29 Mei 2013

CINTA




Cinta?
Pelbagai reaksi pada mimik muka dapat dilihat bila mendengar perkataan itu.
Ada yang tersenyum bila perkataan itu disebut, ada juga yang buat mimik muka seolah-seolah baru mendengar perkataan tersebut.
Tapi, apakah erti cinta yang sebenarnya?
Cinta pada siapa?

Aku pelik.
Kenapa cinta membuatkan seseorang tersenyum?
Kenapa cinta sering meghantui fikiran seseorang?
Kenapa cinta boleh merubah seseorang?
Kenapa, kenapa dan kenapa?

Disebabkan perasaan ingin tahu yang melonjak-lonjak,
Aku cuba bertanya pada alam semesta,
Apakah erti cinta yang sebenarnya?

 Lalu, Bumi pun menjawab.
"Cinta adalah hamparan di mana tumbuh segala bahagia dan harapan."

"Bukan. Cinta adalah titisan hujan yang menyirami benih-benih cinta untuk menumbuhi pohon-pohon kegembiraan, kesukaan, kerinduan dan kasih sayang yang luas di antara satu sama lain."
Jawab Air.

Kini,
Giliran sang Api pula untuk menjawab.
"Tidak. Untuk pengetahuanmu, wahai manusia, cinta sangat panas. Ia mampu membakar dan menjilat dirimu dengan rakusnya jika kau mendekatkan diri pada Cinta."

"Bagi aku, cinta adalah salah satu tenaga yang mampu memberikan seseorang itu semangat baru untuk meneruskan perjuangan dalam hidup mereka."
Jawab sang Mentari tidak mahu mengalah.

Pening.
Setiap jawapan yang aku dengar berbeza.
Yang mana satu betul,
Yang mana satu salah?
Atau, semua itu betul?
Ah, lebih baik aku bertanya pada Cinta itu sendiri.
Wahai Cinta, apa erti Cinta yang sebenar?

Lalu, Cinta pun menjawab.
"Cinta bermaksud kau patuh pada segala arahan-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Meskipun kau tidak dapat melihat-Nya, tetapi kau dapat rasai kehadiran cinta itu."

Tapi, bagaimana caranya untuk aku merasai kehadiran cinta itu?

"Dengan cara kau mensyukuri segala pemberian-Nya padamu."
Jawab Cinta lagi..

Oh, kini baru aku faham.
Apa yang dimaksudkan dengan erti cinta yang sebenarnya.

P/S : Assalamualaikum. Pada pendapat anda, apa pula erti CINTA?




1 ulasan:

  1. sesuatu yang tidak dapat diklasifikasikan dalam bentuk apa pun.Tidak juga mampu dijelaskan oleh perkataan.Cinta itu rahasia hati.Seperti kaki kegunaannya untuk berjalan.Kalau orang tanya kenapa pula kaki digunakan untuk berjalan??kita pun tidak tahu kan?paling-paling dia akan jawab balik "sebab dia kaki lah diguna untuk berjalan" .sama juga dengan cinta. Apa itu cinta? "suatu perasaan aneh yang lahir dari hati lah" ..kenapa pulak dia lahir dari hati?bukan dari tangan,mulut,hidung?
    sebenarnya, cuma Allah S.W.T sahaja yang mampu menjawab apakah itu cinta..sebab dia yang mewujudkannya.seperti kita,mencipta sebuah anak patung.Kemudian ada orang tanya,kenapa diletak rambutnya fesyen begini? mesti kita boleh jawab kan?sebab kita yang cipta.

    BalasPadam