31 Dis 2012

Beautiful Moments

Assalamualaikum.

Tak lama lagi kita akan melangkah ke lembaran baru, 2013. Banyak perkara pada tahun 2012 yang mengajar aku erti kehidupan. Ya, walaupun aku masih terlalu mentah untuk memahami nya, tapi aku cuba untuk memahami. Masa berlalu begitu pantas sehingga memaksa aku untuk membuka langkah yang besar agar dapat jalan beriringan sama dengan kepantasan masa. 2013, tahun di mana aku menghadapi peperiksaan kedua terbesar selepas UPSR, iaitu PMR. Jadi, sebelum tibanya 1 Januari 2013, aku akan kongsi saat-saat indah yang aku tempuhi pada tahun 2012.

Saat indah di mana aku dan adik perempuanku, Siti telah pun khatam Al-Quran pada tahun baru mengikut kalendar Islam, Maal Hijrah. Alhamdulillah. Jadi, majlis Khatam Al-Quran itu telah dibuat di kampung, buat kali kedua nya untuk merasmikan yang kami telahpun khatam. Gambar-gambar yang aku kongsi ni adalah persiapan beberapa minit menunggu ustaz sebelum bermulanya majlis Khatam Al-Quran di kampung Balung Kokos (kampung sebelah umi) mengikut adat suku kaum Melayu Kokos. Bukan majlis Khatam Al-Quran saja yang berlangsung, tapi ada lagi iaitu majlis Aqiqah adik sepupuku, Azeri dan doa selamat bersunat adik sepupuku, abang pada Azeri iaitu Farhan dan sepupu ku, Razley.


My cousin and me. I'm used peach colour.

Comelka senyuman Azeri ni ?

Free-hair tu cousin yang sebaya dengan aku. Sebelahnya, makcik aku, nenek pada cousin free-hair aku. Depannya, makcik aku, kakak sulung pada makcik aku. Dan yang paling depan, adalah nenek aku, emak pada makcik-makcik aku.

Baju peach tu orang yang paling aku hormat dan sayang, iaitu umi. Umi  nervous ka tu ?

Kalau yang ni, persiapan sehari sebelum majlis berlangsung.


Bunga telur ni diberikan pada tetamu yang datang.

Persiapan untuk aqiqah Azeri.

OK, gambar yang ni keluar topik kejap! Aku snap ni sebab happy. Happy sebab belum ada monyet yang datang untuk makan buah ni, haha. Di kampung, monyet memang ber-maharajalela. Banyak tak terkira bilangan haiwan tu !



 Sebenarnya, banyak lagi buahnya. Tapi, aku pilih kelompok yang ni.



Yang ni pulak, gambar sepasang kembar. Ya, they were my cousin too.

Baju oren, kakak. Baju pink, adik.

Gambar-gambar yang ni pulak, malam sebelum berlangsungnya 3 majlis dalam 1 hari tu. Malam di mana kawan-kawan kompang atukku main kompang di rumah.

Gembiranya mereka.










Ini lah atukku.

Waktu mereka berebut kutip duit. Adat Melayu Kokos memang macam ni. Kata kawan abah yang pernah datang kampung, 'hujan duit'.

Tempat kami berkhatam. Yang ada sejadah tu tempat ustaz duduk. Aku sebagai kakak duduk sebelah kanan, dan Siti sebagai adik duduk sebelah kiri.

Perempuan sebelah kiri tu, Siti. 2 lelaki baju peach tu, adik beradik. Yang tak pegang kompang, abang. Namanya Farhan. Yang pegang kompang pulak namanya Adzam. Lelaki baju oren, Razley. Perempuan sebelah kiri, aku. Tembamnya dah aku ! -,-

Kesiannya, Azeri ! Menangis pulak waktu digunting rambutnya.

Lepas bergunting rambut, Azeri dah tak nangis lagi ! Yeaa.. Dia ni adik bongsu pada Farhan dan Adzam.


Uh, lenguh jari jemari ni menaip! Tapi happy sebab taip dengan penuh perasaan. Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar semasa majlis ni berlangsung walaupun ada 'manusia hipokrit' yang tak puas hati. Aku hanya mampu berdoa untuk mereka, supaya berubah. Sebenarnya, masih banyak yang aku mahu kongsikan bersama tapi cukuplah setakat ini saja.

P/S : Doakan Nurhidayu Bat dapat 8A PMR, amin..

9 Dis 2012

The Story Of Us

 Assalamualaikum, lirik lagu di bawah menerangkan how my feeling right now!
I used to think one day  we'd tell the story of us
How we met and the sparks flew instantly
People would say they're the lucky one
I used to know my spot was next to you
Now I'm searching the room for an empty seat
'Cause lately I don't even know what page you're on
Oh, a simple complication 
Miscommunications lead to fallout
So many things that I wish you knew
So many walls up, I can't break through
Chorus
Now I'm standing alone in a crowded room
And we're not speaking
And I'm dying to know, it is killing you
Like it's killing me
I don't know what to say since a twist of fate
When it all broke down
And the story of us looks a lot like a tragedy now
Next chapter
How'd we end up this way?
See me nervously pulling at my clothes and trying to look busy
And you're doing your best to avoid me
I'm starting to think one day I'll the story of us
How I was losing my mind when I saw you here
But you held your pride like you should have held me
Oh I'm scared to see the ending
Why we are pretending this is nothing?
I'd tell you I miss you, but I don't know how
I've never heard silence quite this loud
 *Chorus
This is looking like a contest
Of who can act like they care less
But I liked it better when you were on my side
The battle's in your hand now
But I would lay my armor down 
If you'd say you'd rather love then fight
So many things you wish I knew 
But the story of us might be ending soon
*Chorus
Now, now
And we're not speaking 
And I'm dying to know, is it killing you
Like it's killing me
And I don't know to say since a twist of fate
'Cause we're going down
And the story of us looks a lot like a tragedy now

The end

3 Dis 2012

#PMR2013

Assalamualaikum dan selamat petang, readers.

Before that, selamat bercuti ! Next year, I will be PMR candidate, the last PMR exam. Huh! I don't know how to say, but my feeling are like excited + nervous . Rasa-rasa, soalannya susah atau senang? -,-   I must get ready from now. 

Start bulan Januari, my table will be like this again like usually..



Yeah, like that ! Truely.. And I, will pay my full attention to the exam. Just it ! No more, facebook and twitter or other for a year. [ Maybe ! ] My mom always said this to me: "Exam buat betul-betul, sebab itu untuk masa depan sendiri." And I just "Ermm." Tapi, betulkan?







Wish the best for me. Pray for me, okay.. *takut soalan susah*

29 Nov 2012

Finaally !

Assalamualaikum.

Exam sem II dah berlalu. Result pun  I already know! :D Alhamdulillah, agak memuaskan. Make me proud, even little bit. Know why? I pass all the subject ! My target for the last exam was 3A. But, I just got 2A :( . It's okay, right? Satu permulaan yang baik [for me]. Hampir sampai target. When I knew my result, my heart was like 



Because, yeah ! Colourful like that. :)

28 Nov 2012

See You di IPT




Sesi persekolahan sudah bermula. Semua pelajar datang ke sekolah seperti biasa dengan azam yang baru. Begitu juga dengan Qalesya dan Kamal. Walaupun Kamal seorang lelaki yang lembut, tetapi dia seorang yang bijak. Begitu juga dengan Qalesya. Sedang mereka berjalan menuju ke kelas di tingkatan 5 Raya, terdapat tiga orang pelajar lelaki dengan gayanya yang ala-ala samseng ‘tahi kucing’ menghalang laluan mereka. Pelajar lelaki tersebut, tidak lain dan tidak bukan adalah Hakim and the gang, iaitu Daniel dan Adam.

“Morning, girl! Seorang je?” Sapa Hakim sambil berjalan dengan lagaknya mengelilingi Qalesya dan Kamal. Kamal cuba melindungi Qalesya dari Hakim. Daniel dan Adam hanya menjadi penonton sambil ketawa terbahak-bahak seolah-olah sedang menonton rancangan televisyen yang lucu.

“Waalaikumsalam.” Jawab Qalesya sepatah sambil menundukkan kepalanya ke bawah. Malu dan marah menyapa dirinya kerana diperlakukan begitu.

“Perli I, nampak!” Hakim berhenti mengelilingi Qalesya. Kamal tahu yang Qalesya berasa kurang selesa lalu mengajaknya beredar dari situ dengan segera.

Daniel yang menyedari mereka ingin beredar dari situ, segera bertindak. “Wei, wei! Kau nak pergi mana, hah! Jangan ingat, kau boleh lepas dari kita orang!” Jerit Daniel dengan tiba-tiba.

Kamal geram dengan tindakan mereka. Lalu, memberanikan diri untuk melawan. “Hello guys! You all ni tak ada sopan santun ke? Cubalah bercakap elok-elok sikit. Kau tu, Daniel! Kita orang belum pekak tahap badak lagi lah. Jadi tak payahlah nak terjerit-jerit.” Jawab Kamal, menahan geram bercampur amarahnya terhadap mereka. Daniel geram dengan tindakan Kamal lantas menarik kolar baju sekolah Kamal, lalu menolaknya. Kamal jatuh tersungkur di atas simen itu.

You all kerjakan ‘budak sotong’ ni! Qalesya, biar I yang uruskan. Faham?” Arah Hakim pada kedua orang rakannya. Lagaknya tidak ubah seperti big boss. Big boss konon! Sedang Daniel dan Adam membuli Kamal, datang tiga orang pengawas sekolah ke arah mereka. Apa lagi? Buka langkah seribu lah Hakim and the gang tu!

Oi, jangan lari! Aku akan report kau ke Cikgu Hamzah!” Jerit Izwan, salah seorang pengawas sekolah tersebut yang kebetulan lalu di situ. Cikgu Hamzah merupakan guru disiplin di sekolah tersebut dan sangat digeruni oleh semua pelajar. Izwan tahu, dia tidak mungkin dapat mengejar Hakim and the gang lalu berhenti. Nafasnya tercungap-cungap kepenatan dek mengejar Hakim. Hakim and the gang merupakan pelajar yang sering keluar masuk bilik disiplin kerana melanggar peraturan sekolah.

Keadaan menjadi tenang semula. Izwan dan dua orang rakannya segera mendapatkan Qalesya dan Kamal. Hati Izwan menjadi tidak keruan apabila melihat Qalesya. Dia sememangnya menyimpan perasaan terhadap Qalesya, tetapi sedaya upaya untuk menyembunyikan dan menafikannya apabila ditanya oleh rakan-rakannya yang lain.

Are you okay, Lesya?” Tanya Izwan dengan suara yang lembut. Nak control macho depan orang yang diminati lah katakan. Dua orang rakan Izwan faham benar dengan sifatnya itu, lalu menepuk bahunya perlahan.

“Ya. Thanks jadi Power Rangers kita orang tadi. Kalau tak ada awak, saya tak tahulah apa akan jadi tadi.” Senyum Qalesya ke arah Izwan dan rakannya. Mereka membalas senyuman itu.

"Hahaha, jadi Power Rangers lah pulak! Dah memang tanggungjawab kami sebagai pengawas, Lesya. Izwan pun tadi sanggup tanggalkan beg kesayangannya kat simen ni semata-mata nak selamatkan awak.”  Jawab Haiqal, rakan Izwan. Qalesya ketawa. Izwan segera mendapatkan begnya semula.

‘Alamak! Rupanya budak Haiqal ni perasan yang aku tanggalkan beg tadi. Tak guna!’ Bisik hati kecil Izwan menahan malu.

Hamboi! Qalesya je yang you all tanya? I, you all tak nak tanya?” Tanya Kamal geram.

Are you, okay?” Tanya Amir, rakan Izwan dan Haiqal.

“Ya!” Jawab Kamal, lalu bangun dari tempat dia tersungkur tadi. Nasib baik tak cedera. Qalesya dan Kamal segera berlalu dari situ setelah mengucapkan terima kasih pada Power Rangers a.k.a pengawas sekolah. Qalesya, Kamal, Izwan, Haiqal dan Amir rakan sebaya cuma berlainan kelas disebabkan aliran yang mereka ambil berlainan. Qalesya dan Kamal sekelas, manakala Izwan, Amir dan Haiqal sekelas. Hakim and the gang juga sebaya dengan mereka semua, tapi berlainan kelas dengan Qalesya dan Izwan.

“Kenapa kau tersenyum-senyum ni, Wan? Aku tahulah kau minat si Qalesya tu. Terus terang je lah.” Izwan hanya tersenyum dengan pertanyaan rakannya, Amir.

“Aku anggap dia tu sebagai kawan saja. Pasal minat-meminati ni, mungkin in the future. Sekarang, tidak lebih dari itu.” Jawab Izwan tersenyum dan berlalu dari situ untuk menuju ke kelas mereka. Amir dan Haiqal hanya mampu menggelengkan kepala sahaja melihat Izwan sambil mengikutinya ke kelas.
                                                                   


“Arrgghh! Busy body betullah si Izwan tu! Apa? Dia ingat, dia tu kuat sangat?” Dengus Hakim sambil menyepak tin kosong 100 Plus di hadapannya.

“Relax lah, brother! Masih banyak lagi awek kat luar sana tu yang tunggu kau, si Qalesya tu jugak kau nak tackle! Tak padan dengan badan! Kau ingat, si Qalesya tu pandang ke orang macam kau ni, hah!” Tengking Daniel. Hati Hakim terbakar dengan apa yang diperkatakan oleh Daniel kepadanya. Daniel berasa geram dengan Hakim. Mana tidaknya, gaya samseng tapi ada hati nak tackle budak genius! Totally, different!

“Wei! You ingat, you tu bagus sangatkah hah!” Jawab Hakim, menarik kolar baju Daniel. Adam  cuba menghentikan ‘Perang Saudara’ yang berlaku di antara rakannya, tetapi gagal. Adam juga berasa hairan dengan tindakan Hakim. Dia tak pernah naik berang kalau pasal perkara yang remeh-temeh macam ni. Apatah lagi, pasal perempuan!

“Oi! Lepaslah. Gaya je lebih!” Bentak Daniel sambil menepis tangan Hakim di kolar baju sekolahnya.

“Pergi mampus lah, you all!” Tengking Hakim. Adam terkejut dengan tindakan Hakim. Begitu juga dengan Daniel.

Guys, stop it! Hakim, kau ni kenapa? Disebabkan minah tu je, kau punya takat didih tiba-tiba naik?” Kini giliran Adam pula bersuara.

“Adam, jomlah.. Baik kita blah dari sini. Aku malas nak bercakap dengan orang yang berlagak jadi malaikat ni.” Perli Daniel sambil menjeling tajam ke arah Hakim lalu meninggalkannya sendirian di belakang sekolah tempat biasa mereka lepak apabila ponteng.  Adam hanya mengikuti langkah Daniel dari belakang.

“Mulai hari ni, you bukan lagi kawan I” Jerit Hakim dengan geram. Adam dan Daniel menoleh ke belakang.  
“Fine!” Jawab Adam dan Daniel serentak.

“Aku yakin, satu hari nanti kalau kau susah, kau akan cari kita orang. Kau tu, kan anak orang miskin. Lainlah macam aku dan Adam. Lagipun kau mana mampu nak beli benda yang mahal. Handphone tu, bagi balik dengan aku!” Sambung Daniel. Dia sengaja memanaskan lagi keadaan. Hakim segera mengeluarkan telefon bimbit yang berada di kocek seluarnya lalu memberikannya ke tangan Daniel yang sedang menadah meminta kembali telefon yang dibelikan untuknya. Setelah urusan mereka selesai, Adam dan Daniel berambus dari situ. Yang tinggal hanyalah Hakim.

Hakim terdiam seketika memikirkan apa yang dikatakan oleh Daniel. Tiba-tiba, dia teringat akan kesalahan yang telah dilakukannya selama ini terutama kepada ibunya. Dia berazam untuk berubah.

‘Ya, aku mesti berubah! Aku mesti jadi pelajar yang cemerlang seperti apa yang ibu dan arwah ayah inginkan.’ Bisik hati kecilnya.



“Qalesya, Kamal. Wait a minute!” Jerit Hakim. Qalesya dan Kamal berhenti apabila mendengar nama mereka dipanggil.

“You nak apa lagi dari kita orang, hah! Tengking Kamal tiba-tiba. Dia masih geram dengan tindakan Hakim. Qalesya seperti biasa, hanya diam sambil menundukkan mukanya ke bawah.

“Qalesya, Kamal.. Actually, I nak minta maaf dengan you pasal hal yang berlaku dua hari lepas. I sedar, yang I salah. I betul-betul dah berubah sekarang ni. Apa yang I boleh lakukan untuk you, supaya you boleh maafkan I?” Rayu Hakim. Qalesya mula mengangkat mukanya untuk memandang tepat ke arah wajah Hakim. Lalu memandang Kamal. Kamal juga memandang Qalesya. Mereka berdua terkejut. Kemudian, menganggukkan kepala mereka.

Okay, kita orang maafkan you.” Jawab Kamal tersenyum. Qalesya juga tersenyum.

“Mustahil begitu mudah, you nak maafkan I. Takkan tak ada benda yang you nak I lakukan untuk you?” Hakim terkejut dengan jawapan yang diberikan oleh Kamal. Belum sempat Kamal menjawab, Qalesya terlebih dahulu bersuara.

“Hakim, see you di IPT.” Qalesya dan Kamal tersenyum. Mereka mula beredar  meninggalkan Kamal sendirian di situ.

“What?”  Hakim masih kurang faham dengan apa yang dikatakan oleh Qalesya.

“See you di IPT.” Kini, giliran Kamal pula bersuara kemudian beredar dari situ. Tanpa mereka sedari, ada sepasang mata sedang memerhatikan perbualan mereka.


“Daniel, aku ada berita untuk kau! Mesti kau terkejut.” Terang Adam dengan tercungap-cungap kerana kepenatan berlari mencari Daniel.

“What news you want to tell me?” Daniel berasa pelik.

“Tadi, aku on the way nak ke kantin. Tapi berhenti sekejap, sebab aku ada nampak Hakim jumpa dengan Qalesya dan si Kamal tu.” Jawab Adam dengan jelas.

“So, apa kena mengena ‘budak hingusan’  tu dengan aku?” Kemarahan Daniel tiba-tiba memuncak apabila mendengar Adam menyebut nama Hakim.

“Memang tak ada kena-mengena dengan kau. Tadi, si Hakim ‘budak hingusan’ tu jumpa Qalesya dan Kamal sebab nak minta maaf atas kesalahannya. Then, kau nak tahu apa si Qalesya dan Kamal tu jawab?” Tanya Adam lagi. Daniel menganggukkan kepalanya.

“See you di IPT.” Jawab Adam.

“Oh, tak hairanlah aku! Si Hakim tu kan sekelas dengan kita. Mustahil lah!” Daniel beredar meninggalkan Adam yang masih terpinga-pinga. Adam mengangkat bahu lalu mengikut langkah Daniel dari belakang.


“Assalamualaikum.. Ibu.. Oh, ibu.” Hakim memberi salam sambil mengetuk pintu rumahnya.

“Waalaikumsalam...” Jawab ibu Hakim, membuka pintu rumah sambil batuk perlahan dan menahan dadanya. Ibunya terkejut dengan sikap Hakim, kerana anaknya tidak pernah pun memberi salam apabila pulang ke rumah. Kalau pulang ke rumahpun, seminggu sekali. Hakim masuk ke dalam rumah, dan menyalam tangan ibunya.

“Ibu, Hakim nak minta maaf dengan ibu atas semua kesalahan yang pernah Hakim lakukan kat ibu. Hakim tahu, Hakim bukan anak yang baik. Ibu mahu maafkan Hakim, kan?” Hakim masih belum melepaskan tangan ibunya dari tangannya. Kemudian melutut di hadapan ibunya.

‘Apa kena dengan anak aku ni? Tak apalah, mungkin dia dah berubah. Terima kasih, Ya Allah kerana Engkau telah membuka pintu hati anakku untuk berubah.’ Bisik hati kecil ibunya. Tanpa dia sedari, air matanya telah mengalir perlahan. Ibu Hakim terduduk sambil tangannya menahan dadanya yang terasa sakit. Hakim terkejut lantas memapah ibunya duduk di bangku yang berdekatan dengan mereka. Setelah duduk, Hakim membuka bicara.

“Ibu.. Ibu, kenapa? Ibu tak sukakah dengan perubahan Hakim? Ibu sakit, kah?” Tanya Hakim cemas. Matanya mula berkaca. Dia tidak pernah melihat ibunya sebegitu rupa. Ibunya tersenyum.

“Tak, sayang. Hakim tak salah apapun.. Ibu dah lama maafkan Hakim.. Ibu suka sangat Hakim dah berubah. Kalau ibu dah tak ada di dunia ni lagi, ingat pesan ibu. Belajar rajin-rajin agar Hakim berjaya. Hanya pelajaran yang mampu mengubah kehidupan kita. Janji dengan ibu, ya sayang?” Suara ibunya terketar-ketar, menahan kesakitan yang sedang di alaminya.

