25 Jul 2012

Aku Suka Dia


Assalamualaikum, ni cerpen hasil garapan saya sendiri yang pertama. Maaf, jika terdapat kecacatan bahasa.  Segala kritikan, amat dihargai. Terima kasih.




“Kelas, hari ni kamu semua akan terima kawan baru. Jadi cikgu harap kamu dapat berkawan dengan dia, dan cikgu tidak mahu dengar ada kes-kes disiplin berkenaan kelas ni. Okey, awak boleh kenalkan diri pada kelas.” Kata cikgu Nizuan, guru kelas Tingkatan 2 Anggerik.
“Hai, nama saya Ifzan Shah, dari SMK Tawau, Sabah. Saya pindah ke sini kerana mengikuti keluarga atas urusan perniagaan.” Kata pelajar baru itu memperkenalkan dirinya sambil tersenyum lebar.  Hatiku mula berbunga, entah kenapa. Mungkin dek terpanah dengan senyuman yang menawan itu. Kawan-kawanku yang lain juga sama, tersenyum. 
‘Wah, ada budak barulah, hensem pula tu, hehehe. Nama pun smart. Ifzan!’ Hati kecilku mula berkata-kata. Aku tersenyum melihat pelajar baru itu, dan.. Tanpa disangka-sangka, dia pun membalas senyumanku.
Itulah bibit-bibit perkenalan kali pertamaku dengan seseorang yang bernama Ifzan Shah. Sekarang sudah 8 tahun kami berkawan. Aku dan Ifzan kini menuntut di universiti yang sama iaitu di Universiti Teknologi Mara.
“Husna, petang ni awak free, tak?”,  soalan Ifzan itu mematikan lamunanku.
“Hmmm.. kenapa?” Ringkas saja aku menjawab, malas aku mahu melayannya.
“Good, I’ve something to tell you. Nanti saya jemput awak, jadi sedia awal sikit.” Ifzan memandangku sambil mengeyitkan matanya.
“Ya.” Jawabku sambil tersenyum  tetapi cuba menyembunyikan senyuman itu daripadanya. Aku sendiri berasa pelik dengan perasaanku, mungkin kerana terpanah dengan kenyitan itu. Mungkin!
Kami bertentang mata. Alamak!  Aku cepat-cepat mengalihkan pandanganku ke arah lain. Begitu juga dengan Ifzan.
Memang tidak dinafikan, aku sangat rapat dengan Ifzan sehingga ada sesetengah dari kawanku berasa iri hati denganku. Dan, disebabkan ‘sangat rapat’ itulah, aku mula suka dengan dia. Tapi, aku tidak berani untuk meluahkan perasaanku kepadanya. Aku takut dia sudah ada yang punya. Jadi aku pendam dan pendam saja perasaan ini. Pendam, entah sampai bila.

                                              ********************
Telefonku bordering.  ‘Ifzan special’. Nama yang tertera pada skrin telefonku. Hatiku jadi huru-hara dan tidak menentu. Aku tersenyum sendiri.
“Hello.. Assalamualaikum, Ifzan. Awak macam tahu-tahu je yang saya tengah fikir pasal awak.” Kataku tersenyum sambil membetulkan tudung di hadapan cermin.
 “Waalaikumsalam.. Mestilah, kita kan sehati sejiwa. Dah ready ke belum? Saya nak datang jemput awak dah ni.” Kata Ifzan seperti tidak sabar mahu berjumpa dengan aku. Hahaha, perasan lagi. Eh, jap! Sehati Sejiwa? Adakah dia pun..?
“Hello.. Husna, are you okay?” Suara Ifzan mematikan lamunanku.
“Ya, ya. I’m ok. Saya dah ready ni.. Cepatlah.” Aku jawab ringkas sahaja. Malas. Aku memang begini. Selalu mengelamun sesuatu yang tidak mungkin terjadi, dan mungkin  AKAN TERJADI, hahaha. 
“Husna.. Husna.  Mesti awak tengah mengelamun, kan?” Alamak! Macam mana dia tahu?
“Ya.. Eh, tidaklah. Datanglah cepat.” Aku cuba menukar topik pembicaraan tadi.
“Ok, honey.” Kata Ifzan di akhir perbualan kami itu sangat menghuru-harakan hatiku. Ish, dia ni kan, suka je usik orang.
                                          ******************
“Assalamualaikum…”

 Macam suara… Ifzan!

“Waalaikumsalam..” Aku membuka pintu sambil tersenyum. Dan.. ‘Waaao, fantastic baby! Kacaknya’, kata hatiku. 
“You looks beautiful today, Husna..” Kata-kata itu mengejutkan aku dari rutin harianku, mengelamun.
“Thanks, awak pun apa kurangnya.  Kacak, sebijik macam Kim Hyun Joong.. Tapi yang berbeza mata je, hehehe.” Kataku selamba. Eh, apa yang aku cakap tadi? Ifzan tersenyum-senyum.
“Eh, jomlah. Nanti kita terlambat pula.” Kata Ifzan sambil menuju ke kereta BMW nya. Aku mengikutnya dari belakang menuju ke kereta yang akan dipandu oleh Ifzan. 
Ifzan ni memang anak orang kaya. Tetapi walaupun dia kaya, dia tidak sombong macam ‘Haji Bakhil’. Selain kaya, dia anak kacukan. Mama Ifzan ni orang Australia, papanya pula Malaysia. Jadi tidak hairanlah, kalau muka Ifzan ni iras-iras mat salleh, tapi hampir seiras dengan Kim Hyun Joong. Mungkin sebab itu, dia digilai ramai  gadis di UiTM, termasuk aku sendiri, hehehe. Di samping kacak dan anak kacukan, dia ni baik dan pandai menari. Setakat tu lah yang aku tahu mengenai kelebihan yang dimiliki oleh anak campuran Malaysia dan Australia ni. Eh, kenapa dengan aku ni.. Husna, stop!
                                                             
                                                        ******************
Sepanjang perjalanan, kami tidak banyak bercakap. Mungkin masing-masing sibuk layan perasaan masing-masing.
“Selepas ini, kami akan putarkan lagu Ainan Tasneem, Aku suka dia. Jadi, bagi sesiapa yang sedang suka dengan seseorang tu, tapi malu untuk luahkannya.. Luahkanlah dengan segera, sebelum disambar buaya pulak, kan… Jadi, layan terus.. Hanya di Natinal FM,” kata DJ Muaz di radio yang  sedang berkumandang di kereta Ifzan.
                                                          
                                                      *******************
Setelah selesai Ifzan meletakkan keretanya di tempat letak kereta yang di sediakan, kami pun turun lalu berjalan beriringan menuju ke LOVE FOOD RESTAURANT. Nama restoran yang pelik. Tanpa membuang masa, aku dan Ifzan pun masuk ke dalam restoran tersebut. Ifzan memilih tempat duduk yang jauh dari pelanggan lain.
“Husna, silakan duduk,” kata Ifzan  tersenyum sambil menarik kerusi itu untukku.
“Terima kasih.” Ringkas saja sambil melemparkan senyuman kepadanya.
 “Husna.. Sebenarnya ada something yang I want to tell you..”
 Jantungku mula menyanyi lagu yang berjudul ‘dupdap dupdap’.
 “Apa yang awak nak beritahu saya ni? Macam penting  je..”. Aku rasa pelik dengan Ifzan hari ni.
“Sebenarnya, saya sukakan seseorang.. Tapi saya takut dia tak terima saya. Awak rasa, dia akan terima saya, tak Husna?” Kata Ifzan bersungguh-sungguh minta pendapatku.
“WHAT!” Hati kecilku mula berkata-kata.  Dia dah.. Cemburu, hampa, sedih.. Semua bercampur aduk sekarang.
“Saya rasa dia pasti akan terima awak.. Lagipun awak ni kan baik.” I CAN’T BELIEVE IT!  ARRRGGH!
“Ya? Alhamdulillah. Awak nak tahu nama orang yang curi hati saya, tu.. Nama dia..” Ifzan berhenti sambil memandang tepat ke arahku. “Husna.” Sambungnya lagi.
“Huh! Saya?” Aku seperti tidak percaya apa yang diperkatakan oleh Ifzan tadi.
“Ya, awak. Nurul Shareena Husna Binti Zareef yang ada di depan saya sekarang. Jadi, disebabkan  awak dah curi hati saya. Saya nak awak terima lamaran saya sebagai ganti rugi awak curi hati saya..”
Lidahku kelu. Mataku mula berkaca. Cepat-cepat aku mengelapnya. Bukan sedih, tapi gembira kerana aku tak sangka rupanya Ifzan juga mempunyai perasaan yang sama dengan apa yang  aku rasa.
“Sebenarnya, saya pun dah lama sukakan awak, tapi saya malu nak cakap, takut kena reject.” Kataku direct to the point.
“Jadi, awak terima lamaran saya? Saya tahu, walaupun usia kita masih muda, tapi apa salahnya, kan. Saya tak nak orang yang saya suka, di sambar buaya lain.” Kata Ifzan sambil ketawa, kemudian serius kembali.
“Ya, saya terima.” Kataku dengan cepat sambil tersenyum. Keadaan kembali seperti sedia kala. Ifzan dan aku memesan makanan. Dan kami makan dengan lahap sekali tapi masih beradap sopan, hehehe. Mungkin dek kerana baru melepasi saat mendebarkan. MENDEBARKAN, KONON! Hahaha.
                                                     
                                                             ***************

“Aku terima nikahnya Nurul Shareena Husna Binti Zareef dengan mas kahwin dibayar tunai’, kata Ifzan sekali lafaz.
“Sah?”
“Saaaahhh..”
Alhamdulillah, akhirnya aku selamat diijab kabulkan bersama insan tersayang, Ifzan Shah Bin Dato’ Azahari itu.
                                                         


3 ulasan:

  1. best ! kta-2 pn ok.. cuma yang 'terpanah' tu... bukan 'terpana' ka???
    hehee.... klau terpanah mcm dak sngaja kna busur anak pnah tu..klau terpana. dya kta lain bg terkaku..mean,bg org yg trdetik dhtinya prasaan kagum akn ssorang itu,psti dya akan terpaku/terkaku/terpana seketika mlihat org yg tlah brjya mnambat pandangannya itu.. (cewahh..sjak bila ak mnat plak berkta-2 ni?sblum ni,klau bwat apa-2,hntam kromo jak...hahaa)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Thanks Eniq.. Tapi tu lah, pning sikit tulisannya.. Sori -_-

      Padam