21 Jul 2016

deeeeeep conversation with lelaki hensem

tadi di sekolah waktu pengajian am, lect suruh pigi library. paling siuk sebab nda payah belajar. BEBAS! dijadikan cerita, aku SEPATUTNYA duduk dekat lil brother sebab mau dengar ceritanya pasal flower boy. HEHEHE. tapi, lelaki hensem ni menyampuk dan duduk di tengah-tengah antara kami dua -.- disuruh tukar tempat nda mau. alasannya, "kalau kamu dua mau becerita pasal cinta, nda boleh. biarlah aku jadi sempadan benteng antara kamu dua. kecuali pasal pelajaran." sambil ketawa. heck -.-
jadi, aku membaca la sekejap. waktu aku tengah baca buku bm sambil cari isi-isi penting untuk presentation berkenaan bahasa sanskrit, ada junior ntah form berapa kirim salam dengan lelaki hensem. jadi, lelaki hensem terus ignored apa yang classmates perempuan cakap berkenaan dengan junior tu sambil cakap, "kita nda boleh bah kan yu buat begitu yu. besar sudah kan. matang sudah. kena jaga hati orang lain, nanti tekisas." ya, aku faham maksudnya. to be honest, i effing like this type of guy, SETIA dan nda layan perempuan yang ke-LANJIK-an. dan aku pun jawab, "iya. tapi, semua tu dari dirimu jak." dan dia pun diam sambil senyum. aku nda tau kenapa secara tiba-tiba, dia cakap, "kau mau tau sesuatu ka yu?" sudah ditanya, aku angguk seja la kan. sebab jarang-jarang dengar si lelaki hensem yang pemalu ni becerita. dan, dia pun buka cerita pasal gadis sepet, his girlfriend. rupanya, lelaki hensem lama sudah suka gadis sepet. dari form 3. form 6 ni baru dapat dia tackle. start dari part dia cerita tu, fikiranku separuh dengar nda dengar tapi sebelah telinga kekal fokus. untung lelaki hensem. sebab dia dapat someone yang dia lama sudah suka. aku tanya dia soalan cepumas, "first love mu?" dia ketawa, "nda la. tapi aku suka dia ni memang lama sudah." dan lagi sekali, dia cerita pasal ex-ex nya. ternyata lelaki ini jenis yang open-minded orangnya tapi tidak dengan semua orang. itu dari pemerhatianku lah. satu hal lagi yang aku tau pasal lelaki hensem ni, PENYABAR. untung gadis sepet. TERSANGAT UNTUNG dan BERTUAH. tapi, lelaki hensem boleh dapat gadis yang lebih baik dari dia. bukan mau cakap gadis sepet tidak bagus, tapi ntahlah. cerita orang ramai waktu kami sama-sama form 2 dulu tersebar luas, jadi maksudnya cerita itu betul. dan lelaki hensem juga ada cakap tadi, "dia ada jugak kasitau aku. yang dia dulu tu bukan orang baik. sangat jahil." aku faham maksud disebalik perkataan 'jahil' nya itu. tapi aku cuma dengar, fokus dan angguk saja. tidak banyak mencelah, sebab nda mau nanti telepas cakap pasal gadis sepet yang aku tau. aku jaga aib dia. dan aku bukan jenis manusia yang suka buka keburukan orang lain. aku lebih suka dengar, diam dan hadam sendiri dari menyebarkan pada orang lain.

p/s: ternyata manusia ni mudah jatuh suka dengan jiwa lain guna mata kepala - bukan mata hati. biar mata hati beritahu 1001 kejelekan jiwa yang disukai, mata kepala tetap mendapat tempat.

dalam masa lelaki hensem becerita tadi, aku sempat bedoa (dan kebetulan waktu itu hujan. lebat pulak tu. mudah2an makbul). "Ya Allah, tutuplah hatiku supaya nda nampak dan nda tepikat lagi dengan lelaki yang aku pernah ter-crush selama seminggu dulu. Amin." kerana, tadi makin banyak perkara baik lelaki hensem yang buat aku hampir mau tepikat balik. tapi, aku halau rasa itu secepatnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan