30 Dis 2013

Bye 2013 , Hi 2014

Assalamualaikum.

"Jangan masuk tandas pada jam 11:59pm sebab bila awak keluar, awak berada di dunia lain." - status yang aku jumpa di fb.

Apa-apa pun, selamat tahun baru. Semoga kita semua sentiasa berada dalam lindungan-Nya, amin.

21 Okt 2013

People

Some people talk and talk,
And never say a thing,
Some people look at you,
And birds begin to sing.

Some people laugh and laugh,
And yet you want to cry,
Some people touch your hand,
And music fills the sky.

29 Mei 2013

CINTA




Cinta?
Pelbagai reaksi pada mimik muka dapat dilihat bila mendengar perkataan itu.
Ada yang tersenyum bila perkataan itu disebut, ada juga yang buat mimik muka seolah-seolah baru mendengar perkataan tersebut.
Tapi, apakah erti cinta yang sebenarnya?
Cinta pada siapa?

Aku pelik.
Kenapa cinta membuatkan seseorang tersenyum?
Kenapa cinta sering meghantui fikiran seseorang?
Kenapa cinta boleh merubah seseorang?
Kenapa, kenapa dan kenapa?

Disebabkan perasaan ingin tahu yang melonjak-lonjak,
Aku cuba bertanya pada alam semesta,
Apakah erti cinta yang sebenarnya?

 Lalu, Bumi pun menjawab.
"Cinta adalah hamparan di mana tumbuh segala bahagia dan harapan."

"Bukan. Cinta adalah titisan hujan yang menyirami benih-benih cinta untuk menumbuhi pohon-pohon kegembiraan, kesukaan, kerinduan dan kasih sayang yang luas di antara satu sama lain."
Jawab Air.

Kini,
Giliran sang Api pula untuk menjawab.
"Tidak. Untuk pengetahuanmu, wahai manusia, cinta sangat panas. Ia mampu membakar dan menjilat dirimu dengan rakusnya jika kau mendekatkan diri pada Cinta."

"Bagi aku, cinta adalah salah satu tenaga yang mampu memberikan seseorang itu semangat baru untuk meneruskan perjuangan dalam hidup mereka."
Jawab sang Mentari tidak mahu mengalah.

Pening.
Setiap jawapan yang aku dengar berbeza.
Yang mana satu betul,
Yang mana satu salah?
Atau, semua itu betul?
Ah, lebih baik aku bertanya pada Cinta itu sendiri.
Wahai Cinta, apa erti Cinta yang sebenar?

Lalu, Cinta pun menjawab.
"Cinta bermaksud kau patuh pada segala arahan-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Meskipun kau tidak dapat melihat-Nya, tetapi kau dapat rasai kehadiran cinta itu."

Tapi, bagaimana caranya untuk aku merasai kehadiran cinta itu?

"Dengan cara kau mensyukuri segala pemberian-Nya padamu."
Jawab Cinta lagi..

Oh, kini baru aku faham.
Apa yang dimaksudkan dengan erti cinta yang sebenarnya.

P/S : Assalamualaikum. Pada pendapat anda, apa pula erti CINTA?




28 Mei 2013

BEST MOMENT

Assalamualaikum.

How was your day? Everything ok? Btw, happy holiday!! Yeaaaay! *tepuk tangan* Naa, masa untuk rehatkan otak dengan? Online, kan? LOL -.-



Sebenarnya, Ayy mau cerita pasal Perkampungan Gemilang di SM Sains Lahad Datu yang berlangsung dari 23 Mei 2013 - 28 Mei 2013 yang Ayy ikut itu. Besst! Students sekolah tu pun ok. Pokoknya bestla, biarpun ada horror situasion malam kedua (grrr!) tu. Ayy rasa best + excited ni sebab itulah 1st time pengalaman Ayy tinggal di hostel. Mula-mula sampai di sana tu memang awkward gilaa situasi nya! *_*




Tapi, lepas dua tiga jam sesi suai kenal gitu (tanya nama saja pun) dengan kawan-kawan sedorm dan aspuri yang ada di situ, tak berapa awkward sudah (biarpun ada yang Ayy lupa-lupa ingat nama dorang). Dan, disebabkan cuti dua minggu, cikgu ada bagi homework. Grrr! Banyak tidak terkira. (Never mind la kan, lagipun itu untuk kebaikan diri sendiri juga). Jadi, pergi sana, Ayy ada bawa homework (bukan semua hw dibawa), konon mau study sama-sama dan minta ajar la kalau ada soalan yang tak difaham. Tapi tetap tak siap jugak. Sebab... Ayy story-story dengan kawan satu dorm.

Begini la kami time bercerita tu. Macam setahun kenal.

Honestly, Ayy memang friendly + talkactive. Sebab itulah, cepat mesra dengan orang dan dapat seseuaikan diri dengan cepat. Time di sana, Ayy don't know why, Ayy rasa itulah kem yang paling best Ayy ever joined setakat ni.




Adakah disebabkan mereka semua comel-comel? (Eh?) Tuuuuuuttt.



Tik tok tik tok! Selesai sudah aktiviti tu, alhamdullilah. Ayy tidak akan lupakan kenangan dengan mereka sampai bila-bila. InsyaAllah, kalau dapat straight A PMR ni, Ayy stay situ. Amin..




P/S : Betapa buruknya header saya ! -.- Nyampah .

10 Mei 2013

Random

Assalamualaikum. 
Hari ni 10 May 2013, hari Jumaat.  Mau dekat sebulan lebih Ayy tak update blog *mungkin berhabuk sudah* . Sekarang ni pun, Ayy tak tau mau taip pasal apa sebab buat persiapan untuk exam sem I 13 May 2013. Gulp! ~_~
Wife is like TV, girlfriend is like Handphone.
At home watch TV, go out bring Handphone.
No money, sell TV. Got money change Handphone.
Sometimes enjoy TV, but most of the time play with Handphone.

So, better choose TV.
*Warna biru la jugak pilihan hati! LOL. Mestilah, Ayy kan minat biru.* Btw, ada faham maksud tu?

16 Apr 2013

3 Anggerik's Member

Dear boys,
When I with you,
I felt like I'm in a big siblings.
And I was a little childish girl there.
Know why?
Because I don't have a big brother.
I just want you to know,
That I'm glad being your friends.
Though,
Sometimes you guys so annoying.

Dear girls,
Thanks being my friends.
Though, my attitude look annoying to you.
Isn't?
Someday, when I be an adult,
I'll remember all of our gossips.
To my bestie,
Glad being and knowing you and I never forget about you.

3 Anggerik's member, thanks for everything, I'll never forget about our memories.


#Wish we get excellent PMR's result later. Amin.


31 Mac 2013

My wonderful moment :D

Assalamualaikum.

Bila online Twitter atau Facebook, banyak yang tanya, cuti seminggu ni Ayy pergi mana. Sebenarnya, Ayy di rumah saja. Sebab waktu malam, Ayy dan lil sis ada kelas komputer 8 hari (Isnin-Sabtu). Kenapa ambil malam? Sebab siang fullpark sudah. Disebabkan kami ambil malam, jadi satu subjek, dua hari. Kalau yang ambil siang tu, empat hari saja la sebab ada empat subjek.

Apa yang diajar :
  • Hari pertama dan kedua - Asas menggunakan komputer
  • Hari ketiga dan keempat - Microsoft Word
  • Hari kelima dan keenam - Microsoft Excel
  • Hari ketujuh dan kelapan - Microsoft Powerpoint
Hari pertama dan kedua diajar pasal asas menggunakan komputer. Macam mana mau on dan shut down komputer, dan macam mana mau simpan gambar etc. Walaupun Ayy sudah tau semua basic tu, tapi dengar jugak sebab ada jugak kawan-kawan lain masih belum tau. First day sampai di kelas tu, rasa janggal jugak, sebab kebanyakannya kawan-kawan lil sis tapi ada jugakla yang Ayy kenal. Daaann, nasib baik si Emah datang! :)

Hari ketiga dan keempat pulak diajar fungsi dan macam mana cara guna Microsoft Word. Salin bulat-bulat dari depan saja ni. Kira ok la, dari disuruh buat sendiri, kan? Ni hasil kerja Ayy.

Hari ke-3

Hari ke-4

Apa yang diajar time hari kelima dan keenam hinggggaalaa hari ketujuh dan kelapan sama jugak dengan hari ketiga dan keempat, pasal microsoft. Kali ni bukan Word sudah yang diajar, tapi Excel dan PowerPoint. Ni pun sama jugak, salin bulat-bulat dari depan.


Ni semua yang diajar time hari ke-5 dan ke-6

Dua hari terakhir, rasa macam sedih sikit! Cewaah! Mestila kan, kalau kita ikut apa-apa aktiviti pun, time mula-mula tu mesti rasa bosan kan? Tipu kalau tidak. Tapi, bila mau dekat ke penghujung aktiviti, rasa best pulak, macam tidak mau berpisah ! Yaaalaa sangat !

Naa, hari ketujuh dan kelapan ni guna Powerpoint jadi mencabar sikit ! Sebab tiada sudah istilah copy paste dari depan macam hari ketiga hingga keenam tu. Ini buat ikut kreativiti sendiri lepas cikgu sudah explain panjang lebar.. First tu, confused jugak sebab Ayy betul-betul tidak tau mau buat pasal apa! 15 minit berfikir. Check hasil kerja orang lain di komputer macam mana diorang buat. Tingg! *mentol lampu keluar di atas kepala!* "T.W.I.T.T.E.R !"

Classs! Sempat lagi promote fb. LOL -.- untuk eratkan silaturrahim.

OK ka? Untuk Powerpoint ni Ayy guna lagu Lucky - Jason Mraz ft Colbie . Haa! Sebelum terlupa, start hari ketiga dan keempat guru lain sudah yang ajar. Jadi dalam hati, tertanya-tanya sudah "siapa la cikgu yang mengajar besok?" Tapi, time Ayy datang hari yang kelima tu, tetap guru yang sama hinggala hari yang terakhir. Besttt, doo! Last day, lambat sikit kami mula belajar dan waktu pulangpun lambat jugak. Walaupun lambat pulang, Ayy happy! Sebab semua kerja yang dibagi, dapat disiapkan.. Alaaa, tak dapat masuk pulak gambar ni! -.- SPOIL BETUL! Never mind la! Untuk simpanan sendiri saja la. :'|

Rupanya, lil sis sedih macam Ayy jugak time last day tu. Ayy sedih bukan apa, tapi ya lah! Bukan selalu ada peluang begitu. Belajar sama-sama, bercerita, bila sudah siap kerja, online sekejap, makan free (hihihi), dapat tengok orang main kejar-kejar (Bukan apa, di umur belasan tahun ni, mana ada sudah istilah main kejar-kejar. Kan?) etc.. Eee, pokoknya bestlaa!  Ayy hope both of the teachers will add Ayy di fb, lol -.-





P/S : Perfume cikgu tu doublee triplee wangiii! Ayy wonder, perfume apalah yang dia pakai? :\

14 Mac 2013

Freedom?

Assalamualaikum, peeps !

How do you feel today? Gembira, hampa, kecewa, stress? Or what?


Hari ni, Ayy rasa freedom. Freedom sebab apa? Sebab ujian I sudah melabuhkan tirainya tadi. Yeayy!


Tapi keputusan ujian tadi masih belum melabuhkan tirainya, -.- . Make me scare to face it! Tapi apa-apapun,  my mind was liked this after the last paper. That was Sejarah's paper.


Lepas saja ujian tadi, kami pun adakan 'kongres' seperti biasa.


Ayy pun ikut juga, tapi sambil baca buku. Bila ditanya, Ayy buat muka begini..

LOL !
Baca buku sambil membayangkan apa yang dibaca.



OK la, Ayy want to continue weheartit-ing di weheartit. Thanks for read.

6 Mac 2013

MIX ENTRY

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, Allah SWT masih bagi Ayy peluang untuk hidup di muka Bumi yang penuh dengan dugaan ni. Hari ni, Ayy mau buat mix entry sebab lama sudah nda te-update-update blog. Behabuk sudah ni, kesian!

'ANGRY  BIRD' : GOOD NEWS! Ayy sudah dapat no phone si 'Angry Bird'! Yeaayy! Alhamdulillah. Aik, kenapa aku kembang-kempis ni? Ishh, mana ada ! -.- Si 'Angry Bird' ni sebenarnya nda jugak handsome/cute, tapi entahlah macam mana aku boleh minat dengan dia. Mungkin kalau time dia tengah senyum tu buat jantungku DOUBLE WOW! LOL! Mahu tahu ka sejarahnya macam mana terhasilnya nama 'Angry Bird' ni? OK, Ayy cerita. Dia ni kan lelaki ( mestilah bah, kan! ) jadi 'Bird'la. Kalau 'Angry' ni pulak, sebab dia kadang-kadang suka marah. Macam perempuan! -.- Manja pun ada jugak !

Ujian I : Minggu depan 11, 12 dan 14 Mac 2013, Ayy ada ujian I. Arggh! Memang stress bah. Tapi alhamdulillah, jerawat nda muncul XD . Eee, bikin takut bah jugak sebab ni 1st time kan kami ujian di tingkatan 3.. Harap-harap dapat result yang membangga, kan. Amin!

'M.S' : 'M.S'? Apa tu? Gelaran yang kawan Ayy bagi untuk kawan sekelas kami. Sebenarnya, dia ni kawan Ayy sendiri. Walaupun annoying, tapi Ayy nda pernah buka rahsianya dengan orang lain. Rahsia itu kan satu amanah. Entah lah kenapa dengan si 'M.S' ni. Macam berubah sudah perangai nya sekarang. Harap-harap, dia berubah jadi macam dulu balik. Amin. :')

Little bit stress : Yes, Ayy am! Sebab guru yang ajar kami Sains berubah dengan guru lain :'3. Bukan nda suka, tapi.. Entahla macam mana mau cakap. Nda sesuai bah dengan jiwaku, haha. Kadang-kadang, dia mengajar tu telampau laju.. ! Mummy! Aku ni pun bukannya sejenis yang cepat pick-up. Kadang-kadang, LamPiSang ( Lambat Pick-up Sangat ). -.-'


#PrayForSabah : Pasal ni Ayy nda mau cakap apa-apa tapi Ayy minta doakan untuk kesejahteraan negeri Di Bawah Bayu ni. Al-Fatihah untuk pejuang-pejuang negara yang telah terkorban. :'|

6 Feb 2013

IMPIAN DAN CITA-CITA

Assalamualaikum.


Setiap kali hari Rabu, mesti ada Kokum, kan. Kelab yang aku pilih untuk tahun 2013 ni Bimbingan dan Kerjaya. OK. Let me share something about Bimbingan dan Kerjaya. Kongsi apa yang kami bincang tadi.

Tadi, ada perjumpaan BDK. Bincang pasal 'IMPIAN DAN CITA-CITA'. Hah! Apa beza impian dan cita-cita? Nampak sama tapi bukan dia. Impian maksudnya apa yang kita mau miliki pada masa akan datang dan cita-cita bermaksud apa pekerjaan yang kita ingin kecapi pada masa akan datang. Jadi, lepas pengerusi pot pet pot pet terang di depan apa yang patut, tibalah giliran pelajar 'bertuah' yang akan dipilih untuk tampil ke hadapan dan bagitau kami semua dan guru-guru bimbingan apa impian dan cita-cita nya. Waktu disuruh tampil ke hadapan tu, pelbagai reaksi yang aku nampak. Tapi, banyaklah ilmu hari ni yang aku dapat. Bak kata guru kesayanganku, cikgu Nuwairani, 'kalau mahu berjaya, kita kena berusaha dan berusaha.'

Ringkas tapi berilmu.

25 Jan 2013

Adakah ini cinta?

Assalamualaikum.

Sekarang ni bulan Januari tahun 2013. Kali pertama aku buat entri di tahun baru. Dan semestinya, dengan cerita yang baru. Ya, sudah semestinya.
Tahun ni aku akan menjadi mangsa atau lebih enak disebut dan didengar sebagai calon PMR yang terakhir. Jadi, kena berusaha lebih gigih. Sesiapa yang menghadapi PMR tahun ni, fighting!

Sebenarnya, bukan itu yang aku mahu cerita. Tapi, berkenaan dengan aku. Perasaan aku terhadap seorang makhluk ciptaan-Nya. Cewah, ayatku !







Namanya _____ . Satu sekolah dengan aku. Aku pun tak tahu macam mana aku boleh terjatuh minat dengan dia. Tapi alhamdulillah. Masih tahap 'minat' bukan tahap 'CINTA', Mungkin, haha ! Sebenarnya, aku sudah lupa dan padam semua yang berkaitan dengan dia di kepala otakku tapi kawan rapatku balik-balik sebut namanya. Aku sendiri pun naik menyampah. Menayampah atau minat? :\

Tak apa lah. Kalau jodoh, tak kemana pun.



Betul, kan? Buat apa mahu risau, kalau dia memang yang terbaik untuk kita, pasti akan bertemu kembali walaupun berpisah sampai hujung dunia. Hmm.. Tapi, aku takkan biarkan semua tu ganggu pelajaranku.. Btw, semenjak akhir-akhir ni, aku rasa aku ada peminat misteri dalam kelas. Macam mana aku boleh tahu? Sebab dia selalu perhatikan aku. Truely! Namanya _____. Complicated, right? -_-

P/S : Entri ni memberikan aku ilham untuk buat cerpen tebaru, bertajuk 'Adakah ini cinta?' Nantikan kemunculannnya di blog ni.




 Laugh with your eyes, hug with your soul, and smile with your heart.

Assalamualaikum, selamat petang ;D