Assalamualaikum, ni cerpen hasil garapan saya sendiri yang pertama. Maaf, jika terdapat kecacatan bahasa. Segala kritikan, amat dihargai. Terima kasih.
“Kelas, hari ni kamu semua akan
terima kawan baru. Jadi cikgu harap kamu dapat berkawan dengan dia, dan cikgu
tidak mahu dengar ada kes-kes disiplin berkenaan kelas ni. Okey, awak boleh
kenalkan diri pada kelas.” Kata cikgu Nizuan, guru kelas Tingkatan 2 Anggerik.
“Hai, nama saya Ifzan Shah, dari
SMK Tawau, Sabah. Saya pindah ke sini kerana mengikuti keluarga atas urusan
perniagaan.” Kata pelajar baru itu memperkenalkan dirinya sambil tersenyum
lebar. Hatiku mula berbunga, entah kenapa. Mungkin dek terpanah dengan
senyuman yang menawan itu. Kawan-kawanku yang lain juga sama, tersenyum.
‘Wah, ada budak barulah, hensem
pula tu, hehehe. Nama pun smart.
Ifzan!’ Hati kecilku mula berkata-kata. Aku tersenyum melihat pelajar baru itu,
dan.. Tanpa disangka-sangka, dia pun membalas senyumanku.
Itulah bibit-bibit perkenalan
kali pertamaku dengan seseorang yang bernama Ifzan Shah. Sekarang sudah 8 tahun
kami berkawan. Aku dan Ifzan kini menuntut di universiti yang sama iaitu di
Universiti Teknologi Mara.
“Husna, petang ni awak free, tak?”, soalan Ifzan itu mematikan lamunanku.
“Hmmm.. kenapa?” Ringkas saja aku menjawab, malas aku mahu
melayannya.
“Good, I’ve something to tell you. Nanti saya jemput awak, jadi
sedia awal sikit.” Ifzan memandangku sambil mengeyitkan matanya.
“Ya.” Jawabku sambil tersenyum
tetapi cuba menyembunyikan senyuman itu daripadanya. Aku sendiri berasa
pelik dengan perasaanku, mungkin kerana terpanah dengan kenyitan itu. Mungkin!
Kami bertentang mata. Alamak!
Aku cepat-cepat mengalihkan pandanganku ke arah lain. Begitu juga dengan
Ifzan.
Memang tidak dinafikan, aku
sangat rapat dengan Ifzan sehingga ada sesetengah dari kawanku berasa iri hati
denganku. Dan, disebabkan ‘sangat rapat’ itulah, aku mula suka dengan dia. Tapi,
aku tidak berani untuk meluahkan perasaanku kepadanya. Aku takut dia sudah ada
yang punya. Jadi aku pendam dan pendam saja perasaan ini. Pendam, entah sampai
bila.
********************
Telefonku bordering.
‘Ifzan special’. Nama yang tertera pada skrin telefonku. Hatiku jadi huru-hara
dan tidak menentu. Aku tersenyum sendiri.
“Hello.. Assalamualaikum, Ifzan.
Awak macam tahu-tahu je yang saya
tengah fikir pasal awak.” Kataku tersenyum sambil membetulkan tudung di hadapan
cermin.
“Waalaikumsalam..
Mestilah, kita kan sehati sejiwa. Dah ready ke belum? Saya nak datang jemput
awak dah ni.” Kata Ifzan seperti tidak sabar mahu berjumpa dengan aku. Hahaha, perasan lagi. Eh, jap! Sehati Sejiwa? Adakah dia pun..?
“Hello.. Husna, are you okay?” Suara Ifzan mematikan
lamunanku.
“Ya, ya. I’m ok. Saya dah ready
ni.. Cepatlah.” Aku jawab ringkas sahaja. Malas. Aku memang begini. Selalu
mengelamun sesuatu yang tidak mungkin terjadi, dan mungkin AKAN TERJADI, hahaha.
“Husna.. Husna. Mesti awak
tengah mengelamun, kan?” Alamak! Macam mana dia tahu?
“Ya.. Eh, tidaklah. Datanglah
cepat.” Aku cuba menukar topik pembicaraan tadi.
“Ok, honey.” Kata Ifzan di akhir perbualan kami itu sangat
menghuru-harakan hatiku. Ish, dia ni kan, suka je usik orang.
******************
“Assalamualaikum…”
Macam suara… Ifzan!
“Waalaikumsalam..” Aku membuka
pintu sambil tersenyum. Dan.. ‘Waaao,
fantastic baby! Kacaknya’, kata hatiku.
“You looks beautiful today,
Husna..” Kata-kata itu mengejutkan aku dari rutin harianku, mengelamun.
“Thanks, awak pun apa kurangnya.
Kacak, sebijik macam Kim Hyun Joong.. Tapi yang berbeza mata je, hehehe.” Kataku selamba. Eh, apa
yang aku cakap tadi? Ifzan tersenyum-senyum.
“Eh, jomlah. Nanti kita
terlambat pula.” Kata Ifzan sambil menuju ke kereta BMW nya. Aku mengikutnya
dari belakang menuju ke kereta yang akan dipandu oleh Ifzan.
Ifzan ni memang anak orang kaya.
Tetapi walaupun dia kaya, dia tidak sombong macam ‘Haji Bakhil’. Selain kaya,
dia anak kacukan. Mama Ifzan ni orang Australia, papanya pula Malaysia. Jadi
tidak hairanlah, kalau muka Ifzan ni iras-iras mat salleh, tapi hampir seiras
dengan Kim Hyun Joong. Mungkin sebab itu, dia digilai ramai gadis di
UiTM, termasuk aku sendiri, hehehe.
Di samping kacak dan anak kacukan, dia ni baik dan pandai menari. Setakat tu
lah yang aku tahu mengenai kelebihan yang dimiliki oleh anak campuran Malaysia
dan Australia ni. Eh, kenapa dengan aku ni.. Husna, stop!
******************
Sepanjang perjalanan, kami tidak
banyak bercakap. Mungkin masing-masing sibuk layan perasaan masing-masing.
“Selepas ini, kami akan putarkan
lagu Ainan Tasneem, Aku suka dia. Jadi, bagi sesiapa yang sedang suka dengan
seseorang tu, tapi malu untuk luahkannya.. Luahkanlah dengan segera, sebelum
disambar buaya pulak, kan… Jadi, layan terus.. Hanya di Natinal FM,” kata DJ
Muaz di radio yang sedang berkumandang di kereta Ifzan.
*******************
Setelah selesai Ifzan meletakkan
keretanya di tempat letak kereta yang di sediakan, kami pun turun lalu berjalan
beriringan menuju ke LOVE FOOD RESTAURANT. Nama restoran yang pelik. Tanpa
membuang masa, aku dan Ifzan pun masuk ke dalam restoran tersebut. Ifzan
memilih tempat duduk yang jauh dari pelanggan lain.
“Husna, silakan duduk,” kata
Ifzan tersenyum sambil menarik kerusi itu untukku.
“Terima kasih.” Ringkas saja
sambil melemparkan senyuman kepadanya.
“Husna.. Sebenarnya ada something yang I want to tell
you..”
Jantungku mula menyanyi
lagu yang berjudul ‘dupdap dupdap’.
“Apa yang awak nak
beritahu saya ni? Macam penting je..”. Aku rasa pelik dengan Ifzan hari
ni.
“Sebenarnya, saya sukakan
seseorang.. Tapi saya takut dia tak terima saya. Awak rasa, dia akan terima
saya, tak Husna?” Kata Ifzan bersungguh-sungguh minta pendapatku.
“WHAT!” Hati kecilku mula
berkata-kata. Dia dah.. Cemburu, hampa, sedih.. Semua bercampur aduk
sekarang.
“Saya rasa dia pasti akan terima
awak.. Lagipun awak ni kan baik.” I CAN’T
BELIEVE IT! ARRRGGH!
“Ya? Alhamdulillah. Awak nak
tahu nama orang yang curi hati saya, tu.. Nama dia..” Ifzan berhenti sambil
memandang tepat ke arahku. “Husna.” Sambungnya lagi.
“Huh! Saya?” Aku seperti tidak
percaya apa yang diperkatakan oleh Ifzan tadi.
“Ya, awak. Nurul Shareena Husna
Binti Zareef yang ada di depan saya sekarang. Jadi, disebabkan awak dah
curi hati saya. Saya nak awak terima lamaran saya sebagai ganti rugi awak curi
hati saya..”
Lidahku kelu. Mataku mula
berkaca. Cepat-cepat aku mengelapnya. Bukan sedih, tapi gembira kerana aku tak
sangka rupanya Ifzan juga mempunyai perasaan yang sama dengan apa yang
aku rasa.
“Sebenarnya, saya pun dah lama
sukakan awak, tapi saya malu nak cakap, takut kena reject.” Kataku direct to the point.
“Jadi, awak terima lamaran saya?
Saya tahu, walaupun usia kita masih muda, tapi apa salahnya, kan. Saya tak nak
orang yang saya suka, di sambar buaya lain.” Kata Ifzan sambil ketawa, kemudian
serius kembali.
“Ya, saya terima.” Kataku dengan
cepat sambil tersenyum. Keadaan kembali seperti sedia kala. Ifzan dan aku
memesan makanan. Dan kami makan dengan lahap sekali tapi masih beradap sopan,
hehehe. Mungkin dek kerana baru melepasi saat mendebarkan. MENDEBARKAN, KONON! Hahaha.
***************
“Aku terima nikahnya Nurul
Shareena Husna Binti Zareef dengan mas kahwin dibayar tunai’, kata Ifzan sekali
lafaz.
“Sah?”
“Saaaahhh..”
Alhamdulillah, akhirnya aku
selamat diijab kabulkan bersama insan tersayang, Ifzan Shah Bin Dato’ Azahari
itu.