24 Apr 2018

Bila nak move on?



CRUSH? (informal) a person with whom someone is infatuated. 

Untuk yang kesekian kalinya, entri celaka kali ini perihal crush; orang yang kita minat tanpa pengetahuan orang itu. Ya, mungkin aku mengaku. Masih ada sisa perasaan dalam hati ini, pada orang yang sama --- sejak Jun, 2011. Tapi syukur; perasaan celaka ini mengajar aku untuk tidak terburu-buru perihal hati. Tapi, tetap -- masih ada perasaan yang kurang enak ini meski tinggal sebesar zarah dan debu tanah. Kerana rasa celaka ini juga inilah aku memutuskan untuk tidak mempunyai apa-apa hubungan istimewa, buat masa sekarang. sampai bila? Entah. Jangan ditanya, aku juga masih samar dengan jawapan yang tepat. Kerana itu, aku sering kali sebut nama orang yang aku rasakan layak menduduki takhta hati gadis cerewet seperti aku ini pada Dia. Persoalannya, bila hati ini akan dapat tittle "single and available" ??




Tiada ulasan:

Catat Ulasan