9 Sep 2012

Bab 2


Setibanya di rumah, aku terus meluru ke bilik setelah memastikan pintu rumah dan pagar dikunci kerana aku adalah orang terakhir yang masuk ke dalam rumah. Arrgh! Penatnya aku rasa hari ni. Bla, bla, bla… Hatiku terus membebel, dan membebel seperti mak nenek sambil kakiku berjalan menaiki tangga untuk ke tingkat atas.
Aku memulas tombol pintu bilikku. Pintu dikuak perlahan. Aku masuk ke dalam bilik yang berwarna pink soft itu, lalu ku tutup semula pintu bilik itu perlahan-lahan. Aku menuju ke katil lalu duduk di situ.
“Tak lama lagi birthday Eza. Apa aku nak belikan untuknya nanti? Lebih baik aku belikan dia baju. Ya, belikan Ezani baju. Kalau saiz, lebih kurang macam saiz aku je. Tapi dia suka style yang macam mana? Lantaklah. Itu aku fikir kemudian.”
Tok! Tok! Tok! Pintu bilikku diketuk. Mesti mama! Kalau Mirah yang ketuk pintu, sampai esok tak berhenti kalau bukan aku yang tolong bukakan pintu. Kalau papa ketuk pintu pula, mesti akan panggil namaku.
 “Ya, ma. Masuklah.” Aku duduk tegak, bersedia menantikan ketibaan mama masuk ke dalam bilik. Mama memandang tepat ke arahku. Kemudian, mengalihkan pandangannya ke setiap penjuru di dalam bilikku.
“Alya bercakap dengan siapa tadi?” Tanya mama sambil menunjukkan mimik muka yang pelik. Mama masuk ke dalam bilik lalu melabuhkan punggungnya di atas katil.
“Mana ada cakap dengan sesiapa. Sebenarnya Alya tengah fikir nak belikan apa untuk birthday Eza nanti. Kenapa, ma? Macam mana mama tahu yang Alya bercakap tadi?” Aku menanyakan mama soalan sekali jalan sahaja tanpa menekan pedal brek.
“Kalau ya pun tengah berfikir, tak payahlah nak bercakap kuat sangat, sampai satu Malaysia ni dengar.” Jawab mama yang berselitkan sedikit sindiran dan perangai loyar buruknya yang tak pernah nak hilang.
“Mama ni, loyar buruklah pula, Alya serius ni.” Aku mencebik bibir.
“Tadi mama lalu depan bilik kamu, jadi mama dengarlah kamu bercakap. Hah! Kalau pasal kawan kamu si Ezani tu, mama rasa lebih baik kamu belikan dia baju atau apa-apa yang dia suka.” Sambung mama lagi tanpa mempedulikan apa yang diperkatakan olehku tadi.
“Bagus juga idea mama. Apa yang mama cakap tu, memang tulah yang Alya tengah fikir tadi tu.” Aku memetik jari ke arah mama kerana apa yang aku fikir rupanya sama dengan apa yang mama fikir.
“Biasalah tu. Bak kata pepatah orang putih, like mother like daughter, hahaha.” Mama ketawa  sambil memandang ke arahku.
“Yalah tu, ma.” Mama ni kalau bab-bab orang putih memang mahir. Maklumlah, English teacher.
“Hah! Mirah, kalau bercakap, suara tu perlahan sikit. Adik kamu  tu tengah tidur.” Rupanya suaraku tadi hampir menganggu tidur Mirah.
“Oh, yakah ma? Sorry lah, Alya tak tahu. Tapi nasib baik mama masuk dalam bilik Alya. Kalau tak, mungkin dah bangun budak tu, kan ma?” Aku rasa bersalah terhadap Mirah. Kasihan dia.
“Tahu pun. Okeylah, kamu berehatlah dulu ya. Mama nak ke dapur ni, nak masak.” Mama bangun lalu meninggalkan aku sendirian di dalam bilik. Aku hanya memandang mama keluar dari bilikku tanpa sepatah perkataan.
“Kasian budak tu. Tak apalah, nanti kalau dia dah bangun, aku minta maaf dengan dia.” Aku memandang ke arah telefon bimbit yang terletak di atas meja belajar.
 Tanpa membuang masa, aku bangun lalu menuju ke meja belajar yang terletak di penjuru bilik untuk mengambil telefon bimbit. Aku mencari nama Eza lalu kudail.