Hakim terkejut kerana sebelum ini, ibunya tidak pernah sakit seperti ini. Kaca di matanya tidak dapat ditampung lagi, lalu pecah berkecai mengeluarkan air jernih yang mengalir deras di pipi. Macam mana dia nak tahu tentang ibunya di rumah, pulang ke rumahpun seminggu sekali. Kalau pulang pun, waktu tengah malam. Entah apa yang dilakukannya di luar sana, tiada siapa yang tahu.

“Ibu, jangan cakap macam tu. Hakim tahu yang..” Belum sempat Hakim menghabiskan kata-katanya, ibu yang berada di sebelahnya sudah tidak bernyawa lagi. Hakim meraung memanggil ibunya, tetapi semuanya telah terlambat. Hakim menangis semahu-mahunya.

“Ibu, kenapa ibu tinggalkan Hakim di saat Hakim perlukan ibu? Dulu, ayah tinggalkan Hakim, sekarang? Ibu pula! Lepas ni, dengan siapa Hakim nak bergantung hidup? Ibuuuuu!!!!!” Jerit Hakim sambil menangis teresak-esak.


Di sekolah, berita tentang kematian ibu Hakim telah tersebar luas. Qalesya dan Kamal terkejut dengan apa yang mereka dengar. Begitu juga dengan Izwan, Amir dan Haiqal serta Daniel dan Adam. Selepas waktu persekolahan tamat, mereka semua pergi ke rumah Hakim, kecuali Daniel dan Adam.

“Assalamualaikum.. Hakim..” Kamal memberi salam, diikuti dengan rakan-rakannnya yang lain. Hakim muncul di depan pintu, lalu menyambut salam mereka dan menjemput mereka masuk ke dalam.
Keadaan menjadi senyap seketika.

“Sabar ya, Hakim. Banyakkan berdoa, semoga rohnya bersemadi dengan aman disana.” Suara Cikgu Hamzah memecahkan kesunyian di ruang tamu itu. Hakim hanya mampu menganggukkan kepalanya sahaja.

“Cikgu tahu, masalah yang sedang kamu hadapi sekarang. Jadi, cikgu bercadang nak ajak kamu tinggal dengan cikgu sehingga kamu berjaya melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi lagi. Cikgu harap kamu tidak menolaknya.” Sambung Cikgu Hamzah. Hakim terkejut dengan pelawaan Cikgu Hamzah. Semua yang ada disitu memandang ke arah Cikgu Hamzah dan Hakim. Tiada yang menyangka bahawa Cikgu Hamzah yang segarang singa pada luaran, ternyata sangat lembut hatinya.

“Tapi cikgu, saya seganlah. Selama ni pun, saya dah banyak menyusahkan cikgu kat sekolah. Kalau saya tinggal dengan cikgu, rumah ni siapa yang nak jaga? Lagipun saya dah tak ada keluarga lain lagi untuk jenguk-jengukkan rumah ni. ” Jawab Hakim perlahan tetapi masih boleh didengar butir pembicaraannya.

“Hakim, cikgu faham perasaan kamu. Tapi, kamu tidak boleh terus-menerus bersedih seperti ini. Apa yang dah berlalu, biarkan berlalu. Apa yang penting, kamu mesti bangun dari mimpi buruk ni. Cikgu tak cakap, lepas kamu tinggal dengan cikgu, kamu tak boleh datang kat rumah ni lagi, kan? Ingat, Hakim! Tak lama lagi, SPM. Cikgu tak nak, pelajaran kamu terganggu. Kamu mesti tunaikan harapan arwah ayah dan ibu kamu untuk melihat kamu berjaya.” Terang Cikgu Hamzah panjang lebar. Hakim terharu dengan apa yang dikatakan oleh Cikgu Hamzah sehingga dia tidak sedar waktu bila air matanya mengalir.


Masa berlalu dengan begitu pantas. Hakim kini tinggal bersama Cikgu Hamzah, dan Cikgu Hamzah juga telah menganggapnya seperti anak sendiri sehinggakan Cikgu Hamzah mahu Hakim memanggilnya dengan panggilan ayah. Peperiksaan SPM yang mendebarkan juga sudah berlalu. Yang tinggal hanyalah menunggu keputusan, dengan penuh debaran. Hakim juga berdebar menunggu keputusannya, tetapi dia tidak berharap setinggi gunung kerana dia tahu, dia tidak sebijak Qalesya, Kamal, Izwan, Amir dan Haiqal.

 “Ayah, bila Hakim dah dapat keputusan SPM nanti, Hakim nak tinggal di rumah Hakim yang dulu, boleh? Sebab Hakim tak nak menyusahkan ayah lagi. Hakim dah banyak terhutang budi dengan ayah.” Hakim meluahkan apa yang telah lama terbuku di ruang hatinya pada ayah, iaitu Cikgu Hamzah ketika mereka berada di ruang tamu rumah Cikgu Hamzah. Cikgu Hamzah terkejut dengan apa yang dikatakan oleh Hakim. 

Setelah lama berfikir, Cikgu Hamzah bersuara.

“Baiklah, kalau itu yang Hakim mahu. Tapi, kalau Hakim dapat keputusan yang cemerlang, jangan pernah melarang ayah untuk membiayai kos pembelajaran Hakim. Muktamad!” Balas Cikgu Hamzah. Hakim tahu, dia tidak dapat mengubah keputusan yang telah dibuat oleh ayah itu.

“Tapi, yah.. Hakim tak pasti sama ada Hakim akan mendapat keputusan yang cemerlang ataupun tidak.” Cikgu Hamzah berpaling ke arah Hakim.

“Kenapa Hakim cepat mengalah sebelum mengetahui perkara yang sebenar?” Hakim terdiam. Dia tidak tahu hendak balas apa.


Hari yang mendebarkan itu tiba juga. Semua pelajar lepasan tingkatan 5 berada di sekolah untuk mengetahui keputusan SPM masing-masing. Qalesya dan Kamal mundar-mandir seperti orang hilang akal menunggu keputusan mereka. Tiba-tiba, Izwan  dan rakan-rakannya muncul.

“Lesya, boleh saya bercakap dengan awak? Berdua?” Qalesya dan Kamal berhenti mundar-mandir. Qalesya terkejut dan tertanya-tanya apa yang hendak disampaikan oleh Izwan. Setelah Qalesya memberi isyarat pada Kamal, diapun berlalu dari situ bersama-sama dengan Amir dan Haiqal. Jantung Qalesya jadi tak menentu apabila bertentang mata dengan mata Izwan, tetapi cepat-cepat mengalihkan pandangannya ke arah lain. Sebenarnya, Qalesya juga meyimpan perasaan terhadap Izwan.

“Awak nak cakap apa dengan saya?” Tanya Qalesya berdebar. Berdebar menanti keputusan dan berdebar untuk mengetahui apa yang ingin dikatakan oleh Izwan.

“Saya suka awak. Saya tahu, awak takkan terima..” Belum sempat Izwan menghabiskan kata-katanya, Qalesya bersuara.

“See you di IPT. Kalau kita berlainan institut, jangan risau. Kalau Allah dah catatkan yang kita jodoh, takkan ke mana.” Jawab Qalesya dengan selamba badaknya. Muka menjadi merah tiba-tiba. Izwan tersenyum.

‘Alamak, apa yang aku cakap ni? Kenapalah aku terlepas cakap macam ni. Malunya!’ Bisik hati Qalesya.

“Okay, fine!” Jawab Izwan ringkas, dan berlalu dari situ sambil bibirnya tidak putus menguntumkan senyuman. Begitu juga dengan Qalesya. Kemudian, Kamal datang ke arah Qalesya dengan senyuman.

“Hamboi! Baru jumpa buah hati pengarang jantung, ke?” Merah padam muka Qalesya yang putih dibuatnya.

“Apa yang awak merepek ni? Tak adalah. Jom, kita ambil slip keputusan.” Qalesya cuba mengubah topik, dan beredar dari situ meninggalkan Kamal yang masih tersenyum sendirian.

“Alhamdulillah, I dapat straight  A’s. You?” Tanya Kamal ke Qalesya setelah mereka tiba di sebuah bilik untuk mengambil keputusan SPM masing-masing. Qalesya tersenyum dan menganggukkan kepalanya. Bibirnya tidak putus-putus mengucap syukur. Bersyukur dapat straight A’s dan dapat jumpa Izwan. Yalah tu! Semasa mereka hendak menuju ke kantin, mereka terserempak dengan Izwan dan rakan-rakannya, Amir dan Haiqal. Setelah bertanya keputusan masing-masing, semua tersenyum gembira kerana mendapat keputusan yang cemerlang. Tiba-tiba, Izwan ternampak Hakim sendirian di kantin.

“Eh, itu kan Hakim! Jom, kita tanya keputusannya.” Cadang Izwan.

“Jom!” Jawab Amir. Mereka beramai-ramai menuju ke kantin. Idea gila Amir muncul. Dengan segera, dia memperlahankan langkahnya  menuju ke arah Hakim untukmengejutkannya. Belum sempat Amir hendak mengejutkannya, Hakim bersuara.

“Amir.. I know what you want to do! Amir terkejut. Izwan dan yang lain ketawa terbahak-bahak.

“How did you know?” Tanya Amir hairan. Amir lupa bahawa di kantin itu ada cermin. Melalui cermin itulah, Hakim melihat gerak-geri Amir. Hakim hanya tersenyum.

‘Pelik Bin Ajaib’ Bisik hati Amir.

“Keputusan you all macam mana, okey?” Tanya Hakim sambil membuat mimik muka kecewa.

“Alhamdulillah, result  kita orang cemerlang. You? Tanya Qalesya seusai menjawab soalan Hakim kepada mereka. Setelah lama berdiam diri tanpa sepatah kata, Qalesya dan yang lain faham yang keputusan Hakim tidak memberangsangkan. Tiba-tiba, Hakim tersenyum dan menjerit.

“I got straight A’s too. Alhamdulillah!” Jawab Hakim menjerit. Mereka yang lain terkejut sambil mengurut dada masing-masing.

Kamal  berasa geram. “Hey Hakim, kalau ya pun you nak buat drama, tak payahlah sampai nak buat jantung kita orang ni tercabut. Kat kedai mana ada jual skru yang khas untuk jantung!” Kamal mencebik bibir. Geram benar dia dengan Hakim. Yang lain, apa lagi? Ketawalah apabila mendengar apa yang dikatakan oleh Kamal.

“Sebenarnya I pun tak sangka yang I akan dapat keputusan ni. Qalesya, thanks!” Hakim buat muka sedih lagi. Nak buat drama lagi lah tu!

“Thanks? Untuk apa?” Qalesya masih kurang faham dengan apa yang dikatakan oleh Hakim.

“Masih ingat apa yang awak cakap? ‘See you di IPT’?” Tanya Hakim. Qalesya mengangguk. Yang lain hanya berdiam diri. Mahu menyampuk, tak sopan pulak, kan.

“You tahu, setiap masa I belajar bersungguh-sungguh agar dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi untuk tunaikan harapan arwah ibu dan arwah ayah I. Dan, berharap agar you maafkan kesilapan I.”

“Oh, pasal tu, welcome.. Sebenarnya, saya cakap macam tu untuk menaikkan semangat awak supaya awak belajar bersungguh-sungguh lepas awak cakap awak dah berubah.” Qalesya tersenyum. Rakan-rakannya yang lain juga turut tersenyum. Tiba-tiba, datang Daniel dan Adam ke tempat di mana mereka duduk.

“Hakim, aku dan Adam nak minta maaf atas kesalahan yang kita orang pernah buat kat awak. Awak nak maafkan kami, kan?” Tanya Daniel sambil melutut di kakinya.  Adam juga melutut di kaki Hakim

“Guys, I dah lama maafkan you.” Jawab Hakim dengan senang hati.

“Jadi, boleh kita jadi kawan seperti dulu?” Giliran Adam pula bertanya. Hakim hanya menganggukkan kepalanya dan tersenyum.

“Qalesya, Kamal, Izwan, Haiqal and Amir..  Kami juga nak minta maaf dengan korang semua atas kesalahan yang pernah kita orang buat kat korang. Korang sudikan, maafkan kita orang?” Tanya Adam lagi. Mereka semua mengangguk dan tersenyum.

“So, Adam.. Daniel.. Result, macam mana? Tanya Izwan. Adam dan Daniel berpandangan antara satu sama lain. Mimik muka mereka kelihatan sedih.

“Worst!” Jawab Adam dan Daniel serentak. Kamal dan yang lain  diam dan tidak tahu mahu cakap apa. Mungkin itu balasan untuk mereka.

Tiba-tiba, Hakim melihat bayangan arwah ayah dan arwah ibunya sedang tersenyum di hadapannya. Hakim juga tersenyum memandang mereka, sambil hati kecilnya berkata-kata. ‘Ibu.. Ayah.. Hakim dah berjaya dapatkan keputusan yang cemerlang. Hakim akan berusaha untuk mendapatkan segulung ijazah, demi ibu dan ayah. Hakim janji. Tolong doakan untuk Hakim.’

                                                                 -TAMAT-