25 Jan 2013

Adakah ini cinta?

Assalamualaikum.

Sekarang ni bulan Januari tahun 2013. Kali pertama aku buat entri di tahun baru. Dan semestinya, dengan cerita yang baru. Ya, sudah semestinya.
Tahun ni aku akan menjadi mangsa atau lebih enak disebut dan didengar sebagai calon PMR yang terakhir. Jadi, kena berusaha lebih gigih. Sesiapa yang menghadapi PMR tahun ni, fighting!

Sebenarnya, bukan itu yang aku mahu cerita. Tapi, berkenaan dengan aku. Perasaan aku terhadap seorang makhluk ciptaan-Nya. Cewah, ayatku !







Namanya _____ . Satu sekolah dengan aku. Aku pun tak tahu macam mana aku boleh terjatuh minat dengan dia. Tapi alhamdulillah. Masih tahap 'minat' bukan tahap 'CINTA', Mungkin, haha ! Sebenarnya, aku sudah lupa dan padam semua yang berkaitan dengan dia di kepala otakku tapi kawan rapatku balik-balik sebut namanya. Aku sendiri pun naik menyampah. Menayampah atau minat? :\

Tak apa lah. Kalau jodoh, tak kemana pun.



Betul, kan? Buat apa mahu risau, kalau dia memang yang terbaik untuk kita, pasti akan bertemu kembali walaupun berpisah sampai hujung dunia. Hmm.. Tapi, aku takkan biarkan semua tu ganggu pelajaranku.. Btw, semenjak akhir-akhir ni, aku rasa aku ada peminat misteri dalam kelas. Macam mana aku boleh tahu? Sebab dia selalu perhatikan aku. Truely! Namanya _____. Complicated, right? -_-

P/S : Entri ni memberikan aku ilham untuk buat cerpen tebaru, bertajuk 'Adakah ini cinta?' Nantikan kemunculannnya di blog ni.




 Laugh with your eyes, hug with your soul, and smile with your heart.

Assalamualaikum, selamat petang ;D

2 ulasan: