7 Mac 2014

Hati-hati apabila bergurau

Hati-hati apabila bergurau. Sebab apa? Sesetengah perkara boleh hancur hanya dengan bergurau. Sebagai contoh, mungkin persahabatan yang bertahun-tahun lamanya boleh hancur dengan gurauan. Mungkin perasaan sayang boleh bertukar menjadi benci dan dendam disebabkan gurauan. Begitu juga dengan hubungan antara ahli keluarga yang lain. Tidak semua perkara boleh dianggap sebagai gurauan. Mungkin bagi diri orang yang mengucapkan atau melakukan gurauan menganggap itu sebagai satu gurauan, jenaka dan benda yang remeh-temeh. Tapi tidak bagi pihak yang mendengar gurauan a.k.a orang yang terkena gurauan tersebut. Ingat itu. Seseorang boleh memaafkan perbuatan yang telah dilakukan oleh orang lain tapi tidak mungkin dapat melupakan perbuatan yang telah dilakukan oleh orang tersebut.

5 Mac 2014

Terbang dibawa angin

Perasaan aku hilang berterbangan di angkasa. Terbang dibawa angin. Seolah-olah terkunci untuk ada 'different feeling' dengan seseorang sekarang. Biarpun aku ada banyak kawan lelaki, puji lelaki itu comel lelaki ini hensem tapi sebenarnya aku langsung tidak berminat untuk tahu. Entah lah. Susah untuk diterangkan.
Tipu kalau aku cakap aku langsung tidak mahu rasa 'different feeling' itu.
Tapi buat masa sekarang ni, biarlah 'different feeling' itu pergi jauh dari aku dan terbang setinggi langit sampai penat. Bila tiba masanya nanti, 'different feeling' itu pasti akan datang balik bersama angin yang membawanya pergi sebelum ini.