9 Sep 2012

Bab 1


“Eza, petang ni awak free?” Tanyaku sambil berjalan beriringan bersama Eza menuju ke perhentian bas depan pagar sekolah untuk menunggu mama masing-masing.
“Ya, kenapa?” Yesss! Jawapan yang aku nanti-nantikan.
“Sebenarnya, saya nak ajak awak pergi ke Extra Shop. Alaaa, kedai yang baru buka tu.” Terangku.
“Ya? Eh, betulkah awak nak ajak saya ni? Macam tak percaya je. Hari tu saya ada ajak mama, tapi mama sibuk jadi saya tak pergi sebab tiada kawan.” Kegembiraan terpancar di raut wajah Eza apabila aku mengajaknya ke kedai baru itu tetapi sedikit hampa kerana tidak dapat pergi bersama mamanya.
“Ya kah? Kenapa tak ajak saya?” Tanyaku inginkan kepastian daripada Eza.
“Saya seganlah, Alya. Takpa, petang ni kita pergi sana sama-sama. Nanti awak call je saya kalau ada apa-apa.” Eza kelihatan gembira semula hinggakan aku tidak sampai hati untuk mengecewakannya.
“Okay.” Ringkas saja aku jawab kerana kepenatan berjalan menuju ke perhentian bas yang berada di hadapan pagar sekolah.
Aaaahh! Sampai pun ke destinasi yang dituju. Jauh betullah perhentian bas ni. Kami berdua duduk. Nasib baik ada tempat duduk yang kosong. Biasanya penuh dengan pelajar-pelajar lain. Lagipun,  tempat duduk di perhentian bas sekolah ni terhad. Maklumlah, sekolah tak cukup bajet, beginilah jadinya. Eh, apa aku merepek di siang hari ni. Sekarang ni kan semua pelajar dah pulang  ke rumah masing-masing kecuali pelajar tingkatan 4 yang ada kelas jadi memanglah tak ada pelajar lain. Issh, aku ni!
Setelah dapat duduk dengan selesa, aku memandang wajah ayu, gadis yang bernama Nurul Ezani, kawan rapatku sejak sekolah rendah lagi. Wajahnya sungguh halus. Langsung tak nampak kesan jerawat di wajahnya. Kalau muka aku, habis merah jerawat ni aku kerjakan sebab tu lah ada kesan-kesan jerawat sikit.  Eza ni sebenarnya anak orang berada. Setiap kali hujung minggu saja pasti pergi ke spa, sebab tu lah kesan jerawat Eza ni tak berapa menonjol sangat. Walaupun Eza ni anak orang berada, tapi dia tidak bongkak atau bermegah diri dengan apa yang dia ada. Bertuah lelaki yang dapat Eza. Hmm, agaknya apalah Aunty Hayati dan Uncle Adam bagi makan Eza. Halus saja kulitnya. Uh! Mesti sayur, makanan yang aku benci. Macam daun saja aku tengok.
“Alya, kenapa awak pandang saya macam tu?” Lamunanku terhenti kerana terkejut dengan pertanyaan Eza.
“Eh, tak ada apa-apa.. Muka awak tu comel sangat  macam Barbie doll saya tengok, halus saja tanpa kesan jerawat.” Aku memberitahunya apa yang mengganggu fikiranku sejak dari tadi.
“Biasalah, makan sayur. By the way, thanks! Awak tu bila lagi nak makan sayur? Takkan setiap kali dipaksa saja baru awak nak makan.” Kata Eza sambil  mengeyitkan matanya ke arahku. Aku sudah menjangka dari awal jawapan yang akan keluar dari mulut “BARBIE DOLL” ni.
“Eeee! Asyik-ayik sayur, sayur, sayur. Kenapa mesti nak makan ‘makanan cacing’ tu? Kan makanan lain masih ada.” Entah apalah yang sedap sangat pasal sayur ‘keluarga si daun’ ni. Aku tetap tidak mahu mengalah untuk berdebat dengan Eza, c Barbie doll yang makan makanan cacing ni.
“Tapi, walaupun sayur ni ‘makanan cacing dan keluarga si daun’, tapi benda-benda inilah yang buat jerawat saya tak berapa nampak, hehehe.” Kata Eza sambil meniru gaya aku bercakap tadi. Aku mencebik bibir.
“Entahlah, saya pun tak tahu bila mahu makan sayur. Dah dari kecil lagi saya memang tak suka makan sayur, nak buat macam mana,kan.” Bukan sebab tak suka sayur, tapi aku geli  mahu makan sejak aku nampak ada cacing yang makan sayur-sayuran di kebun jiran sebelah rumah nenek aku di kampung.
Setelah beberapa minit melayan perasaan masing-masing, Eza bersuara.
“Eh, kereta mama awak da sampailah.” Kata Eza sambil menunjukkan ke arah kereta Vigo yang menghampiri kami.  Aku memandang ke kereta yang dikatakan oleh Eza tadi. Betullah, mama dah sampai. Yeaahh!
“Kereta mama awak pun ada kat belakang kereta mama saya.” Eza kelihatan gembira kerana mamanya pun dah sampai, jadi tak perlulah dia tunggu sorang diri di perhentian bas yang sunyi ni.
“Bye, Eza.. Petang ni jangan lupa tau!” Kataku mengingatkannya sambil melambai tangan ke arahnya sebelum masuk ke dalam kereta.
Alright, boss!” Eza tersenyum. Kata-kata Eza itu membuatkan aku tertawa seketika.
                                                                       **********
Aku menikmati pemandangan alam semula jadi yang indah itu dari kaca kereta. Sejuk mata memandang. Daun-daun pokok bunga seperti melambai-lambaikan tangannya ke arahku. Tiba-tiba, sebuah kereta Toyota memotong kami sambil  mengeluarkan asap. Fuh! Nasib baik kami tutup tingkap. Cis! Mencemarkan alam sekitar sahaja. Setelah sekian lama berdiam diri melayan perasaan masing-masing, aku membuka bicara.
“Ma, nanti kita singgah makan sekejap, boleh? Alya laparlah. Perut Alya ni pun dah berbunyi minta diisi.” Kataku dengan manja, dan berharap agar mama kesiankan aku. Untuk pujuk mama pergi ke mana-mana ni bukan senang. Mama tersenyum.
“Okay, sayang. Alya, nak makan di mana?” Yess! Berjaya. Mungkin mama juga lapar seperti aku sebab tu mama setuju.
“Mana-mana jelah, yang penting makanannya halal dan perut Alya ni berhenti menyanyi.” Tidak dinafikan, walaupun aku dah  berumur 16 tahun, tapi perangaiku masih keanak-kanakan dan manja.
“Ya lah, Alya. Tapi kita jemput Amirah dulu, lepas tu baru kita pergi makan sama. Setuju?” Terang mama.
“Okay, mama. No problem.” Kataku sambil mengeyitkan mata ke arah mama. Mama tersenyum melihat gelagatku sambil memandu dengan berhati-hati.
“Ok, sekarang jangan ganggu mama tengah drive ni.” Aku mengangguk saja apa yang dikatakan oleh mama walaupun mama tak nampak kerana aku malas nak bercakap.
Tiba-tiba berkumandang pula lagu  kesukaaanku, Tentang Rasa nyanyian Astrid. Aku menghayati setiap lirik lagu ini. Oh my! Mendalam betullah maksud lirik lagu ni. Walaupun sudah berkali-kali aku mendengarnya, tapi tetap tidak berasa jemu. Aku mula menyanyi.
Dapatkah,
Selamanya kita bersama..
Menyatukan perasaan,
Kau dan aku….

“Kenapa Alya senyum-senyum sendiri?” Alamak, rupanya mama perasan. Malunya aku!
“Ingat boyfriend lah tu. “ Eh! Siapa pula tu, macam kenal saja suara tu. Aku menoleh ke belakang.  Mirah? Aku mencubit tanganku kerana aku berasa seperti dibuai mimpi sejak mendengar lagu Astrid tadi. Memang adik akulah,  si Amirah. Tapi  sejak bila dia berada dalam kereta?
“Kenapa kakak terkejut beruk tengok Mirah ni?”  Tanya Mirah sambil memandangku. Pertanyaan Mirah itu mengejutkan aku. Hah! Terkejut beruk?
“Eh, mana ada.” Aku buat muka selamba untuk menyembunyikan kenyataan yang sebenarnya aku memang terkejut tapi tak sangka pula sampai ke tahap ‘terkejut beruk’. Malulah aku kalau budak ni tahu.
“Macam mana tak terkejut beruk, kalau dari tadi mama tengok kakak kamu ni asyik senyum sendiri saja dengar lagu Tentang Rasa tu. Entah apa yang dibayangkannya sejak tadi.” A.L.A.M.A.K!! Mama perasan lagi lah?
“Ma, sejak bila Mirah kat dalam kereta ni? Alya tak perasan pun.” Tanyaku kehairanan setelah melihat adikku keluar dari perut kereta.
“Ya Allah, budak bertuah ni! Cuba tengok sekeliling kamu. Ni kan perkarangan sekolah adik kamu. Bekas sekolah kamu dulu. Adik kamu si Mirah tu, baru je masuk kereta tadi.. Sekarang dia pergi jumpa kawan dia sekejap. Ish, kamu ni Alya! Dah besar panjang pun masih mengelamun macam dulu lagi.  Alya, Alya.. Kenapalah rutin harian mama ni turun ke kamu pula? Ish.. Ish.. Ish..” Terang mama panjang lebar.
“Oh, jadi rutin harian  mama dulu pun mengelamun macam saya?” Tanyaku kehairanan.
“Ya. Bukan mama yang macam kamu, tapi kamu yang macam mama. Tapi mama taklah seteruk tahap kamu ni.” Hah! Teruk sangatkah cara aku mengelamun ni?
“Hah? Entah apa pulalah yang difikirkan budak ni?” Alamak! Sekali lagi mama perasan. Aku tersengih.
Entah dari mana, Amirah tiba-tiba muncul dan meluru masuk ke dalam kereta.
Sorrylah, lambat. Mama kata tadi nak pergi makan. Jomlah.” Macam mana pula dia  boleh tahu ni? Mesti mama yang beritahu.
“Rutin harian kakak kamu dah mula, Mirah..” Mama menyindirku. Mirah pula tersenyum. “Jomlah, nanti habis pula lauk-pauk di restoran tu.” Sambung mama lagi.
                                                                         **********
“Nasi goring satu, mee basah dua dan jus lobak tiga.” Pelayan itu menulis apa yang dipesan oleh mama.  Walaupun baru tiga kali pergi ke Restoran Lovely Taste ni, tapi mama dah hafal apa yang akan kami pesan tanpa memberitahunya. Itulah kehebatan seorang ibu.
Satu kelebihan aku ni. Walaupun tak suka makan sayur, tapi aku suka makan dan minum apa-apa yang berunsurkan buah. Tapi Eza, tidak. Dia langsung tidak suka makan buah apatah lagi minum jus buah-buahan. Dia hanya akan makan atau minum buah-buahan ni apabila dipaksa saja.
Dalam beberapa minit, makanan yang kami pesan sampai pun. Biarpun servisnya agak lambat, tapi tidak dinafikan yang makanannya sangat sedap. Kami menikmati makan yang dipesan tadi. Masing-masing dengan dunia sendiri. Kami makan tanpa sebarang suara kerana mama pesan semasa makan tidak boleh bercakap-cakap.
Setelah beberapa minit, makananku habis. Begitu juga dengan mama dan Mirah.
“Ma, lepas makan kita pulang rumah jelah.Lagipun Alya ada janji dengan Eza nak out petang ni.” Aku melirikkan mataku ke jam tangan. Masih sempat lagi ni nak bersiap-siap, lagipun baru jam 1:30 tengah hari.
“Mirah pun sama, mama. Nanti jam 4:55 petang Mirah dan Fatiha nak belajar sama-sama. Sebab peperiksaan penggal pertama kan dah dekat. Boleh ya, mama?” Rajin betullah adik aku ni belajar, padahal baru Tahun 4.
“Okay mama izinkan. Tapi, kena jaga diri baik-baik tau sayang. Ya? Janji dengan mama. Hah! Mirah, kamu nak belajar kat mana?”
“Ya, mama” Kataku dangan Mirah serentak. “Di rumah kita lah , mama. Lagipun Fatiha kan sebelah rumah je dengan kita.” Kata Mirah dengan manjanya.
“Oh, okay.” Mesti mama lupa yang Fatiha tu jiran sebelah rumah.
Setelah kami selesai menjamu selera, mama ke kaunter untuk membayar bil yang kami makan tadi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan