Sesi
persekolahan sudah bermula. Semua pelajar datang ke sekolah seperti biasa
dengan azam yang baru. Begitu juga dengan Qalesya dan Kamal. Walaupun Kamal
seorang lelaki yang lembut, tetapi dia seorang yang bijak. Begitu juga dengan
Qalesya. Sedang mereka berjalan menuju ke kelas di tingkatan 5 Raya, terdapat
tiga orang pelajar lelaki dengan gayanya yang ala-ala samseng ‘tahi kucing’ menghalang laluan mereka.
Pelajar lelaki tersebut, tidak lain dan tidak bukan adalah Hakim and the gang, iaitu Daniel dan Adam.
“Morning, girl!
Seorang je?” Sapa Hakim sambil
berjalan dengan lagaknya mengelilingi Qalesya dan Kamal. Kamal cuba melindungi
Qalesya dari Hakim. Daniel dan Adam
hanya menjadi penonton sambil ketawa terbahak-bahak seolah-olah sedang menonton
rancangan televisyen yang lucu.
“Waalaikumsalam.”
Jawab Qalesya sepatah sambil menundukkan kepalanya ke bawah. Malu dan marah
menyapa dirinya kerana diperlakukan begitu.
“Perli
I, nampak!” Hakim berhenti mengelilingi
Qalesya. Kamal tahu yang Qalesya berasa kurang selesa lalu mengajaknya beredar
dari situ dengan segera.
Daniel
yang menyedari mereka ingin beredar dari situ, segera bertindak. “Wei, wei! Kau nak pergi mana, hah! Jangan ingat, kau boleh lepas dari
kita orang!” Jerit Daniel dengan tiba-tiba.
Kamal
geram dengan tindakan mereka. Lalu, memberanikan diri untuk melawan. “Hello guys! You all ni tak ada sopan
santun ke? Cubalah bercakap elok-elok sikit. Kau tu, Daniel! Kita orang belum
pekak tahap badak lagi lah. Jadi tak payahlah nak terjerit-jerit.” Jawab Kamal,
menahan geram bercampur amarahnya terhadap mereka. Daniel geram dengan tindakan
Kamal lantas menarik kolar baju sekolah Kamal, lalu menolaknya. Kamal jatuh
tersungkur di atas simen itu.
“You all
kerjakan ‘budak sotong’ ni! Qalesya,
biar I yang uruskan. Faham?” Arah
Hakim pada kedua orang rakannya. Lagaknya tidak ubah seperti big boss. Big boss konon! Sedang Daniel dan Adam membuli Kamal, datang tiga
orang pengawas sekolah ke arah mereka. Apa lagi? Buka langkah seribu lah Hakim and the gang tu!
“Oi, jangan lari! Aku akan report kau ke Cikgu Hamzah!” Jerit
Izwan, salah seorang pengawas sekolah tersebut yang kebetulan lalu di situ.
Cikgu Hamzah merupakan guru disiplin di sekolah tersebut dan sangat digeruni
oleh semua pelajar. Izwan tahu, dia tidak mungkin dapat mengejar Hakim and the gang lalu berhenti. Nafasnya
tercungap-cungap kepenatan dek mengejar Hakim. Hakim and the gang merupakan pelajar yang sering keluar masuk bilik disiplin
kerana melanggar peraturan sekolah.
Keadaan
menjadi tenang semula. Izwan dan dua orang rakannya segera mendapatkan Qalesya
dan Kamal. Hati Izwan menjadi tidak keruan apabila melihat Qalesya. Dia sememangnya
menyimpan perasaan terhadap Qalesya, tetapi sedaya upaya untuk menyembunyikan
dan menafikannya apabila ditanya oleh rakan-rakannya yang lain.
“Are you okay, Lesya?” Tanya Izwan dengan
suara yang lembut. Nak control macho
depan orang yang diminati lah katakan. Dua orang rakan Izwan faham benar dengan
sifatnya itu, lalu menepuk bahunya perlahan.
“Ya.
Thanks jadi Power Rangers kita orang tadi. Kalau tak ada awak, saya tak tahulah
apa akan jadi tadi.” Senyum Qalesya ke arah Izwan dan rakannya. Mereka membalas
senyuman itu.
"Hahaha, jadi Power Rangers lah pulak!
Dah memang tanggungjawab kami sebagai pengawas, Lesya. Izwan pun tadi sanggup tanggalkan
beg kesayangannya kat simen ni semata-mata nak selamatkan awak.” Jawab Haiqal, rakan Izwan. Qalesya ketawa. Izwan
segera mendapatkan begnya semula.
‘Alamak!
Rupanya budak Haiqal ni perasan yang aku tanggalkan beg tadi. Tak guna!’ Bisik
hati kecil Izwan menahan malu.
“Hamboi! Qalesya je yang you all tanya? I, you all tak nak tanya?” Tanya Kamal
geram.
“Are you, okay?” Tanya Amir, rakan Izwan
dan Haiqal.
“Ya!”
Jawab Kamal, lalu bangun dari tempat dia tersungkur tadi. Nasib baik tak
cedera. Qalesya dan Kamal segera berlalu dari situ setelah mengucapkan terima
kasih pada Power Rangers a.k.a pengawas sekolah. Qalesya, Kamal,
Izwan, Haiqal dan Amir rakan sebaya cuma berlainan kelas disebabkan aliran yang
mereka ambil berlainan. Qalesya dan Kamal sekelas, manakala Izwan, Amir dan
Haiqal sekelas. Hakim and the gang juga
sebaya dengan mereka semua, tapi
berlainan kelas dengan Qalesya dan Izwan.
“Kenapa
kau tersenyum-senyum ni, Wan? Aku tahulah kau minat si Qalesya tu. Terus terang
je lah.” Izwan hanya tersenyum dengan
pertanyaan rakannya, Amir.
“Aku
anggap dia tu sebagai kawan saja. Pasal minat-meminati ni, mungkin in the future. Sekarang, tidak lebih
dari itu.” Jawab Izwan tersenyum dan berlalu dari situ untuk menuju ke kelas
mereka. Amir dan Haiqal hanya mampu menggelengkan kepala sahaja melihat Izwan sambil
mengikutinya ke kelas.
“Arrgghh!
Busy body betullah si Izwan tu! Apa?
Dia ingat, dia tu kuat sangat?” Dengus Hakim sambil menyepak tin kosong 100
Plus di hadapannya.
“Relax lah, brother!
Masih banyak lagi awek kat luar sana tu yang tunggu kau, si Qalesya tu jugak kau nak tackle! Tak padan dengan badan! Kau ingat, si Qalesya tu pandang ke
orang macam kau ni, hah!” Tengking
Daniel. Hati Hakim terbakar dengan apa yang diperkatakan oleh Daniel kepadanya.
Daniel berasa geram dengan Hakim. Mana tidaknya, gaya samseng tapi ada hati nak
tackle budak genius! Totally, different!
“Wei! You
ingat, you tu bagus sangatkah hah!” Jawab Hakim, menarik kolar baju
Daniel. Adam cuba menghentikan ‘Perang Saudara’ yang berlaku di antara
rakannya, tetapi gagal. Adam juga berasa hairan dengan tindakan Hakim. Dia tak
pernah naik berang kalau pasal perkara yang remeh-temeh macam ni. Apatah lagi, pasal perempuan!
“Oi!
Lepaslah. Gaya je lebih!” Bentak
Daniel sambil menepis tangan Hakim di kolar baju sekolahnya.
“Pergi
mampus lah, you all!” Tengking Hakim. Adam terkejut dengan tindakan Hakim.
Begitu juga dengan Daniel.
“Guys, stop it! Hakim, kau ni kenapa?
Disebabkan minah tu je, kau punya
takat didih tiba-tiba naik?” Kini giliran Adam pula bersuara.
“Adam,
jomlah.. Baik kita blah dari sini.
Aku malas nak bercakap dengan orang yang berlagak jadi malaikat ni.” Perli
Daniel sambil menjeling tajam ke arah Hakim lalu meninggalkannya sendirian di
belakang sekolah tempat biasa mereka lepak apabila ponteng. Adam hanya mengikuti langkah Daniel dari
belakang.
“Mulai
hari ni, you bukan lagi kawan I” Jerit Hakim dengan geram. Adam dan
Daniel menoleh ke belakang.
“Fine!”
Jawab Adam dan Daniel serentak.
“Aku
yakin, satu hari nanti kalau kau susah, kau akan cari kita orang. Kau tu, kan
anak orang miskin. Lainlah macam aku dan Adam. Lagipun kau mana mampu nak beli
benda yang mahal. Handphone tu, bagi
balik dengan aku!” Sambung Daniel. Dia sengaja memanaskan lagi keadaan. Hakim
segera mengeluarkan telefon bimbit yang berada di kocek seluarnya lalu
memberikannya ke tangan Daniel yang sedang menadah meminta kembali telefon yang
dibelikan untuknya. Setelah urusan mereka selesai, Adam dan Daniel berambus
dari situ. Yang tinggal hanyalah Hakim.
Hakim
terdiam seketika memikirkan apa yang dikatakan oleh Daniel. Tiba-tiba, dia teringat
akan kesalahan yang telah dilakukannya selama ini terutama kepada ibunya. Dia
berazam untuk berubah.
‘Ya,
aku mesti berubah! Aku mesti jadi pelajar yang cemerlang seperti apa yang ibu
dan arwah ayah inginkan.’ Bisik hati kecilnya.
“Qalesya,
Kamal. Wait a minute!” Jerit Hakim.
Qalesya dan Kamal berhenti apabila mendengar nama mereka dipanggil.
“You
nak apa lagi dari kita orang, hah!
Tengking Kamal tiba-tiba. Dia masih geram dengan tindakan Hakim. Qalesya
seperti biasa, hanya diam sambil menundukkan mukanya ke bawah.
“Qalesya,
Kamal.. Actually, I nak minta maaf
dengan you pasal hal yang berlaku dua
hari lepas. I sedar, yang I salah. I betul-betul dah berubah sekarang ni. Apa yang I boleh lakukan untuk you, supaya you boleh maafkan I?” Rayu
Hakim. Qalesya mula mengangkat mukanya untuk memandang tepat ke arah wajah
Hakim. Lalu memandang Kamal. Kamal juga memandang Qalesya. Mereka berdua
terkejut. Kemudian, menganggukkan kepala mereka.
“Okay, kita orang maafkan you.” Jawab Kamal tersenyum. Qalesya
juga tersenyum.
“Mustahil
begitu mudah, you nak maafkan I. Takkan tak ada benda yang you nak I lakukan untuk you?”
Hakim terkejut dengan jawapan yang diberikan oleh Kamal. Belum sempat Kamal
menjawab, Qalesya terlebih dahulu bersuara.
“Hakim,
see you di IPT.” Qalesya dan Kamal
tersenyum. Mereka mula beredar meninggalkan Kamal sendirian di situ.
“What?” Hakim masih kurang faham dengan apa yang
dikatakan oleh Qalesya.
“See you
di IPT.” Kini, giliran Kamal pula bersuara kemudian beredar dari situ. Tanpa
mereka sedari, ada sepasang mata sedang memerhatikan perbualan mereka.
“Daniel,
aku ada berita untuk kau! Mesti kau terkejut.” Terang Adam dengan
tercungap-cungap kerana kepenatan berlari mencari Daniel.
“What news you want to tell me?” Daniel
berasa pelik.
“Tadi,
aku on the way nak ke kantin. Tapi
berhenti sekejap, sebab aku ada nampak Hakim jumpa dengan Qalesya dan si Kamal
tu.” Jawab Adam dengan jelas.
“So,
apa kena mengena ‘budak hingusan’ tu dengan aku?” Kemarahan Daniel tiba-tiba
memuncak apabila mendengar Adam menyebut nama Hakim.
“Memang
tak ada kena-mengena dengan kau. Tadi, si Hakim ‘budak hingusan’ tu jumpa Qalesya dan Kamal sebab nak minta maaf
atas kesalahannya. Then, kau nak tahu apa si Qalesya dan Kamal tu jawab?” Tanya
Adam lagi. Daniel menganggukkan kepalanya.
“See you
di IPT.” Jawab Adam.
“Oh,
tak hairanlah aku! Si Hakim tu kan sekelas dengan kita. Mustahil lah!” Daniel
beredar meninggalkan Adam yang masih terpinga-pinga. Adam mengangkat bahu lalu
mengikut langkah Daniel dari belakang.
“Assalamualaikum..
Ibu.. Oh, ibu.” Hakim memberi salam sambil mengetuk pintu rumahnya.
“Waalaikumsalam...”
Jawab ibu Hakim, membuka pintu rumah sambil batuk perlahan dan menahan dadanya.
Ibunya terkejut dengan sikap Hakim, kerana anaknya tidak pernah pun memberi
salam apabila pulang ke rumah. Kalau pulang ke rumahpun, seminggu sekali. Hakim
masuk ke dalam rumah, dan menyalam tangan ibunya.
“Ibu,
Hakim nak minta maaf dengan ibu atas semua kesalahan yang pernah Hakim lakukan
kat ibu. Hakim tahu, Hakim bukan anak yang baik. Ibu mahu maafkan Hakim, kan?”
Hakim masih belum melepaskan tangan ibunya dari tangannya. Kemudian melutut di
hadapan ibunya.
‘Apa
kena dengan anak aku ni? Tak apalah, mungkin dia dah berubah. Terima kasih, Ya
Allah kerana Engkau telah membuka pintu hati anakku untuk berubah.’ Bisik hati
kecil ibunya. Tanpa dia sedari, air matanya telah mengalir perlahan. Ibu Hakim
terduduk sambil tangannya menahan dadanya yang terasa sakit. Hakim terkejut
lantas memapah ibunya duduk di bangku yang berdekatan dengan mereka. Setelah
duduk, Hakim membuka bicara.
“Ibu..
Ibu, kenapa? Ibu tak sukakah dengan perubahan Hakim? Ibu sakit, kah?” Tanya
Hakim cemas. Matanya mula berkaca. Dia tidak pernah melihat ibunya sebegitu
rupa. Ibunya tersenyum.
“Tak,
sayang. Hakim tak salah apapun.. Ibu dah lama maafkan Hakim.. Ibu suka sangat
Hakim dah berubah. Kalau ibu dah tak ada di dunia ni lagi, ingat pesan ibu.
Belajar rajin-rajin agar Hakim berjaya. Hanya pelajaran yang mampu mengubah
kehidupan kita. Janji dengan ibu, ya sayang?” Suara ibunya terketar-ketar,
menahan kesakitan yang sedang di alaminya.
Hakim
terkejut kerana sebelum ini, ibunya tidak pernah sakit seperti ini. Kaca di
matanya tidak dapat ditampung lagi, lalu pecah berkecai mengeluarkan air jernih
yang mengalir deras di pipi. Macam mana dia nak tahu tentang ibunya di rumah,
pulang ke rumahpun seminggu sekali. Kalau pulang pun, waktu tengah malam. Entah
apa yang dilakukannya di luar sana, tiada siapa yang tahu.
“Ibu,
jangan cakap macam tu. Hakim tahu yang..” Belum sempat Hakim menghabiskan
kata-katanya, ibu yang berada di sebelahnya sudah tidak bernyawa lagi. Hakim
meraung memanggil ibunya, tetapi semuanya telah terlambat. Hakim menangis semahu-mahunya.
“Ibu,
kenapa ibu tinggalkan Hakim di saat Hakim perlukan ibu? Dulu, ayah tinggalkan
Hakim, sekarang? Ibu pula! Lepas ni, dengan siapa Hakim nak bergantung hidup?
Ibuuuuu!!!!!” Jerit Hakim sambil menangis teresak-esak.
Di
sekolah, berita tentang kematian ibu Hakim telah tersebar luas. Qalesya dan
Kamal terkejut dengan apa yang mereka dengar. Begitu juga dengan Izwan, Amir
dan Haiqal serta Daniel dan Adam. Selepas waktu persekolahan tamat, mereka
semua pergi ke rumah Hakim, kecuali Daniel dan Adam.
“Assalamualaikum..
Hakim..” Kamal memberi salam, diikuti dengan rakan-rakannnya yang lain. Hakim
muncul di depan pintu, lalu menyambut salam mereka dan menjemput mereka masuk
ke dalam.
Keadaan
menjadi senyap seketika.
“Sabar
ya, Hakim. Banyakkan berdoa, semoga rohnya bersemadi dengan aman disana.” Suara
Cikgu Hamzah memecahkan kesunyian di ruang tamu itu. Hakim hanya mampu
menganggukkan kepalanya sahaja.
“Cikgu
tahu, masalah yang sedang kamu hadapi sekarang. Jadi, cikgu bercadang nak ajak
kamu tinggal dengan cikgu sehingga kamu berjaya melanjutkan pelajaran ke
peringkat yang lebih tinggi lagi. Cikgu harap kamu tidak menolaknya.” Sambung
Cikgu Hamzah. Hakim terkejut dengan pelawaan Cikgu Hamzah. Semua yang ada
disitu memandang ke arah Cikgu Hamzah dan Hakim. Tiada yang menyangka bahawa
Cikgu Hamzah yang segarang singa pada luaran, ternyata sangat lembut hatinya.
“Tapi
cikgu, saya seganlah. Selama ni pun, saya dah banyak menyusahkan cikgu kat
sekolah. Kalau saya tinggal dengan cikgu, rumah ni siapa yang nak jaga? Lagipun
saya dah tak ada keluarga lain lagi untuk jenguk-jengukkan rumah ni. ” Jawab
Hakim perlahan tetapi masih boleh didengar butir pembicaraannya.
“Hakim,
cikgu faham perasaan kamu. Tapi, kamu tidak boleh terus-menerus bersedih
seperti ini. Apa yang dah berlalu, biarkan berlalu. Apa yang penting, kamu
mesti bangun dari mimpi buruk ni. Cikgu tak cakap, lepas kamu tinggal dengan
cikgu, kamu tak boleh datang kat rumah ni lagi, kan? Ingat, Hakim! Tak lama
lagi, SPM. Cikgu tak nak, pelajaran kamu terganggu. Kamu mesti tunaikan harapan
arwah ayah dan ibu kamu untuk melihat kamu berjaya.” Terang Cikgu Hamzah panjang
lebar. Hakim terharu dengan apa yang dikatakan oleh Cikgu Hamzah sehingga dia
tidak sedar waktu bila air matanya mengalir.
Masa
berlalu dengan begitu pantas. Hakim kini tinggal bersama Cikgu Hamzah, dan
Cikgu Hamzah juga telah menganggapnya seperti anak sendiri sehinggakan Cikgu
Hamzah mahu Hakim memanggilnya dengan panggilan ayah. Peperiksaan SPM yang
mendebarkan juga sudah berlalu. Yang tinggal hanyalah menunggu keputusan, dengan
penuh debaran. Hakim juga berdebar menunggu keputusannya, tetapi dia tidak
berharap setinggi gunung kerana dia tahu, dia tidak sebijak Qalesya, Kamal,
Izwan, Amir dan Haiqal.
“Ayah, bila Hakim dah dapat keputusan SPM
nanti, Hakim nak tinggal di rumah Hakim yang dulu, boleh? Sebab Hakim tak nak
menyusahkan ayah lagi. Hakim dah banyak terhutang budi dengan ayah.” Hakim
meluahkan apa yang telah lama terbuku di ruang hatinya pada ayah, iaitu Cikgu
Hamzah ketika mereka berada di ruang tamu rumah Cikgu Hamzah. Cikgu Hamzah
terkejut dengan apa yang dikatakan oleh Hakim.
Setelah lama berfikir, Cikgu
Hamzah bersuara.
“Baiklah,
kalau itu yang Hakim mahu. Tapi, kalau Hakim dapat keputusan yang cemerlang,
jangan pernah melarang ayah untuk membiayai kos pembelajaran Hakim. Muktamad!”
Balas Cikgu Hamzah. Hakim tahu, dia tidak dapat mengubah keputusan yang telah
dibuat oleh ayah itu.
“Tapi,
yah.. Hakim tak pasti sama ada Hakim akan mendapat keputusan yang cemerlang
ataupun tidak.” Cikgu Hamzah berpaling ke arah Hakim.
“Kenapa
Hakim cepat mengalah sebelum mengetahui perkara yang sebenar?” Hakim terdiam.
Dia tidak tahu hendak balas apa.
Hari
yang mendebarkan itu tiba juga. Semua pelajar lepasan tingkatan 5 berada di
sekolah untuk mengetahui keputusan SPM masing-masing. Qalesya dan Kamal
mundar-mandir seperti orang hilang akal menunggu keputusan mereka. Tiba-tiba,
Izwan dan rakan-rakannya muncul.
“Lesya,
boleh saya bercakap dengan awak? Berdua?” Qalesya dan Kamal berhenti
mundar-mandir. Qalesya terkejut dan tertanya-tanya apa yang hendak disampaikan
oleh Izwan. Setelah Qalesya memberi isyarat pada Kamal, diapun berlalu dari
situ bersama-sama dengan Amir dan Haiqal. Jantung Qalesya jadi tak menentu
apabila bertentang mata dengan mata Izwan, tetapi cepat-cepat mengalihkan
pandangannya ke arah lain. Sebenarnya, Qalesya juga meyimpan perasaan terhadap
Izwan.
“Awak
nak cakap apa dengan saya?” Tanya Qalesya berdebar. Berdebar menanti keputusan
dan berdebar untuk mengetahui apa yang ingin dikatakan oleh Izwan.
“Saya
suka awak. Saya tahu, awak takkan terima..” Belum sempat Izwan menghabiskan
kata-katanya, Qalesya bersuara.
“See you
di IPT. Kalau kita berlainan institut, jangan risau. Kalau Allah dah catatkan
yang kita jodoh, takkan ke mana.” Jawab Qalesya dengan selamba badaknya. Muka
menjadi merah tiba-tiba. Izwan tersenyum.
‘Alamak,
apa yang aku cakap ni? Kenapalah aku terlepas cakap macam ni. Malunya!’ Bisik
hati Qalesya.
“Okay, fine!”
Jawab Izwan ringkas, dan berlalu dari situ sambil bibirnya tidak putus
menguntumkan senyuman. Begitu juga dengan Qalesya. Kemudian, Kamal datang ke
arah Qalesya dengan senyuman.
“Hamboi! Baru
jumpa buah hati pengarang jantung, ke?” Merah padam muka Qalesya yang putih
dibuatnya.
“Apa
yang awak merepek ni? Tak adalah. Jom, kita ambil slip keputusan.” Qalesya cuba
mengubah topik, dan beredar dari situ meninggalkan Kamal yang masih tersenyum
sendirian.
“Alhamdulillah,
I dapat straight A’s. You?”
Tanya Kamal ke Qalesya setelah mereka tiba di sebuah bilik untuk mengambil
keputusan SPM masing-masing. Qalesya tersenyum dan menganggukkan kepalanya. Bibirnya tidak putus-putus mengucap syukur. Bersyukur dapat straight A’s dan dapat jumpa Izwan. Yalah tu!
Semasa mereka hendak menuju ke kantin, mereka terserempak dengan Izwan dan
rakan-rakannya, Amir dan Haiqal. Setelah bertanya keputusan masing-masing,
semua tersenyum gembira kerana mendapat keputusan yang cemerlang. Tiba-tiba,
Izwan ternampak Hakim sendirian di kantin.
“Eh,
itu kan Hakim! Jom, kita tanya keputusannya.” Cadang Izwan.
“Jom!”
Jawab Amir. Mereka beramai-ramai menuju ke kantin. Idea gila Amir muncul.
Dengan segera, dia memperlahankan langkahnya
menuju ke arah Hakim untukmengejutkannya. Belum sempat Amir hendak
mengejutkannya, Hakim bersuara.
“Amir..
I know what you want to do! Amir
terkejut. Izwan dan yang lain ketawa terbahak-bahak.
“How did you know?” Tanya
Amir hairan. Amir lupa bahawa di kantin itu ada cermin. Melalui cermin itulah,
Hakim melihat gerak-geri Amir. Hakim hanya tersenyum.
‘Pelik Bin Ajaib’
Bisik hati Amir.
“Keputusan
you all macam mana, okey?” Tanya Hakim sambil membuat mimik muka
kecewa.
“Alhamdulillah,
result
kita orang cemerlang. You? Tanya
Qalesya seusai menjawab soalan Hakim kepada mereka. Setelah lama berdiam diri
tanpa sepatah kata, Qalesya dan yang lain faham yang keputusan Hakim tidak
memberangsangkan. Tiba-tiba, Hakim tersenyum dan menjerit.
“I
got straight A’s too. Alhamdulillah!” Jawab Hakim menjerit. Mereka yang lain
terkejut sambil mengurut dada masing-masing.
Kamal berasa geram. “Hey Hakim, kalau ya pun you
nak buat drama, tak payahlah sampai nak buat jantung kita orang ni tercabut.
Kat kedai mana ada jual skru yang khas untuk jantung!” Kamal mencebik bibir.
Geram benar dia dengan Hakim. Yang lain, apa lagi? Ketawalah apabila mendengar
apa yang dikatakan oleh Kamal.
“Sebenarnya
I pun tak sangka yang I akan dapat keputusan ni. Qalesya, thanks!” Hakim buat muka sedih lagi. Nak
buat drama lagi lah tu!
“Thanks?
Untuk apa?” Qalesya masih kurang faham dengan apa yang dikatakan oleh Hakim.
“Masih
ingat apa yang awak cakap? ‘See you
di IPT’?” Tanya Hakim. Qalesya mengangguk. Yang lain hanya berdiam diri. Mahu
menyampuk, tak sopan pulak, kan.
“You
tahu, setiap masa I belajar
bersungguh-sungguh agar dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih
tinggi untuk tunaikan harapan arwah ibu dan arwah ayah I. Dan, berharap agar you
maafkan kesilapan I.”
“Oh,
pasal tu, welcome.. Sebenarnya, saya
cakap macam tu untuk menaikkan semangat awak supaya awak belajar
bersungguh-sungguh lepas awak cakap awak dah berubah.” Qalesya tersenyum.
Rakan-rakannya yang lain juga turut tersenyum. Tiba-tiba, datang Daniel dan
Adam ke tempat di mana mereka duduk.
“Hakim,
aku dan Adam nak minta maaf atas kesalahan yang kita orang pernah buat kat
awak. Awak nak maafkan kami, kan?” Tanya Daniel sambil melutut di kakinya. Adam juga melutut di kaki Hakim
“Guys, I
dah lama maafkan you.” Jawab Hakim
dengan senang hati.
“Jadi,
boleh kita jadi kawan seperti dulu?” Giliran Adam pula bertanya. Hakim hanya
menganggukkan kepalanya dan tersenyum.
“Qalesya,
Kamal, Izwan, Haiqal and Amir.. Kami juga
nak minta maaf dengan korang semua atas kesalahan yang pernah kita orang
buat kat korang. Korang sudikan, maafkan kita orang?” Tanya Adam lagi. Mereka
semua mengangguk dan tersenyum.
“So,
Adam.. Daniel.. Result, macam mana?
Tanya Izwan. Adam dan Daniel berpandangan antara satu sama lain. Mimik muka
mereka kelihatan sedih.
“Worst!” Jawab
Adam dan Daniel serentak. Kamal dan yang lain
diam dan tidak tahu mahu cakap apa. Mungkin itu balasan untuk mereka.
Tiba-tiba,
Hakim melihat bayangan arwah ayah dan arwah ibunya sedang tersenyum di
hadapannya. Hakim juga tersenyum memandang mereka, sambil hati kecilnya
berkata-kata. ‘Ibu.. Ayah.. Hakim dah berjaya dapatkan keputusan yang
cemerlang. Hakim akan berusaha untuk mendapatkan segulung ijazah, demi ibu dan
ayah. Hakim janji. Tolong doakan untuk Hakim.’
-TAMAT-