31 Dis 2012

Beautiful Moments

Assalamualaikum.

Tak lama lagi kita akan melangkah ke lembaran baru, 2013. Banyak perkara pada tahun 2012 yang mengajar aku erti kehidupan. Ya, walaupun aku masih terlalu mentah untuk memahami nya, tapi aku cuba untuk memahami. Masa berlalu begitu pantas sehingga memaksa aku untuk membuka langkah yang besar agar dapat jalan beriringan sama dengan kepantasan masa. 2013, tahun di mana aku menghadapi peperiksaan kedua terbesar selepas UPSR, iaitu PMR. Jadi, sebelum tibanya 1 Januari 2013, aku akan kongsi saat-saat indah yang aku tempuhi pada tahun 2012.

Saat indah di mana aku dan adik perempuanku, Siti telah pun khatam Al-Quran pada tahun baru mengikut kalendar Islam, Maal Hijrah. Alhamdulillah. Jadi, majlis Khatam Al-Quran itu telah dibuat di kampung, buat kali kedua nya untuk merasmikan yang kami telahpun khatam. Gambar-gambar yang aku kongsi ni adalah persiapan beberapa minit menunggu ustaz sebelum bermulanya majlis Khatam Al-Quran di kampung Balung Kokos (kampung sebelah umi) mengikut adat suku kaum Melayu Kokos. Bukan majlis Khatam Al-Quran saja yang berlangsung, tapi ada lagi iaitu majlis Aqiqah adik sepupuku, Azeri dan doa selamat bersunat adik sepupuku, abang pada Azeri iaitu Farhan dan sepupu ku, Razley.


My cousin and me. I'm used peach colour.

Comelka senyuman Azeri ni ?

Free-hair tu cousin yang sebaya dengan aku. Sebelahnya, makcik aku, nenek pada cousin free-hair aku. Depannya, makcik aku, kakak sulung pada makcik aku. Dan yang paling depan, adalah nenek aku, emak pada makcik-makcik aku.

Baju peach tu orang yang paling aku hormat dan sayang, iaitu umi. Umi  nervous ka tu ?

Kalau yang ni, persiapan sehari sebelum majlis berlangsung.


Bunga telur ni diberikan pada tetamu yang datang.

Persiapan untuk aqiqah Azeri.

OK, gambar yang ni keluar topik kejap! Aku snap ni sebab happy. Happy sebab belum ada monyet yang datang untuk makan buah ni, haha. Di kampung, monyet memang ber-maharajalela. Banyak tak terkira bilangan haiwan tu !



 Sebenarnya, banyak lagi buahnya. Tapi, aku pilih kelompok yang ni.



Yang ni pulak, gambar sepasang kembar. Ya, they were my cousin too.

Baju oren, kakak. Baju pink, adik.

Gambar-gambar yang ni pulak, malam sebelum berlangsungnya 3 majlis dalam 1 hari tu. Malam di mana kawan-kawan kompang atukku main kompang di rumah.

Gembiranya mereka.










Ini lah atukku.

Waktu mereka berebut kutip duit. Adat Melayu Kokos memang macam ni. Kata kawan abah yang pernah datang kampung, 'hujan duit'.

Tempat kami berkhatam. Yang ada sejadah tu tempat ustaz duduk. Aku sebagai kakak duduk sebelah kanan, dan Siti sebagai adik duduk sebelah kiri.

Perempuan sebelah kiri tu, Siti. 2 lelaki baju peach tu, adik beradik. Yang tak pegang kompang, abang. Namanya Farhan. Yang pegang kompang pulak namanya Adzam. Lelaki baju oren, Razley. Perempuan sebelah kiri, aku. Tembamnya dah aku ! -,-

Kesiannya, Azeri ! Menangis pulak waktu digunting rambutnya.

Lepas bergunting rambut, Azeri dah tak nangis lagi ! Yeaa.. Dia ni adik bongsu pada Farhan dan Adzam.


Uh, lenguh jari jemari ni menaip! Tapi happy sebab taip dengan penuh perasaan. Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar semasa majlis ni berlangsung walaupun ada 'manusia hipokrit' yang tak puas hati. Aku hanya mampu berdoa untuk mereka, supaya berubah. Sebenarnya, masih banyak yang aku mahu kongsikan bersama tapi cukuplah setakat ini saja.

P/S : Doakan Nurhidayu Bat dapat 8A PMR, amin..

1 ulasan:

  1. Nice:-) ayu gambar terakhir azery mcm ada muka dikenal background azery;-)

    BalasPadam