4 Jul 2017

Luah rasa abang rock

Kelmarin, classmate aku, abang rock, entah kenapa tiba-tiba meluah dengan aku. Dia kata, "Yu, kau tau ka lelaki dan perempuan ni nda boleh rapat sebab lama-lama akan jadi suka. Tidak kira dari lelaki tu duluan atau perempuan." Ayat klise. Ya, tersangat. Aku tanya balik dia soalan maut, "jadi selama ni kau pernah tertangkap suka dengan twinnie ku lah ni kan?" Dia diam sambil senyum. Lama dia begitu, "ya, dulu. tapi sebab aku sayang dia dan orang lain tackle dia lebih dulu dari aku, aku cuba untuk anggap dia sebagai kawan rapat seja."

Kadang, ada betulnya juga apa yang dia cakap tu -- "lelaki dan perempuan tu nda boleh jadi kawan rapat." Sebab aku juga pernah banyak kali terjebak dengan benda alah tu. Cumanya aku pernah tersuka dengan kawan rapat sendiri satu kali, angry bird namanya. Aku tidak pernah confess perasaan gila tu sampai sekarang. Wonder why? Aku sayang friendship aku dengan dia. Perasaan itu juga boleh dikawal. 

Guess what? Pemerhatianku selama ni betul pasal abang rock -- dia lembut hati tapi entah kenapa dia tutup kelemahan dia tu dengan bersikap ganas dan kasar. Malahan berlagak kuat dengan bergaduh (sebelum masuk form 6. aku tahu benda ni sebab sekolah kami dekat waktu aliran perdana) dengan orang lain untuk tidak menampakkan orang lain kelemahan dirinya yang dulunya pernah dibuli. Abang rock tipikal manusia yang sukar untuk dijangka kata-katanya sebab bila bercakap kadangnya kosong. Ya -- KOSONG! Tapi bila dipandang dan diperhatikan, perbezaan reaksi mukanya boleh dibaca; waktu bila dia menipu dan waktu bila dia bercakap benar.

p/s: Abang rock patut lebihkan masa depannya sendiri berbanding dengan orang lain. Kedengaran selfish? Ya, kadangnya hidup di dunia ini perlu selfish untuk perkara-perkara tertentu; masa depan sendiri.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan