10 Mei 2017

Renungan bersama

Manusia. Tidak dinafikan manusia pada hari ini jika direnungkan sedalam-dalamnya telah banyak kembali pada zaman dulu - Zaman Jahiliah. Ada faham? Contoh? Pembuangan bayi. Kalau dulu manusia telah menanam bayi perempuan secara hidup-hidup. Motif? Dipercayai membawa musibah dan malang bagi mereka. Tapi jika direnungkan kembali, kenapa mereka bertanggapan yang bayi perempuan itu membawa malang jika pada akhirnya salah satu kehidupan sosial mereka adalah mengahwini perempuan tanpa had waktu dan bilangan. Dari mana datangnya perempuan-perempuan yang dikahwini tanpa had dan waktu itu sekiranya tidak bermula dari 'manusia kenit berjantina perempuan'? Soalan ni bermain-main di fikiran sewaktu Puan S menerangkan perihal berikut di dalam kelas beliau.

OK - Kembali ke topik asal! 

Sekarang? Fikir-fikirkanlah. Nauzubillah.

Bukan niat untuk menuding jari dan berlagak seperti Tuhan untuk mengkritik mereka. Tidak sama sekali. Apatah lagi untuk mengata. Tidak. Maaf andai tersilap kata dan salah dari segi penyampaian. Cuma ingin membuat renungan dari segi manusia zaman dulu dan sekarang. Bukan apa, kelmarin aku dan satu orang kawan ni ke tandas. Jadi, dalam perjalanan ke tandas tu, ada seekor anjing sedang selamatkan anaknya yang terjatuh dalam longkang. Boleh dikatakan dalam jugaklah. Jadi ibu anjing itu berusaha untuk selamatkan anaknya sehinggalah berjaya bawa naik anaknya ke tempat yang selamat dan jauh dari longkang. Anak anjing tu sangatlah kecil! Baru lahir - mungkin.

Jadi disini, apa yang aku nampak -- haiwan pun tersangat sayang anaknya. Inikan pulak kita sebagai manusia yang telah dikurniakan akal sempurna oleh-Nya bukan? 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan