan dapat tittle "single and available" ??




Meracun kenangan indah


Maaf. Hanya itu yang mampu aku katakan, berulang kali. Sakit memang memutuskan hubungan istimewa; dan menggantikan kepada kawan biasa. S.A.K.I.T. Maaf. Sekali lagi. Jujur, aku buat ini semua demi kebaikan. Kau memang baik dan aku hargainya. Sangat. Terima kasih untuk itu. Namun, jauh di lubuk hati -- bukan kau orangnya untuk aku. Dan bukan aku orangnya untuk kau di masa depan kelak. 

Terima kasih untuk kenangan indah: 29.12.2017 dan maafkan aku; menabur racun ke atasnya: 10.4.2018.

27 Jan 2018

Kesepian yang berbalas dengan kejayaan



Seperti mimpi. Aku kembali lagi ke tempat ini --- 
sunyi --- 
sepi ---
penuh sesak di jiwa, namun, harus ditempuh demi ilmu untuk menjadi insan berguna. 

Harus kuat.

Demi keluarga dan diri sendiri,
tempuh pancaroba.

Semoga hati jiwa dan raga kekal kuat
hadapi dunia kejam yang bertopeng kebaikan.




2018: Akan datang semester baru - Semester dua. Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak. Semoga tercapai dengan jayanya menjadi seorang pendidik.





AMIN YA RABBAL ALAMIN.


8 Jan 2018

Mimpi celaka

Mimpi celaka yang tidak menyenangkan itu datang lagi. Aku benci takut marah kecewa. Aku tidak mahu mimpi celaka itu beertukar menjadi realiti ngeri yang menyesakkan nafas pada realiti, nanti. Entah pada siapa perlu dikongsi dan entah kenapa perlu datang kembali mimpi seperti itu pada kondisi yang boleh dikata dalam separa sedar. Ya aku sedar waktu mimpi itu berlangsung "live" dalam dunia minda. Mohon tiada apa-apa yang buruk berlaku. Amin.