“Hello, assalamualaikum. Eza, petang ni kita jumpa di Extra Shop jam 4:40 petang, ya. Jangan lupa” Aku menuju semula ke katil lalu duduk.
“Hello, waalaikumsalam. Okey Cik Alya, jangan risau. Saya akan ingat.” Kedengaran suara Ezani di hujung talian.
“Kalau macam tu, okeylah. Saya nak berehat dulu, bye.” Aku mengakhiri perbualan kami di situ kerana takut menganggu masa lapang Eza pula.
“Oh, okey. Bye.” Perbualan kami berhenti setakat itu sahaja.
Aku mula baring di atas katil sambil memerhatikan kipas yang sedang berputar dengan lajunya di siling itu. Aku mula berfikir, alangkah seronoknya kalau aku jadi seperti Ezani. Yalah, ada kelebihan yang tak semua orang ada iaitu dapat dengar apa yang dikatakan oleh orang lain di dalam hati. Buktinya, dia tahu yang aku cakap ‘keluarga si daun’ dalam hati tadi kat bus stop sekolah.  
Tapi tak apalah. Aku bersyukur dengan apa yang Allah kurniakan pada aku sekarang. Lagipun mama ada pesan dengan aku setiap orang ada kelebihan dan kelemahan sendiri.
“Mengantuknya!!” Aku sedikit menjerit.
“Alya! Jangan bising, adik kamu tengah tidur tu.” Aku menutup mulut. Alamak, aku terlupa lah pula yang adikku sedang tidur. Entah macam mana mama boleh dengar suaraku, padahal dapur dengan bilikku jauh. Dapur di tingkat bawah, bilikku pula di tingkat atas. Mungkin kebetulan mama lalu di depan bilikku tadi.
“Ya, ma. Sorry. Alya lupa.” Aku lantas melirikkan mataku ke arah jam penggera. Jam menunjukkan pukul 3.30 petang.  Masih ada masa untuk tidur sekejap. Aku mengambil jam penggera yang berbentuk Doreamon itu.
Lebih baik aku setkan dulu jam ni ke pukul 4:00 petang. jadi taklah kelam-kabut aku dibuatnya.” Alya mula setkan jam tersebut ke pukul 4:00 petang.
Aku meletakkan balik jam tersebut ke tempat asal dimana aku mengambilnya tadi, lalu aku memandang semula ke arah kipas siling yang sedang berputar dengan lajunya sehingga membuatkan mataku terlelap.
**********
Krrrrinnngggggg!!!
Alamak, dah jam 4:05 petang! Macam mana aku boleh terlepas dengar ni. Aku bangkit dari katil kemudian mencapai tuala yang terletak di kerusi belajar, lalu bergegas ke bilik mandi. Nasib baik bilik mandi hanya di hadapan bilikku. Kalau tidak, lambatlah aku nak sampai ke destinasi yang dituju.
Setelah selesai mandi, aku memakai T-shirt berlengan panjang berwarna biru muda, dan memakai seluar jeans  yang berwarna putih. Selesai memakai bedak, aku mengambil tudung ekspress berwarna biru putih yang bercorakkan polkadot. Kemudian, aku mencalitkan sedikit minyak wangi One Drop ke tangan, baju dan tudungku. Yes, Siap!
Aku turun ke tingkat bawah.
“Ma, boleh tak tolong hantarkan Alya pergi Extra Shop? Please..” Mana mama ni?
“Kejap! Mama tengah bersiap ni.” Kedengaran suara mama dari tingkat atas.
“Ya, ma. Alya tunggu di ruang tamu.” Ringkas aku memberi jawapan kerana tidak mahu menganggu mama bersiap.
Tidak lama kemudian, mama turun dari tingkat atas. Aku yang sedang asyik menonton televisyen, terus memandang  ke arah mama apabila mendengar bunyi tapak kaki  seseorang yang turun dari tangga. Seperti ada kuasa magnet yang menarikku agar memandang ke arah mama.
 “Wah, lawanya mama hari ni!  Bila mama mandi? Alya tak perasan pun. Oh ya, mama nak pergi mana? Alya tak pernah pun nampak mama pakai macam ni kalau  sekadar nak hantar atau jemput Alya je.” Bertubi-tubi soalan yang aku kemukakan ke mama. Aku terkesima seketika apabila melihat mama.
“Ewah! Ewah! Macam mana kamu nak perasan, kan tadi kamu tidur. Adik kamu tu pun dah bersiap-siap kat atas tu. Kamu ni, Alya.. Takkanlah mama nak pakai cantik macam ni kalau sekadar nak hantar kamu je, kan. Mama pun nak pergi shopping jugak. Takkan kamu je.”  Mama tersenyum. Aku terkejut.
“Jadi kalau mama pun pergi shopping, Amirah macam mana, ma?” Aku mula berasa risau. Risau sebab dia nak pergi belajar di rumah Fatiha. Bila dia pulang dari rumah Fatiha, takkan dia sendiri je tinggal di rumah? Aku risau akan terjadi perkara yang tidak diingini sewaktu Amirah berada  di rumah sendirian.  Walaupun kadang-kadang kami selalu bertengkar, tapi aku tetap sayang dengan dia.
“Oh, pasal tu Alya jangan risau.  Fatiha sekeluarga balik kampong tadi, jadi cancel lah. Sebab tu mama dan Amirah nak pergi beli barang dapur yang dah habis.“ Mama tersenyum. Tiba-tiba Amirah turun dari tingkat atas.
“Hai, kak Alya! Cuba tengok gaun Mirah, cantikkan?” Aku memandang gaun yang dipakai oleh Amirah.
“Ya, comel. Ermm.. Mirah, akak nak minta maaf dengan Mirah sebab ganggu tidur Mirah tadi.” Amirah pergi ke rak kasut, lalu mangambil kasut tumit tingginya.
“Ok, Mirah maafkan. Akak jangan risau, ye. Lagipun mama dah cerita pun tadi kat Mirah.” Aku berasa lega.  Mirah keluar lalu duduk di ayunan sambil melihat mama membuka pagar.
Aku segera ke dapur untuk memastikan tiada api yang sedang menyala di dapur gas. Kemudian ke ruang tamu untuk mematikan televisyen yang aku hidupkan tadi. Aku segera ke rak kasut lalu mengambil kasut wedges kesayangku.
Tiiiitt! Tiiiitt! Bunyi hon kereta mama kedengaran.
Bertuah punya budak! Rupanya dia dah ada dalam kereta. Aku segera  mematikan kipas di ruang tamu, kemudian mengambil kunci yang terletak di atas rak kasut. Aku memakai kasut wedges lalu bergegas ke kereta setelah mengunci pintu rumah dan pagar.
“Alya, kalau dah habis shopping tu, jangan lupa call mama, okey. Nanti mama datang jemput. Jangan ikut dan bercakap dengan orang yang  Alya tak kenal.  Faham?
“Ya. Alya faham, mamaku sayang.” Aku sangat faham apa yang mama cakap.
**********

Telefonku berdering. Nama Eza tertera di skrin telefonku.
Hello, assalamualaikum. Alya, awak dah sampai kat Extra Shop?” Kedengaran suara Eza dari hujung talian.
Hello, waalaikumsalam. Ya, saya dah sampai kat sini. Awak kat mana? Tak nampak pun batang hidung awak kat sini.” Tanyaku sambil mata ligat memerhatikan baju-baju yang ada di situ.
“Oh, ya kah? Sorrylah, saya mungkin lambat sikit sebab sekarang saya ni kat kedai buku yang ada di sebelah Extra Shop tu. Saya nak beli buku rujukan sikit, then baru saya ke sana. Maaf ya, Alya.” Terang Eza panjang lebar.
“Oh, tak pe. Yang penting awak datang, saya tunggu. Okey lah, bye.” Perbualan kami tamat sampai di situ sahaja.
“Okey, bye.” Balas Eza.
Sebenarnya aku bawa Eza ke Extra Shop ni bukan suka-suka. Tapi untuk belikan dia hadiah, sebab tak lama lagi birthday Eza. Disebabkan aku tak tahu style macam mana yang dia suka, jadi aku akan minta dia pilih sendiri. Tanpa dia ketahui bahawa baju yang dia pilih tu sebenarnya untuk dia. Sementara menunggu Eza, aku membelek-belek baju yang dijual di situ. Memang tidak dinafikan baju yang dijual di situ, semua cantik-cantik belaka. Begitu juga dengan harganya. Tapi taklah semuanya mahal, kalau kita pandai pilih. Sedang aku berjalan untuk mencari baju, tiba-tiba..
“Oucch!!” Aku sedikit menjerit. Seorang lelaki telah melanggar aku.
“Eh! Maaf-maaf. Saya betul-betul tak sengaja tadi. Awak tak apa-apa?” Tanya lelaki itu. Dia bangun lalu menghulurkan tangannya untuk membantuku bangun, tapi aku biarkan sahaja.
“Ya, saya tak apa-apa. Lain kali jalan tengok depan.” Aku mula membebel. Lelaki itu membiarkan sahaja aku membebel sambil tangannya memasukkan balik barang-barang yang telah dibelinya tadi terkeluar akibat terlanggar aku. Geram pula aku tengok!
“Ya, terima kasih atas nasihat awak.” Lelaki itu tersenyum manis ke arahku seperti rasa tidak bersalah.
“Cair pula aku tengok senyumannya. Bertuahnya kalau aku dapat husband yang handsome macam tu. Dah lah  muka dia ni sebijik  macam  Taecyeon.” Hatiku mula berbicara sendiri.
 Eh, apa  aku merepek ni! Nasib baik handsome, kalau tak, panjang lebar ‘kuliah free’ yang aku bagi kat engkau. Tanpa aku sedari, lelaki itu telah hilang dari pandangan. Aku melihat sekeliling. Nasib baik tak ada yang nampak adegan tadi.
“Ehem.. Kacak juga dia tu!” Sangkaanku meleset. Suara yang sangat aku kenali telah menyapaku. Alamak, Eza! Aku menoleh ke belakang.
“Eh, Eza! Hehehe, awak nampak kah tadi tu?” Aku tersengih-sengih.
“Entahlah, awak rasa?” Eza tersenyum sampai ke telinga memandangku. Aku faham benar maksud senyuman itu. Pasti dia dengar yang aku cakap, ‘bertuahnya kalau dapat husband yang handsome macam tu.’ Alamak! Malunya aku.
“Awak dengarkah yang saya cakap tadi?” Aku buat muka seposen.
“Mestilah!” Eza mengeyitkan matanya. Aku dah agak. Alahai, malunya aku.
“Hehehe, sebenarnya kan Eza.. Saya gurau je tu tadi. Janji tau dengan saya ni rahsia kita dua je.” Mukaku mula menjadi merah.
Ek eleh! Ye lah. Tau takut, hehehe! Lucu pula saya tengok muka awak ni, Alya. Dah jadi merah.” Eza hanya ketawa melihatku. Perasaan geram bercampur malu menjadi satu sekarang dalam diriku!
“Jomlah! Kita pergi ke tempat baju yang ada di sebelah sana.” Aku cuba mengubah topik pembicaraan kami. Ini semua disebabkan lelaki Taecyeon tu tadi. Ish!
“Okey, jom!” Eza kelihatannya sudah lupa dengan kejadian yang baru berlaku sebentar tadi.
“Eza, boleh tak awak tolong pilihkan baju yang sesuai dengan saya? Tapi baju yang awak pilih tu ikut citarasa awak. Boleh?” Aku memujuk manja.
“Okey.” Nasib baik dia tak perasaan sesuatu. Aku hanya memerhatikan sahaja Eza memilih baju yang ada di situ. Setelah agak lama memilih, Eza membuka bicara.
“Alya, saya rasa baju ni sesuai untuk awak.” Aku melihat baju yang dipilih oleh Eza. Ya, sangat cantik. Saiznya pun sebijik macam saiz badannya.
“Wah, cantiknya! Pandai awak pilih.” Aku memujinya. Eza hanya tersenyum.
“Terima kasih.  Tadi saya nampak baju ni ada dua. Nah, awak ambil lah kedua-dua baju ni! Nasib baik untuk awak. Kalau untuk saya, saya takkan lepaskan.” Eza seperti kecewa. Aku faham maksudnya. Aku mengambil kedua-dua baju yang diberikan oleh Eza.
“Eza, sorry lah.” Eza memandangku.
“Tak apa. Saya gurau jelah. Lagipun baju ni kan untuk awak.” Dia tersenyum semula. Aku juga tersenyum.
“Awak pilihlah baju. Lepas tu, kita bayar. Then, kita balik. Lagipun dah nak malam dah ni.” Cadangku.
“Okey, kejap  ya, saya nak cari baju jap.” Jawabnya.
Selesai membayar baju masing-masing, aku menelefon mama. Begitu juga dengan Eza. Beberapa minit kemudian, mamaku dan juga mama Eza datang. Lalu kami pun pulang ke rumah masing-masing.


P/S: Minta maaf kalau ada kesilapan, sebab semasa copy dari microsoft  dan paste ke blog banyak yang hilang. Jadi terpaksa buat balik. Terima kasih. Segala komen dan kritikan amat dihargai.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan