6 Feb 2013

IMPIAN DAN CITA-CITA

Assalamualaikum.


Setiap kali hari Rabu, mesti ada Kokum, kan. Kelab yang aku pilih untuk tahun 2013 ni Bimbingan dan Kerjaya. OK. Let me share something about Bimbingan dan Kerjaya. Kongsi apa yang kami bincang tadi.

Tadi, ada perjumpaan BDK. Bincang pasal 'IMPIAN DAN CITA-CITA'. Hah! Apa beza impian dan cita-cita? Nampak sama tapi bukan dia. Impian maksudnya apa yang kita mau miliki pada masa akan datang dan cita-cita bermaksud apa pekerjaan yang kita ingin kecapi pada masa akan datang. Jadi, lepas pengerusi pot pet pot pet terang di depan apa yang patut, tibalah giliran pelajar 'bertuah' yang akan dipilih untuk tampil ke hadapan dan bagitau kami semua dan guru-guru bimbingan apa impian dan cita-cita nya. Waktu disuruh tampil ke hadapan tu, pelbagai reaksi yang aku nampak. Tapi, banyaklah ilmu hari ni yang aku dapat. Bak kata guru kesayanganku, cikgu Nuwairani, 'kalau mahu berjaya, kita kena berusaha dan berusaha.'

Ringkas tapi berilmu.