21 Jul 2016

deeeeeep conversation with lelaki hensem

tadi di sekolah waktu pengajian am, lect suruh pigi library. paling siuk sebab nda payah belajar. BEBAS! dijadikan cerita, aku SEPATUTNYA duduk dekat lil brother sebab mau dengar ceritanya pasal flower boy. HEHEHE. tapi, lelaki hensem ni menyampuk dan duduk di tengah-tengah antara kami dua -.- disuruh tukar tempat nda mau. alasannya, "kalau kamu dua mau becerita pasal cinta, nda boleh. biarlah aku jadi sempadan benteng antara kamu dua. kecuali pasal pelajaran." sambil ketawa. heck -.-
jadi, aku membaca la sekejap. waktu aku tengah baca buku bm sambil cari isi-isi penting untuk presentation berkenaan bahasa sanskrit, ada junior ntah form berapa kirim salam dengan lelaki hensem. jadi, lelaki hensem terus ignored apa yang classmates perempuan cakap berkenaan dengan junior tu sambil cakap, "kita nda boleh bah kan yu buat begitu yu. besar sudah kan. matang sudah. kena jaga hati orang lain, nanti tekisas." ya, aku faham maksudnya. to be honest, i effing like this type of guy, SETIA dan nda layan perempuan yang ke-LANJIK-an. dan aku pun jawab, "iya. tapi, semua tu dari dirimu jak." dan dia pun diam sambil senyum. aku nda tau kenapa secara tiba-tiba, dia cakap, "kau mau tau sesuatu ka yu?" sudah ditanya, aku angguk seja la kan. sebab jarang-jarang dengar si lelaki hensem yang pemalu ni becerita. dan, dia pun buka cerita pasal gadis sepet, his girlfriend. rupanya, lelaki hensem lama sudah suka gadis sepet. dari form 3. form 6 ni baru dapat dia tackle. start dari part dia cerita tu, fikiranku separuh dengar nda dengar tapi sebelah telinga kekal fokus. untung lelaki hensem. sebab dia dapat someone yang dia lama sudah suka. aku tanya dia soalan cepumas, "first love mu?" dia ketawa, "nda la. tapi aku suka dia ni memang lama sudah." dan lagi sekali, dia cerita pasal ex-ex nya. ternyata lelaki ini jenis yang open-minded orangnya tapi tidak dengan semua orang. itu dari pemerhatianku lah. satu hal lagi yang aku tau pasal lelaki hensem ni, PENYABAR. untung gadis sepet. TERSANGAT UNTUNG dan BERTUAH. tapi, lelaki hensem boleh dapat gadis yang lebih baik dari dia. bukan mau cakap gadis sepet tidak bagus, tapi ntahlah. cerita orang ramai waktu kami sama-sama form 2 dulu tersebar luas, jadi maksudnya cerita itu betul. dan lelaki hensem juga ada cakap tadi, "dia ada jugak kasitau aku. yang dia dulu tu bukan orang baik. sangat jahil." aku faham maksud disebalik perkataan 'jahil' nya itu. tapi aku cuma dengar, fokus dan angguk saja. tidak banyak mencelah, sebab nda mau nanti telepas cakap pasal gadis sepet yang aku tau. aku jaga aib dia. dan aku bukan jenis manusia yang suka buka keburukan orang lain. aku lebih suka dengar, diam dan hadam sendiri dari menyebarkan pada orang lain.

p/s: ternyata manusia ni mudah jatuh suka dengan jiwa lain guna mata kepala - bukan mata hati. biar mata hati beritahu 1001 kejelekan jiwa yang disukai, mata kepala tetap mendapat tempat.

dalam masa lelaki hensem becerita tadi, aku sempat bedoa (dan kebetulan waktu itu hujan. lebat pulak tu. mudah2an makbul). "Ya Allah, tutuplah hatiku supaya nda nampak dan nda tepikat lagi dengan lelaki yang aku pernah ter-crush selama seminggu dulu. Amin." kerana, tadi makin banyak perkara baik lelaki hensem yang buat aku hampir mau tepikat balik. tapi, aku halau rasa itu secepatnya.

20 Jul 2016

is he my first love?

11:06pm dan aku masih lagi berblog-ing sambil dengar lagu first love by Chelsea Collins. suddenly, his face popped up on my mind.

kenapa memori ini begitu lanjik untuk tidak buang semua memori yang tertera nama angry bird dari ingatan? is he my first love even though he doesn't know that i do like him since form one? i wonder, inikah yang orang bilang sebagai CINTA ? saya keliru oh :'( 

~ You left; my shadow disappeared. ~

p/s: barangkali dengan cara membenci bisa buat aku lupa akan jejaka yang ku panggil angry bird. 

putar kembali detik indah itu

1. dua hari sudah bertembung dengan ex-y-z pagi-pagi bila mau pigi sekolah. rupanya lelaki tu bawa kereta pigi sekolahnya. good luck spm, atlet sekolah!

2. tadi petang aku stay petang di sekolah dengan budak kecik - study di kelas. sebab kalau aku balik awal, aku akan tidur di rumah. jadi, kalau di sekolah biar mengantuk macam mana pun, konfem belajar tu. supaya nda terasa 4pm. dijadikan cerita, tadi petang hujan. sebelum hujan pulak kuat angin. buat aku rasa menyesal stay petang. bikin takut anginnya :'( untuk hilangkan rasa takut, aku tutup buku dan pigi di hujung blok (depan kelas 1A) untuk tinjau keadaan (konon). masa kuat angin tu, tiba-tiba aku teringat masa aku tingkatan satu, di kelas itu. bersama dia.

3. tadi petang masa tunggu bas ungu datang di bus stop, ada junior perempuan duduk di sebelah. kebetulan ada kawan sebelah kelasku lalu depan.

junior: abang baju hitam.
kawan: *menoleh sekejap dan terus jalan*
junior: siapa namanya tu kak?
aku: quzwan
junior: oh

p/s: apakah motif si junior ini? HAHAHA!

p/s: adakah hari ini hari men-throw back-kan kenangan lalu?

18 Jul 2016

him

lately, aku tak tau kenapa hormon perempuan aku tidak stabil -.- kejap happy, kejap memanas, kejap suka makan. dan satu perkara yang aku perasan, kenapa tiba-tiba aku macam terpikat dengan lelaki lembut? maigad! to be honest, im freaking laugh out loud too! hey, dont blame me.

p/s: diorang BUKAN PONDAN, tapi LEMBUT. dan, selalu nampak kemas jak. jika dibanding beza dengan lelaki gentle (konon) tapi selekeh.

p/s/s: flower boy nampak kemas dan sexy tadi dengan baju kemeja biru ketatnya. *tutup mata*

17 Jul 2016

dunia cinta muda remaja

bila pigi mana-mana, tidak kira la di mana, mesti orang (fokus utama sini ialah golongan remaja) tu ada partner. orang yang single tu ada jugakla, tapi sikit. potato macam aku ni mestilah tergolong dalam golongan yang single. kesiang. tapi itu bukan sesuatu yang perlu dimalu bila tiada pasangan. dan bukan juga sesuatu yang membanggakan bila ada pasangan.

tipu lah kalau cakap aku tiada feeling mau rasa benda alah tu di usia teenage. but, there was a fucking incident[s] that ever happened in my life and in my family yang buat aku rasa macam "SEMUA LELAKI TU SAMA. TAU MENYUSAHKAN PEREMPUAN JAK.", then i was crying out loud bila ingat benda tu berlaku (terutama waktu malam bila semua sudah tidur). aku tau aku cengeng. aku nda sekuat umi.

but, the other side of my, still want to feel that things.

p/s: biarlah masa yang menentukan segalanya. ada jodoh, alhamdulillah. kalau tiada, wallahualam. semua yang berlaku ada hikmah di sebaliknya. mungkin?

16 Jul 2016

today's event

today, 16.7.2016 (satursday - 11th day of eid), we're made open house just now. we are efffing tired + happy.

p/s: thanks a billion much sebab datang guys. aku sangat hargai kedatangan kamu.

p/s/s: sangat happy bila kawan2 puji masakan umi.

14 Jul 2016

new relationship? its bullshit.

bukan tidak mahu, tapi aku bukan jenis manusia yang suka untuk memulakan sesuatu yang baru dengan orang baru. kerana setiap perhubungan itu perlu komitmen yang tinggi. bukan sekadar bodoh-bodoh terima, bercouple dan ucap "iloveyou so much to the moon and back sayang :*" "goodnight by, sweet dreams." "morning sayang." dengan seseorang yang baru dikenal 2 hari sebab orang tu yang confessed duluan.

jujur, aku bukan perempuan begitu. untuk aku terima seseorang yang special dalam hidup, terutama hati, perlu masa yang lama. plus, im not a type of person yang "ayu, si ini dari kelas itu kirim salam. katanya dia mau couple sama kau." terus akan bulat-bulat terima tanpa kenal inside out orang tu. wadahek! aku langsung tidak boleh begitu. dan perkara ni buat aku befikir sejenak, macam manalah ada orang yang boleh terus terima orang tu dengan hanya PERKIRIMAN SALAM dan TIDAK PERNAH BERTEGUR sebelum ni untuk jadi boy/girl-friend. Ergh! aku memang tidaklah. tapi biarlah. lain orang lain lifestyle dan cara dia.

lagipun, i do not want a cinta monyet relationship, i want a serious relationship.

p/s: sebenarnya, aku sudah buat entry pasal ni tadi (panjang lebar punya cerita sampai 3 perenggan tapi tidak save) feeling? freakin' babyss situation.!!!

im so effing envy with their flawless face

its been a long period i do not write anything here yang orang bilang betul-betul luahan fikiran.

im 18. and i have a lot of friends (men and women) that having so-called-a-baby-face-and-flawless face. when i see their face, i was like "ei, cantiknya muka orang ni." "my god! this guy is effing cute and flawless oh mukanya!" "shes so pretty gila." its not like im having such an ugly face but, i really wish and want a face that flawless without two or three or four ketuls jerawats and bekas-bekas jerawats. im so freakin sad oh. yala, umur 18 sudah tapi muka macam tidak kena jaga padahal i really work hard to look good as a 18 years old teenage girl. right now, im very thankful to my mom bcus bought a dnars set to decreased my face's problems. but, still this bekas-bekas tapak peninggalan sejarah lambat hilang. macam mana mau kasi hilang aa? :(

pendosa tanpa noktah

Oh Allah, please please please forgive my sins. Amin.

bajingan perasaan

sungguh!
andai bisa aku undurkan masa
aku pilih untuk tidak kenal kau.

kenapa perasaan ini sungguh bajingan?
aku lemah; 4 tahun setengah.
aku pilih untuk berdiam - pendam - hadam.

selamat malam.


p/s: tadi waktu rehat manda comel datang kelas dan tanya, "kenapa post2 mu di wechat macam sedih seja?" aku cuma senyum. "pasal angry bird (sebenarnya dia sebut nama betul) ni kan?" damn. aku terkedu. dia senyum, bangun dan keluar dari kelasku dan masuk ke kelasnya semula di sebelah.


p/s/s: ketahuilah wahai manda aku memang sudah lupakan dia tapi entah kenapa memori ini sungguh 'gete' nda mau lari dari ruang memori. HAHAHA!

12 Jul 2016

So-called close friend's special day

dear R, happy 18th birthday. wish you all the best in your entire life. dan semoga kau berkahwin dengan perempuan pilihan  kau yang secantik dan seksi seperti Tiffany (SNSD).

9 Ogo 2015

Satu

Satu? Ada apa dengan satu? Begini..

Satu boleh selamatkan markah exam kau - ke 40% ataupun 80%
Menjadi nombor satu itu indah
Mendapat satu kali lagi peluang keemasan juga indah.

Persoalannya, kenapa mesti SATU?

22 Jun 2015

Salam Ramadhan

Assalamualaikum, reader[s]! 

It's been a loooooooooong time ago since I didn't update anything here. 

Salam Ramadhan semua; ramadhan yang ke-5. 



p/s: Entri seterusnya akan lebih panjang dari ni, hahaha! Babai. Selamat berpuasa semua.


29 Sep 2014

Perempuan dan titisan jernih

Hari semakin gelap. Aku gagahkan diri untuk bangkit dari katil usang untuk merenung ke luar jendela.
"Dum dam dum dam!"
Aku mendongak ke atas. Terjadi lagi pergaduhan yang sukar ditafsir oleh manusia di negeri awan. Dengan tiba-tiba, titisan jernih jatuh dari negeri awan dan terkena dedaun jendela kamar.
Eh, kenapa awan menangis? Terlalu beratkah penderitaan yang ditampung selama ini sehingga sukar untuk menyorokkan perasaan itu? Aku berfikir sejenak.
Oh, tiada bezanya dengan kaum perempuan. Sukar ditafsir oleh kaum lelaki. Sekuat apapun perempuan, pasti titisan jernih itu akan mengalir jua bila mana benteng hatinya telah rapuh. Lebih rapuh daripada pondok buruk yang berpuluh tahun tidak berpenghuni.
Cukup. Aku malas mahu fikir benda yang tidak bernoktah. Lebih baik aku tidur di katil usang kerana esok ada ujian hidup baru yang perlu ditempuh. Doakan aku berjaya untuk menempuhi ujian hidup itu. Selamat malam.

28 Sep 2014

Pasar perasaan

Ini pasar perasaan,
Pada gerainya duduk penjual sentimental,
Yang sering dikunjungi pembeli emosional.

Ini pasar perasaan,
Mereka memperdagangkan kata-kata,
Yang terbit daripada kalbu,
Bukan terbit daripada akal.

Mereka memperdagangkan hujah,
Yang rapuh dan lapuk,
Bagai kayu buruk,
Yang mudah dipatahkan,
Bagai rantai kering.

Ini pasar perasaan,
Di dalamnya mengalir sungai manusia,
Yang menghilirkan suara kosong.

Ini pasar perasaan,
Yang memperdagangkan akal cetak,
Dan tawar-menawar yang dangkal.

Kumasuki pasar ini,
Kususuri sungai sibuk ini,
Di tengah-tengah penjual dan pembeli,
Yang kaya dengan perasaan,
Tetapi miskin dengan kebijaksanaan.

Ini pasar tidak berakal,
Yang diriuhkan kekosongan.

Karya: T. Alias Taib

p/s - Sajak kegemaran.

1 Ogo 2014

Eid Mubarak 2014

Assalamualaikum. Selamat hari raya aidilfitri maaf zahir dan batin.

p/s - Tahun ni, beraya dengan buku jogaton. Eh, kebetulan pulak buku jogaton ni warna ungu.

25 Jun 2014

hurt

i'm tired,
please stop,
stop playing with the heart,
called love or whatever.

7 Jun 2014

16

Assalamualaikum.

It's been two months since I didn't updated anything here. And yeaah! Now, I wanna talk talk and talk here. First of all, 16. Yeaah! I'm 16 now, on 7th June 2014. Feeling? Mix feeling, actually.
Happy? Sure! :) I'm happy not only I'm a birthday girl today but, I've got a monopod etc and.. Beats by dr dre again! ^^ As a gift from my shopping online. There's a lot of things that made me happy today. And yeah, I'm feel so sad too. I'm not sure why I should be sad for this reason, but.. I think I'm so... (I don't how to describe this feeling) because I didn't replied all his (a friend of me on facebook) messages since he sent me a 'different feeling' message. I'm so shocked too. To be honest, I liked him. Because he's kind, friendly and blablabla. But, I'm not liked him for that 'different feeling' thing. He's like my brother and also my counselor (sometimes, -.- HAHA! And, jiwangs ft formal man in the world too. Opps! Hehe, sorry) And now, he's already at his school at somewhere on earth. And, start that day he sent me the 'different feeling' message, I deleted his phone number from mine. And the worst thing is, I unfriended him (but, we're friend again now). I know, I'm a worst ft arrogant person in the world. But, I did it for him too. I didn't want him to give me so much hope for that. Stop that jiwangss part. Last night, I already settled it with him. And yeah, thankfully, he told me to forgot it! At least, I already told him the true thing, right? Now, we're are friends again like before :) Annnnnd, I'd got shocked feeling too. I've met my old crush at pasar tani, hehe. He's so cute! But, I'm not crush on him anymore now. Not at all.

9 days more, and school will start again like usually. That's mean, sem II will begin. I hope I can be better after this. Pray for me ^_^ Omoo! It's 11:08pm already. Time fly so fast. I need to go now. Babai, good night.

p/s - visit my instashop at _shoph. There's will have a lot of discount, especially for branded handbag yoo ;) So, what are you waiting for? And, wechat me (id:hdyu98) If you guys wanna buy anything. I'll give you best price!

10 Apr 2014

yeaaaaah!

Assalamualaikum.

Yeaaaaah, finally I got that :) Thanks for bought it for me, mom. Cecelia Ahern is one of my favourite writer from other country.

7 Mac 2014

Hati-hati apabila bergurau

Hati-hati apabila bergurau. Sebab apa? Sesetengah perkara boleh hancur hanya dengan bergurau. Sebagai contoh, mungkin persahabatan yang bertahun-tahun lamanya boleh hancur dengan gurauan. Mungkin perasaan sayang boleh bertukar menjadi benci dan dendam disebabkan gurauan. Begitu juga dengan hubungan antara ahli keluarga yang lain. Tidak semua perkara boleh dianggap sebagai gurauan. Mungkin bagi diri orang yang mengucapkan atau melakukan gurauan menganggap itu sebagai satu gurauan, jenaka dan benda yang remeh-temeh. Tapi tidak bagi pihak yang mendengar gurauan a.k.a orang yang terkena gurauan tersebut. Ingat itu. Seseorang boleh memaafkan perbuatan yang telah dilakukan oleh orang lain tapi tidak mungkin dapat melupakan perbuatan yang telah dilakukan oleh orang tersebut.